When The MASKARA comes to town


MASKARA datang lagi! (cuba buat gaya tora datang lagi)

Setelah setahun, MASKARA tidur, kerana Rumah PENA dalam status renovasi, akhirnya MASKARA datang kembali.


Saya telah “dipaksa rela” oleh Abang Sinaganaga untuk buat persembahan. Saya fikir nak buat persembahan membaca puisi sambil membaca puisi, tapi saya tahu, saya bukan Najwa Latif atau Yuna atau Kopratasa. Hiks. Jadi saya putuskan untuk buat konsep persembahan percakapan sahaja.

3 buah sajak telah dipilih untuk persembahan. Satu: Mengenang Sepanjang 5 Jam Perjalanan ke Utara, Dua: Kepada Kekasih Tak Kunjung Tiba. Ketiga: Kaca Jendela Tren. Saya pilih tiga puisi ini kerana mengandungi percakapan kepada seseorang. Kau. Lalu ketika MASKARA malam itu, saya memohon seorang sukarelawan (lelaki tentunya) untuk menjadi kekasih imaginasi saya. Untuk saya tujukan percakapan-percakapan saya kepadanya. Saya berterima kasih kepada Cech Adrea yang “paksa rela” juga berada dalam pentas MASKARA untuk saya mendapatkan mood. Cech sangat sporting, kadangkala berinteraksi denagn satu dua percakapan saya sehingga saya terkedu dan terkesima serta hilang kata. Sungguh terima kasih. Saya mahu sekali bergambar berdua dengan Cech tapi malangnya dia duduk di dalam Rumah PENA sepanjang acara sedangkan saya harus pulang lebih awal lagi.

II

Sebenarnya saya sudah lama tidak berbahagia menghadiri acara begini, saya rasa sedikit asing. Seperti saya pergi ke Pasar BOCo baru-baru ini (pertama kali pergi), walaupun hampir sebahagian mereka saya kenali, tetapi saya masih asing dan janggal.

Tetapi saya berbahagia kerana banyak muka-muka baru yang datang acara ini, banyak yang muda dan mungkin merupakan pelajar tahun pertama atau kedua university berhampiran. Juga mereka yang aktif di Twitter sebagai penulis/penggerak puisi dan sering berkongsi puisi ciptaan merea sendiri melalui puisi. Saya mengenali mereka dari jauh (kerana jarang sekali mahu berinteraksi, namun saya suka sekali untuk ambil tahu perkembangan sastera dalam genre puisi melalui Twitter oleh orang muda seperti ini)

Yang lebih menyenangkan, penonton duduk mendengar/melihat persembahan dan berinteraksi dengan mereka di atas pentas. Rasa itu sungguh bahagia.

Oh ya, sesiapa ada rakaman audio atau video saya membuat persembahan itu mohon kongsi dengan saya pleaseee 🙂

III

Semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk Maskara dari Seremban (menghadiri bicara buku di IPG Raja Melewar), saya bertanya kepada Nissa Yusof dalam kereta tentang isu dalam tulisan saya di blog. Dia cakap, dia tidak membaca entri blog saya kerana terlalu panjang.

Ehem, mungkin saya perlu pendekkan tulisan di blog saya atau bagaimana? J

Advertisements

Angka 13 Bertuah untuk Alice Munro, Pemenang Hadiah Nobel 2013


Di sebuah kedai makan, sementara menunggu minuman disiapkan dan orang lalu lalang mengelak hujan dan berpusu ke pasar malam bersebelahan, saya menunggu keputusan Hadiah Nobel diumumkan. Kawan saya berkata, 50% peratus ramalan berpihak kepada Murakami, ya ramai sekali yang menginginkan kemenangan kepada Murakami. Tahun lepas Murakami sudah masuk undian 3 teratas tetapi masih gagal. Saya menunggu melalui website AlineaTV, TV Buku di Indonesia (yang saya ketahui kewujudannya semasa lawatan ke Makassar International Writer Festival)

Dan kemenangan kepada Alice Munro. Peminat haruki Murakami, Harukists yang berkumpul di kafe untuk meraikan kemenangan HAruki Murakami pasti menyalakan lilin tanda kekalahan dan menyimpan semua botal champagne itu mungkin untuk tahun depan atau tahun depan lagi.

Saya tidak dekat dengan Alice Munro, selain mengetahui namanya pernah disebut oleh kawan saya dalam perbualan dan dalam blognya, tetapi beberapa hal tentangnya yang menarik minat saya.

Pertama, ini kemenangan besar kepada cerpenis satu dunia, kerana Hadiah Nobel Sastera biasanya diberikan kepada novelis. Dengan kemenangan Alice Munro, memberi kelainan dan harapan kepada cerpenis bahawa tidak semestinya apabila memilih kerjaya penulis, harus menulis genre novel, baru dikatakan penulis besar. Ini saya tuju kepada Roslan Jomel.

Kedua, Alice Munro baru mengumumkan persaraan dari dunia penulisan awal tahun ini, selepas penerbitan kumpulan ceritanya Dark Life. Tapi mungkin dengan kemenangan ini, dia tidak jadi bersara?

Ketiga, ini kemenangan yang ketiga belas untuk penulis wanita. Hip hip horey. pda tahun 2013, hiks

Murakami yang diramal menang, terlalu ramai penyokong anda, suatu hari nanti anda akan menang, mungkin tahun ini tahun Alice Munro.

 


Saya sukakan gambar Alice Munro yang ini, membacakan cerita sendiri memang menggembirakankah? Saya fikir, dia bakal jadi penulis yang saya sukai, saya memerhatikan raut wajahnya seperti Wislawa. Ah, kenapa selalu gambar saya tak senyum cerita begini, muak serius je? L

Bersendirian di angkasa – Filem Gravity


Ada waktunya, kita tidak memerlukan jalan cerita yang terlalu kompleks serta plot-plot di luar jangka. Ada waktunya kita masuk ke panggung, kita telah tahu, bayangan penghujung cerita ini akan jadi begini, tapi kita ingin membeli pengalaman lain, bukan kelucuan, komplesiti plot, kuasa 3D tetapi hanya ceritanya.

Begitulah rasa saya apabila menonton Gravity.


I

Bersendirian di lautan angkasa yang tidak berpenghujung dan berdasar serta bergantung hidup kepada alatan mekanikal, teknologi, akhirnya kita akan kembali kepada alamiah, seperti berada di rahim ibu dan kemudian perlahan-lahan keluar mengenal dunia.

Ada satu posisi ketika Dr Ryan (Sandra Bullock) masuk ke dalam kapsul udara selepas bertarung dengan kehabisan tangki oksigen dan menjadi hanya satu-satunya krew yang terselamat dalam nahas, posisi Dr. Ryan seperti seorang bayi yang dalam rahim, ah visual itu benar-benar sangat cantik. Kemudian perlahan-lahan Dr Ryan mula melepaskan kebergantungan kepada mesin dan mekanikal, percaya pada naluri, seperti yang dilakukan selepas bayangan perbualan antaranya dan kapten Matt Kowalski (George Clooney), sewaktu berserah ingin menerima kematiannya. Dan juga apabila dia sudah tiba di bumi dan melepaskan pakaian angkasanya di dalam air kemudian merangkak keluar dalam keadaan separa berpakaian dan mencium bau tanah.

Dan visual angkasa dalam filem ini sememangnya sangat cantik, dengan matahari terbit di tengah-tengah frame filem memisahkan antara kapten Matt Kowalski (yang merupakan pengembaraan angkasanya yang terakhir, dan dia berada di posisi gelap yang memberi bayangan, dia akan mati kemudiannya) serta Dr Ryan (yang berada di posisi atas matahari terbit, yang memberi bayangan jua, dia satu-satunya yang akan terselamat). Dan angkasa digambarkan lautan gelap yang indah sekaligus menyeramkan.

Dua gambaran penyerahan dan penerimaan bulat kepada takdir yang penghujungnya berbeza, iaitu waktu kapten Matt Kowalski melepaskan diri daripada tali yang dipegang Dr. Ryan kerana akan menyebabkan kedua-duanya terlepas daripada Soyuz. Kapten Matt Kowalski menyedari bahawa ini benar-benar misi angkasa terakhirnya dan mementingkan diri akan menyebabkan kematian kedua-dua pihak. Dia melepaskan kerana percaya Dr Ryan akan survival dan selamat di bumi. Dan nada suaranya masih tiada sebarang penyesalan dan kemarahan sewaktu masih membantu Dr Ryan untuk masuk ke dalam Soyuz. Kapten Kowalski benar-benar menyerah dan menerima bulat takdirnya kerana tiada alternatif atau jalan untuk melawannya di angkasa luas di luar kekuasaannya. Dan yang kedua ketika Dr Ryan mahu menerima bulat bahawa dia akan mati, sewaktu mengetahui Soyuz tiada bahan api, dia membiarkan kematian menjemputnya tanpa ada mahu melawan, sedang dalam halusinasinya menghadapi kematian (dalam keadaan kekuarangan oksigen) dia berdepan dengan kapten Matt yang merangsangnya untuk melawan semua itu meski mustahil, kerana sentiasa ada jalan jika bertekad, tentang kebiasaan dan terbalikkan, berlepas juga sama dengan mendarat.

II

Yang menghancurkan dunia ini Rusia (serpihan satelit yang ditembak sendiri kemudian menghancurkan misi angkasa Dr Ryan), walaupun percubaan US (kapal Explore) dan Rusia (ISS) untuk menyelamat dunia tapi tidak berjaya. Akhirnya China (Tiangong) yang dapat menyelamatkan hidup manusia daripada kehancuran yang dilakukan Rusia. Haha. Ini mesej yang saya dapat. Hiks

III

Masih ada lagi manusia bangang yang menonton wayang untuk mengisi waktu lapangnya/terpengaruh dengan pujukan rakan, yang bermain-main telefon untuk menyemak instagram/berbalas mesej di Facebook (bukan kecemasan apa pun) yang cahaya telefon canggihnya mengganggu kenikmatan menonton pemandangan di angkasa lepas.

 

Tentang Penonton:

Ainunl Muaiyanah Sulaiman menonton untuk melihat dunia ciptaan pengarah dan lebih mengenali manusia di sekeliling.

Hiks 🙂