Bersendirian di Pejabat


Ia satu hal menyenangkan kepada saya sekurang-kurangnya. Atau kenyataan saya sewaktu hujan begini. Dan bertugas sebagai editor, ia bukan satu hal yang pelik, untuk ke pejabat pada hujung minggu. Saya sudah melaluinya hampir beberapa tahun sehingga tiada timbul berat hati menerima panggilan dari ketua untuk ke pejabat pada pagi hujung minggu. Dan diselamatkan oleh jarak rumah dan pejabat yang tidak terlalu jauh. Hahaha.

Dan setelah melalui pengalaman itu, saya harus akui, bersendirian di pejabat pada hujung minggu, satu hal yang menyenangkan untuk saya. Pada waktu itu, saya akan mengambil masa mengisi apa-apa borang kerja, menyusun meja kerana tidak ada dering telefon yang menuntut jawapan dan tindakan segera, atau mahupun jeritan nyaring tiba-tiba mengejutkan yang mengganggu konsentrasi kerja.

Malah proses penyuntingan, penilaian dan pencarian idea seperti mengalir dengan laju dan produktif. Saya boleh memasang lagu dengan kuat tanpa perlu risau kalau kalau lagu saya mengganggu desibel rakan sekerja lain, juga, tanpa perlu menggunakan earphone yang sedia maklum akan ada kemungkinan tidak mendengar bunyi lain, mendengar bunyi orang menjerit dengan mengada-ada tiba-tiba atau suara-suara yang tidak kita mahu dengari, kelebihan mencetak tanpa bergaduh giliran, selain daripada capaian internet yang pantas. Haha.

Selain daripada hujung minggu, saya juga suka duduk di pejabat pada waktu malam, sewaktu ramai yang sudah mulai pulang. Sebagai perempuan bujang, tidak banyak hal yang perlu difikirkan untuk pulang awal. Suasananya sama seperti bersendirian pada hujung minggu. Walaupun mungkin untuk sesetengah orang merasakan, kerugian pada saya kerana sepatutnya masa habis bekerja digunakan peluang untuk mengintai-intai “bakal” suami dan mula menggunakan poin bekerja lewat begini sebagai alasan kenapa saya tidak berkahwin dan tiada teman lelaki lagi.

Tetapi begitulah, ada sesetengah hal, kita tidak akan dapat semuanya di tangan. Mungkin kita ada bahagia di sana kurang bahagia di sini, tetapi bahagia dan kesedihan itu kan kita yang rasa akhirnya. Jadi asalkan kita boleh menempuhnya, cara mengatur jalannya itu terpulang kepada hal masing-masing. Ada yang tidak bahagia di ruang rumah tangganya, mencari bahagia di ruang tangga pejabatnya. Ada yang tidak bahagia dengan hidupnya, mencari kebahagiaan dengan mencari gaduh dengan orang lain supaya sama-sama tidak bahagia dan menderita seperti dia. Hahahaha.

Bersendirian di pejabat, sama ada hujung minggu atau pada waktu malam, buat saya lebih menilai diri. Dalam bersungguh-sungguh memberi yang terbaik kepada kerja kita, ada kalanya terlintas dalam fikiran, berapa ramai yang menghargai kesungguhan yang kita berikan dalam kerja? Ramai yang ingin madu untuk diri sendiri daripada lebih daripada memberi sedikit manisnya kepada orang lain. Dan merasionalkan juga, kalau sudah tiada lagi madu yang diberikan kepada kita, bukan kerana kita tidak layak dapat, tetapi mungkin kerana ketidaksungguhan kita menghargai mereka yang menyediakannya sebelum ini dek sikap besar kepala dan merasakan sosok diri lebih baik daripada semua orang. Mungkin begitulah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s