When The MASKARA comes to town


MASKARA datang lagi! (cuba buat gaya tora datang lagi)

Setelah setahun, MASKARA tidur, kerana Rumah PENA dalam status renovasi, akhirnya MASKARA datang kembali.


Saya telah “dipaksa rela” oleh Abang Sinaganaga untuk buat persembahan. Saya fikir nak buat persembahan membaca puisi sambil membaca puisi, tapi saya tahu, saya bukan Najwa Latif atau Yuna atau Kopratasa. Hiks. Jadi saya putuskan untuk buat konsep persembahan percakapan sahaja.

3 buah sajak telah dipilih untuk persembahan. Satu: Mengenang Sepanjang 5 Jam Perjalanan ke Utara, Dua: Kepada Kekasih Tak Kunjung Tiba. Ketiga: Kaca Jendela Tren. Saya pilih tiga puisi ini kerana mengandungi percakapan kepada seseorang. Kau. Lalu ketika MASKARA malam itu, saya memohon seorang sukarelawan (lelaki tentunya) untuk menjadi kekasih imaginasi saya. Untuk saya tujukan percakapan-percakapan saya kepadanya. Saya berterima kasih kepada Cech Adrea yang “paksa rela” juga berada dalam pentas MASKARA untuk saya mendapatkan mood. Cech sangat sporting, kadangkala berinteraksi denagn satu dua percakapan saya sehingga saya terkedu dan terkesima serta hilang kata. Sungguh terima kasih. Saya mahu sekali bergambar berdua dengan Cech tapi malangnya dia duduk di dalam Rumah PENA sepanjang acara sedangkan saya harus pulang lebih awal lagi.

II

Sebenarnya saya sudah lama tidak berbahagia menghadiri acara begini, saya rasa sedikit asing. Seperti saya pergi ke Pasar BOCo baru-baru ini (pertama kali pergi), walaupun hampir sebahagian mereka saya kenali, tetapi saya masih asing dan janggal.

Tetapi saya berbahagia kerana banyak muka-muka baru yang datang acara ini, banyak yang muda dan mungkin merupakan pelajar tahun pertama atau kedua university berhampiran. Juga mereka yang aktif di Twitter sebagai penulis/penggerak puisi dan sering berkongsi puisi ciptaan merea sendiri melalui puisi. Saya mengenali mereka dari jauh (kerana jarang sekali mahu berinteraksi, namun saya suka sekali untuk ambil tahu perkembangan sastera dalam genre puisi melalui Twitter oleh orang muda seperti ini)

Yang lebih menyenangkan, penonton duduk mendengar/melihat persembahan dan berinteraksi dengan mereka di atas pentas. Rasa itu sungguh bahagia.

Oh ya, sesiapa ada rakaman audio atau video saya membuat persembahan itu mohon kongsi dengan saya pleaseee🙂

III

Semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk Maskara dari Seremban (menghadiri bicara buku di IPG Raja Melewar), saya bertanya kepada Nissa Yusof dalam kereta tentang isu dalam tulisan saya di blog. Dia cakap, dia tidak membaca entri blog saya kerana terlalu panjang.

Ehem, mungkin saya perlu pendekkan tulisan di blog saya atau bagaimana? J

8 thoughts on “When The MASKARA comes to town”

  1. saya pernah ke sana.
    tapi beberapa tahun dulu.
    dengan seorang kenalan.

    sekarang kenalan saya tu dah tak tahu ke mana.
    err…
    mungkin saya yang sudah ke mana-mana.

    ya, seronok.
    duduk menonton orang baca puisi, nyanyi, bercakap- cakap.

    rindunya masa muda.

    Like

    1. 2andtwo : Banyak kenal kawan-kawan yang sehingga sekarang masih berkawan. Walau banyak acara lain, tapi saya suka lagi MASKARA, rasa lebih dekat, lebih original.. Hehehe🙂

      Datanglah lagi, lama MASKARA tidak ada, nanti bulan depan ada lagi🙂

      Like

  2. alaaaa.. ruginya tak pergi..
    kalau sempat pergi, tentu dapat jumpa Ainunl.. dan pastinya saya akan datang bersama Sepetang Di Kafe Biblioholic..!! hahahahaa.. nak minta bergambar bersama lah (kalau Ainunl sudi)..🙂

    saya pun pernah sekali ke acara MASKARA.. seronok..!! suasana yang sangat seni.. dan saya rasa kerdil sekali.. orang lain saling mengenali, saya tak dikenal sesiapa dan tak mengenal sesiapa juga.. nak menegur, malu.. sudahnya, senyum sahaja pada semua… ehh, pertama kali jumpa dan kenal sama Saudagar Garam di acara MASKARA lah..!🙂

    acara MASAKARA bulan depan Ainunl berdeklamasi juga ke..? waahh.. mesti tanda dalam kalendar ni..🙂

    .

    Like

    1. Ain : Saya pun banyak kenal orang melalui MASKARA yang berkawan sehingga sekarang🙂 Saudagar Garam pun ada untuk MASKARA kali ini🙂

      Ala, maaflah tak buat pengumuman awal di blog. Erm Rasa bersalah pula. MASKARA akan datang, saya tiada. Ada urusan. MAsa itu ada acara Eksotikata di tapak MASKARA🙂 Datanglah sokong mereka🙂

      Nanti ada acara lain, saya update ya. Simpan siap-siap buku untuk bergambar, tentu sekali saya sudi🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s