Bersendirian di Pejabat


Ia satu hal menyenangkan kepada saya sekurang-kurangnya. Atau kenyataan saya sewaktu hujan begini. Dan bertugas sebagai editor, ia bukan satu hal yang pelik, untuk ke pejabat pada hujung minggu. Saya sudah melaluinya hampir beberapa tahun sehingga tiada timbul berat hati menerima panggilan dari ketua untuk ke pejabat pada pagi hujung minggu. Dan diselamatkan oleh jarak rumah dan pejabat yang tidak terlalu jauh. Hahaha.

Dan setelah melalui pengalaman itu, saya harus akui, bersendirian di pejabat pada hujung minggu, satu hal yang menyenangkan untuk saya. Pada waktu itu, saya akan mengambil masa mengisi apa-apa borang kerja, menyusun meja kerana tidak ada dering telefon yang menuntut jawapan dan tindakan segera, atau mahupun jeritan nyaring tiba-tiba mengejutkan yang mengganggu konsentrasi kerja.

Malah proses penyuntingan, penilaian dan pencarian idea seperti mengalir dengan laju dan produktif. Saya boleh memasang lagu dengan kuat tanpa perlu risau kalau kalau lagu saya mengganggu desibel rakan sekerja lain, juga, tanpa perlu menggunakan earphone yang sedia maklum akan ada kemungkinan tidak mendengar bunyi lain, mendengar bunyi orang menjerit dengan mengada-ada tiba-tiba atau suara-suara yang tidak kita mahu dengari, kelebihan mencetak tanpa bergaduh giliran, selain daripada capaian internet yang pantas. Haha.

Selain daripada hujung minggu, saya juga suka duduk di pejabat pada waktu malam, sewaktu ramai yang sudah mulai pulang. Sebagai perempuan bujang, tidak banyak hal yang perlu difikirkan untuk pulang awal. Suasananya sama seperti bersendirian pada hujung minggu. Walaupun mungkin untuk sesetengah orang merasakan, kerugian pada saya kerana sepatutnya masa habis bekerja digunakan peluang untuk mengintai-intai “bakal” suami dan mula menggunakan poin bekerja lewat begini sebagai alasan kenapa saya tidak berkahwin dan tiada teman lelaki lagi.

Tetapi begitulah, ada sesetengah hal, kita tidak akan dapat semuanya di tangan. Mungkin kita ada bahagia di sana kurang bahagia di sini, tetapi bahagia dan kesedihan itu kan kita yang rasa akhirnya. Jadi asalkan kita boleh menempuhnya, cara mengatur jalannya itu terpulang kepada hal masing-masing. Ada yang tidak bahagia di ruang rumah tangganya, mencari bahagia di ruang tangga pejabatnya. Ada yang tidak bahagia dengan hidupnya, mencari kebahagiaan dengan mencari gaduh dengan orang lain supaya sama-sama tidak bahagia dan menderita seperti dia. Hahahaha.

Bersendirian di pejabat, sama ada hujung minggu atau pada waktu malam, buat saya lebih menilai diri. Dalam bersungguh-sungguh memberi yang terbaik kepada kerja kita, ada kalanya terlintas dalam fikiran, berapa ramai yang menghargai kesungguhan yang kita berikan dalam kerja? Ramai yang ingin madu untuk diri sendiri daripada lebih daripada memberi sedikit manisnya kepada orang lain. Dan merasionalkan juga, kalau sudah tiada lagi madu yang diberikan kepada kita, bukan kerana kita tidak layak dapat, tetapi mungkin kerana ketidaksungguhan kita menghargai mereka yang menyediakannya sebelum ini dek sikap besar kepala dan merasakan sosok diri lebih baik daripada semua orang. Mungkin begitulah.

Advertisements

Umair sebagai Hero Kedua Terbaik?


Kalau sesiapa membaca Sepetang di Kafe Biblioholic, pastinya mereka mengenal watak ini, Umair, yang menurut Dyh Usen, si ketua Editor yang gemarkan Espreso. Jujurnya nama untuk Ketua Editor si Kamellia ini, saya pilih antara yang paling akhir, setelah sudah setengah Sepetang di Kafe Biblioholic ditulis. Kerana saya sangat kasihkan watak ini, lalu ingin memilih nama yang apabila menyebutnya terasa ketegasannya dan juga ada sisi baiknya. Nama sangat berperanan dalam menulis. Dengan menemui nama yang sesuai, seolah-oleh sebahagian besar cerita itu sudah terlukis. Mungkin kerana itu, cerpen saya dalam beberapa lama kebelakangan ini, sengaja tidak saya namakan wataknya.

Kalau antara Redza dan Umair, saya memang lebih menyayangi Umair. Tapi cerita yang tertulis, Kamellia bertemu jodoh dengan Redza. Begitulah dalam kehidupan, mungkin dia dan dia mungkin calon yang terbaik dan baik untuk kita tetapi perkahwinan bukan tentang itu sahaja dan kita mungkin memilih calon yang lain. Sempat juga saya bergurau dengan Kak Hafizah, yang menulis Lelaki Januari, β€œkerana saya sayangkan Umair, saya memadankan Kamellia dengan Redza.” Konon-konon Umair itu hero di hati sayalah. Hahaha. Itu seronoknya jadi penulis, kita boleh cop watak yang kita suka dan konon dengan β€˜kejamnya’ kita tidak mahu padankan dengan watak utama πŸ˜€

Bila buka Goodread, Umair ada dicalonkan watak Hero Ke-2 Terbaik. Marilah ramai-ramai mengundi diΒ sini. Buat masa ini, Umair duduk tempat ke-8. Sebenarnya tercalon pun saya dah seronok bukan main. Tapi untuk semangat kesukanan kita, kenalah undi ramai-ramai tanda sokongan kepada mereka yang mengundi dan buat listopia ini J

P/s: Kalau buat sambungan tentang Umair, siapa setuju?