Umair sebagai Hero Kedua Terbaik?


Kalau sesiapa membaca Sepetang di Kafe Biblioholic, pastinya mereka mengenal watak ini, Umair, yang menurut Dyh Usen, si ketua Editor yang gemarkan Espreso. Jujurnya nama untuk Ketua Editor si Kamellia ini, saya pilih antara yang paling akhir, setelah sudah setengah Sepetang di Kafe Biblioholic ditulis. Kerana saya sangat kasihkan watak ini, lalu ingin memilih nama yang apabila menyebutnya terasa ketegasannya dan juga ada sisi baiknya. Nama sangat berperanan dalam menulis. Dengan menemui nama yang sesuai, seolah-oleh sebahagian besar cerita itu sudah terlukis. Mungkin kerana itu, cerpen saya dalam beberapa lama kebelakangan ini, sengaja tidak saya namakan wataknya.

Kalau antara Redza dan Umair, saya memang lebih menyayangi Umair. Tapi cerita yang tertulis, Kamellia bertemu jodoh dengan Redza. Begitulah dalam kehidupan, mungkin dia dan dia mungkin calon yang terbaik dan baik untuk kita tetapi perkahwinan bukan tentang itu sahaja dan kita mungkin memilih calon yang lain. Sempat juga saya bergurau dengan Kak Hafizah, yang menulis Lelaki Januari, “kerana saya sayangkan Umair, saya memadankan Kamellia dengan Redza.” Konon-konon Umair itu hero di hati sayalah. Hahaha. Itu seronoknya jadi penulis, kita boleh cop watak yang kita suka dan konon dengan ‘kejamnya’ kita tidak mahu padankan dengan watak utama 😀

Bila buka Goodread, Umair ada dicalonkan watak Hero Ke-2 Terbaik. Marilah ramai-ramai mengundi di sini. Buat masa ini, Umair duduk tempat ke-8. Sebenarnya tercalon pun saya dah seronok bukan main. Tapi untuk semangat kesukanan kita, kenalah undi ramai-ramai tanda sokongan kepada mereka yang mengundi dan buat listopia ini J

P/s: Kalau buat sambungan tentang Umair, siapa setuju?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s