Puasa dan Hal-hal berkaitan serta Tak Berkaitan Dengannya


I

Abah saya, seorang yang mungkin saya boleh katakan anti dramatik, juga rasanya diwariskan kepada saya (dan mungkin adik beradik yang lain) dalam menghadapi hal-hal berkenaan dengan keluarga. Hampir setiap kali hari raya, abah saya akan ditimpa kemalangan, ada tahun itu, jatuh motor (kepalanya terguris dengan jentolak) ada tahun selepas itu, kemalangan dan ada tahun-tahun yang kami beraya sahaja di rumah tanpa pulang ke kampung kerana kondisi abah.

Untuk kali ini, abah kemalangan lagi. Jatuh bumbung semasa ingin membaiki bumbung. Abah jatuh macam Superman (kata adik). Saya terima berita ini dup dab dup dab. Tapi suara abah tenang sahaja, malah sempat bergurau senda mengatakan, dah Allah nak beri rezeki.

Tahun ini, mungkin raya macam biasa. Cuma ibu dan abah saya tidak sihat. Ibu ada ketumbuhan di kepala, keluar masuk hospital dua tiga kali. Saya berulang alik bergilir gilir dengan adik beradik yang lain menjaganya di waktu malam, dan dari hospital terus ke tempat kerja dalam keadaan insomnia. Alhamdulillah pembedahan berjaya, walaupun ibu masih mengadu sakit-sakit di kepala tetapi penglihatan ibu kembali cerah seperti dulu. Ibu tidak suka duduk di hospital. Satu wad berkongsi dengan 4 orang pesakit, dan kesemua pesakit menghadapi sakit di kepala, sememangnya sangat kurang selesa. Sepanjang malam, sewaktu menjaga ibu, saya meminimumkan pergerakan kerana tak nak ibu rasa ngilu di kepala. Jadilah saya kejur sepanjang malam di atas kerusi. Tetapi tidak semua orang berfikiran seperti kita. Tidak semua.

II

Buka puasa di kampung baru-baru ini segalanya mudah. Ikan goreng, sayur air dan sambal kicap. Kedua-dua mereka sakit dan ibu tak boleh mengunyah makanan keras, dan harus makan banyak protein.

Sungguh pun begitu, keenakannya tetap terasa. Saya tetap suka hidangan yang sederhana seperti itu.

III

Puasa tahun ini, lebih banyak memasak di rumah. Pulang tepat waktu, dan mula memasak. Kalau terlewat pun masih memasak juga. Haha, asah skil memasak saya yang berkarat. Manalah tau kan, tiba-tiba kena pinang masa raya, ha kan senang, bakat memasak sudah kembali cemerlang seperti dahulu. Muhahaha.

Tapi saya rindu buka puasa di masjid bersama Nissa’ Yusof. Nissa’ ada tulis tentang itu dalam Berita Harian, tapi saya tidak ada salinannya, kalau tak, mesti saya dah letak di sini. Hahaha, walaupun itu tulisan Nissa’, tapi ada nama saya. Hehehe.

IV

Saya hutang banyak tulisan di tanah ini, terutamanya sekali pengembaraan ke Brunei dan juga ke Makassar. Pulang sahaja, ada banyak kerja dan merasakan badan tidak sihat. Saya cuba elak untuk ditimpa demam dengan kerap seperti beberapa bulan sebelum ini. Jadi lebih senang pulang tepat waktu dan berehat. Jadi saya selesaikan hutang kerja baru hutang tulisan ya. Boleh kan?

V

Bila dewasa, berpuasa tidaklah jadi sesuatu yang besar seperti zaman kecil. Saya mengabaikan banyak hal- yang kini saya rasa remeh, seperti fikiran untuk menu berbuka, baju raya, duit raya, kuih raya, berbuka bersama rakan. Ia jadi bulan yang biasa tanpa perlu semua itu, kecuali ibadatnya. Mungkin dulu, berdebar-debar tunggu puasa sebab nak menghampiri raya. Tetapi bila sudah dewasa, lebih tenang. Mungkin tunggu kalau berkahwin, baru kembali huru hara. Hahaha.

Seminggu sebelum raya, saya ucapkan selamat menyempurnakan ibadat puasa, selamat berhari raya.

Ehem, jemputlah saya ke rumah terbuka ya. Mohon kirimkan jemputan kepada ainunl.muaiyanah@gmail.com

VI

Haha

Pendeknya emosi entri ini.

Kan.

Kan?

🙂


 

One thought on “Puasa dan Hal-hal berkaitan serta Tak Berkaitan Dengannya”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s