Borak Buku Bersama Eka Kurniawan


Saya sudah lama membaca buku Cantik Itu Luka, Eka Kurniawan. Saya baca dalam kurang lebih 48 jam. Bukunya tebal 500 m/s. Tidak tidur malam kerana ceritanya itu sangat sangat mempengaruhi saya untuk tidak saya letakkan sebentar. Ketika itu saya tidak tahu, siapakah Eka Kurniawan, apakah jalurnya menulis, malah sinopsisnya pun saya tidak tahu, hanya judulnya sahaja yang begitu menggoda, Cantik Itu Luka.

Tidak perlu untuk saya panjang-panjangkan tentang buku itu, kerana saya bersama-sama teman saya apabila mengetahui Eka Kurniawan akan datang ke Malaysia untuk pertama kalinya, kami sedaya upaya mengatur supaya ada satu sesi yang boleh mengobrol bersamanya. Tentu sahaja kepada peminat Eka Kurniawan, sesi ini tidak harus, tidak sekali-kali harus dilepaskan.

Jemput hadir:

Borak Buku Bersama Eka Kurniawan

Lokasi: Espresso Lab, NU Sentral, sebelah KL Sentral

Jam: 8.00 malam

Tarikh 23 Jun 2014

Dan saya juga sudah selesai membaca buku terbarunya, Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas. Haha. Bukunya turut dijual di sana🙂

Imej

7 thoughts on “Borak Buku Bersama Eka Kurniawan”

  1. Assalamualaikum, Ainul saya kepingin bangat untuk mendapatkan novel ini dan novel diperkatakan Cantik itu Luka. Oleh itu, saya ingin meminta pertolongan Ainunl jika sudi untuk membelikan Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas dan Cantik Itu Luka. Nanti saya bank ini duit, jika buku itu telah dibeli boleh tak?

    Like

  2. Huhuhu… sedihnya. Adakah beliau juga akan membawa buku-bukunya yang lain? Seperti Cantik Itu Luka? Dan saya rasa ada sebuah kumpulan cerpennya Corat-Coret di Toilet. Jika ada buku-buku ini saya ingin sekali memilikinya. Kalau ada nanti, belikan untuk saya ya. Lepas tu, maklumkan kepada saya untuk saya “bank in” bayarannya. Terima kasih, Ainunl.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s