Jalan Lain Ke Sana


:Kepada J

Dalam perjalanan ke Holiday Villa Subang untuk bengkel strategi, saya telah tersalah memilih jalan dari lebuh Duke memasuki Lebuh Sprint, termasuk ke jalan Duta kerana tidak masuk ke lorong yang sepatutnya. Saya ketika itu sibuk memikirkan apakah lorong yang sepatutnya saya ambil akan membawa saya ke jalan yang saya bayangkan. Dalam kesibukan berfikir, saya telah terlepas simpang dan di Jalan duta, menuju ke pusat bandar saya bergundah sendiri, dengan segala kemungkinan, akan terlewat sampai ke Subang, atau jalan mana yang seharusnya saya ambil selepas ini, atau saya perlu mengambil jalan jauh?
<</span>
Semasa berkira-kira, simpang Jalan Duta akhirnya membawa saya melalui Damansara lama dan akhirnya masuk ke Lebuh Sprint semula, jalan yang saya hendak pergi pada mulanya saya ingin ambil dari mula dan saya selamat tiba ke destinasi lebih awal dari jangkaan dengan kesesakan yang hampir tiada langsung🙂

II

Dan dalam perjalanan kita sehari-hari atau semasa kita sering memikirkan pilihan yang ada sebelum membuat keputusan, selalu sahaja kita berdepan dengan beberapa hal seperti perjalanan saya tadi: pertama, berapa jalan dan cara untuk kita sampai ke tempat tujuan, kedua; di persimpangan, Antara pasti dan tidak pasti berdasarkan pengalaman kita menmpuh jalan yang sama tetapi untuk destinasi lain, berapa jauh kita dapat membuat keputusan sebelum terlambat, ketiga; Apakah penyesalan sekiranya kita terlepas jalan tersebut dan bagaimana cara kita mendepaninya. Keempat; apakah perlu meneruskan atau berpatah balik sahaja supaya boleh melalui lorong atau jalan yang sama?

Dan pagi ini saya dengan beberapa hal tersebut. Saya sudah merencana, supaya melalui lebuh DUKE kemudian mengambil simpang ke Lebuh SPRINT dan akhirnya membawa saya laluan di hadapan Universiti Malaya dan seterusnya masuk ke Lebuhraya Persekutuan dan menuju ke Subang. Jalan yang paling mudah, dapat mengelak kesesakan dan dapat menuju ke tempat dengan selamat. tetapi kerana dalam ingat ingat lupa (meski telah menempuh jalan yang sama untuk puluhan kali tetapi tidak pernah menggunakan jalan itu untuk ke Subang) saya terlepas simpang ke Lebuh raya Sprint dan membawa ke Jalan duta ( yang seringkali sesak dengan penjawat awam) dan saya antara menyesal dan memarahi diri sendiri dan bertekad untuk mencari pusingan U tetapi saya terlihat papan tanda tertulis Lebuhraya Persekutuan Di jalan yang saya lalui. antara ragu dan cubaan untuk mengingati jalan ini saya meneruskan perjalanan, akhirnya saya menjumpai jalan yang saya bayangkan, dengan mengambil simpang berbeza dalam jalan yang lain. Dan saya akhirnya mengetahui, simpang dan jalan lain untuk menuju ke Lebuh Raya Persekutuan.

Pagi itu, saya belajar hal yang baru, betapa punya banyak jalan dan juga cabang lain dalam mencapai sesuatu. Sekiranya terlepas cabang yang direncana, walaupun harus mengambil jalan jauh mungkin kita patut meneruskan sahaja dengan berani dan berlapang dada. Daripada sibuk menyalahkan diri dan menyesali tindakan serta takdir, sehingga kita terlepas cabang atau jalan alternatif yang mungkin jauh lebih baik untuk jalan hidup kita. Dan kita harus mengambil jalan yang lebih jauh, lebih menyalahkan diri, akhirnya tidak sampai ke destinasi dan sesat sendiri.

Tidak semua orang, mengikut jejak yang biasa, ada sahaja yang menjadi kambing hitam, mengambil atau terpaksa mengambil laluan yang lain dari kebiasaan, atau yang kadang kala terkeluar daripada sistem sedia ada. Adakah perlu untuk berhenti dan beralah? Atau mendongak muka dan melangkah dengan lebih berani? Kenangan atau masa lalu, meski selalu disebut dan diingati, tetap kekal sebagai masa lalu, tidak dapat direbut kembali, meski kita cuba berpatah balik dan berdepan dengan dua kemungkinan, sama ada berterusan sesat atau tetap tidak menghasilkan keputusan yang sama kita harapkan. Yang ada, hanya masa kini yang sedang dilalui dan masa hadapan yang masih absurd bentuknya.

Kepada yang harus mengambil jalan lain atau jalan lain, sentiasa ada simpang-simpang yang memungkinkan kita menuju destinasi yang sama. Keberanian dan keyakinan kepada keputusan sendiri tidak dibentuk oleh yang lain melainkan diri sendiri kerana perjalanan sering dikenderai secara perseorangan.

III

Mungkin gambaran dari kartun The Muslim Show ini gambaran sipi-sipi untuk apa yang saya lalui tadi🙂


5 thoughts on “Jalan Lain Ke Sana”

  1. Salam Saudari Ainunl,
    Bagus sekali tulisan saudari. Satu pengkisahan yang sangat menarik dan mendalam sekali maknanya untuk saya hayati dan teladani. Sebelum ini juga saya selalu membaca hasil nukilan saudari dan saya juga ada membeli novel Sepetang Di Kafe…. Saudari, bolehkah saudari sertakan sekali lagi alamat email kerana saya pernah sekali dua menghantar email kpd saudari tetapi malangnya tiada balasan. Barangkali saya tersilap alamat. Saya ingin berkongsi hasil tulisan saya dengan saudari pula selepas ini kalau diizinkan Tuhan..InsyaAllah..

    Like

    1. Iffah : Ya Allah, emel awak sudah didraf, tetapi entah mengapa saya lupa hantar. Saya akan kirimkan emel dalam masa terdekat ya.

      Terima kasih ya kerana membeli dan membaca tulisan saya. Kebelakangan ini jarang sekali bekesempatan untuk menulis di blog🙂

      Like

      1. Saudari,
        Rajin rajinkan lah menulis di sini.. saya sentiasa mengikuti penulisan saudari. Setiap kali email alert berbunyi di BB saya, saya selalu berharap yang itu adalah mesej untuk entri baru di blog saudari🙂

        Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s