Perayaan Hari Buku


Semakin dewasa, banyak perayaan yang kita tempuhi. Bermula dengan hal-hal yang kecil, seperti hari jadi sehinggalah ke hari ibu, hari buku, hari bumi. Hari ini hari buku sedunia. Saya dari awal pagi, bergegas menyiapkan buku-buku kendalian untuk dihantar cetak, kemudian bergegas ke Pesta Buku, menyusun buku, merapikannya dalam rak dan beransur pulang, masih masuk ke pejabat menyiapkan persediaan untuk hari esok. Bermakna seharian, saya tidak berpisah jauh dengan dunia buku dan hal-hal seputar darinya! Haha.

Esok bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesta untuk pencinta buku. Ada banyak tawaran dan diskaun menarik daripada setiap penerbit. Di sinilah medan peperangan memenangi hati pembeli yang mungkin sudah ada senarai di hati atau mencari buku baru yang tidak pernah diketahui.

Sudah tiga tahun berturut-turut, terlibat untuk pesta buku, bertugas, menjual dan mempromosikan produk. Kalau tiga tahun sudah, hanya bertugas dua tiga hari sahaja, tahun seterusnya bertugas tanpa henti selama 8 hari setengah. Tahun ini 11 hari pula, berkampunglah saya di Pesta Buku kelak, dari terbit matahari hingga tenggelamnya sang suria. Ecehwah~

Saya mahu menulis dengan lebih panjang lebar tetapi begitulah, masa menjarah diri saya. Saya ucapkan selamat berpesta kepada pencinta buku. Jemputlah datang ke gerai institusi tempat saya bernaung, insyaAllah, saya akan berikan layanan yang terbaik.

Dan sesiapa yang belum beli buku Sepetang di Kafe Biblioholic, anda semua wajib beli semasa pesta buku berlangsung, kunjungi gerai JS Adiwarna, ada banyak tawaran yang sangat menarik, kalau tak kita putus hubungan sebagai penulis blog dan pembaca blog. Hehehehe

Advertisements

3 thoughts on “Perayaan Hari Buku”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s