Jurnal Bulan Puasa #002 – Baju Raya Baju Kahwin


Minggu lalu, saya dan ibu mencari baju raya, sebetulnya baju untuk jamuan, tetapi sebenarnya ibu cuma nak cari tali pinggang untuk jubahnya. Seperti yang sedia maklum, lumrah perempuan, lain yang dicari, lain yang dibeli, termasuklah saya dan ibu. Ehem.

Dipendekkan cerita, ibu pun sudah siap-siap beli sepasang jubah/dress cantik. Warnanya ungu kecoklatan. Saya suka, yang lebih penting ibu pun suka. Tengok, kan sudah tulis awal-awal. Lain yang rancang beli, lain yang betul-betul dibeli.

Aktiviti membeli belah, selalunya saya dan kakak serta ibu, tetapi semenjak kakak berumah tangga serta beranak empat, tugas membeli belah ini jatuh ke bahu saya, anak perempuan bongsu. Selalunya bila jalan-jalan dan ibu dah dapat apa yang diidam, ibu selalu akan cakap, “ha, pilihlah baju mana nak.” Ayat itu memang ditunggu, pucuk dicita, ulam mendatang. Jangan salah faham, bukanlah saya memang niat nak “pow” ibu. Niat memang jujur nak teman ibu membeli belah, tapi kalau sudah turun tawaran begitu, mata pun bersinar-sinar memilih pakaian.

Sebenarnya saya sudah ada satu baju yang berkenan di hati semenjak masuk ke pusat membeli belah, setiap kali lalu, saya pegang, belek. Lalu sahaja mesti pegang belek. Maksudnya bagi hint pada ibu, ehem saya berkenan yang itu. Warnanya peach lembut, kain chiffon (yang popular sekarang) serta manik-manik halus teratur. Ada ropol-ropol kait. Saya suka betul. Semenjak menambun, pakai baju kebaya untuk raya saya simpan dalam hati sahaja. Jadi baju kurung itu saya suka sangat. Ada

Ibu senyum-senyum, tanda setujulah itu. Hati saya sudah kembang kuncup kembang kuncup tanda bahagia. Sebelum saya buka mulut kata mahu, ibu kata.

“Cantik baju ini, ibu berkenan. Macam baju untuk nikah kahwin je. Alang-alang ambillah yang putih.”

Terus hati saya retak seribu. Saya tak jadi buka mulut. Saya terus pilih baju kurung kedah yang biasa, dari label Dang Anum. Sob sob, petang itu saya jadi Dang Anum, yang kempunan baju kurung peach ropol kait, sebab hati tersobek dengan hal baju raya jadi baju kahwin.

2 thoughts on “Jurnal Bulan Puasa #002 – Baju Raya Baju Kahwin”

  1. lah~~beli sajalah. kenapa sensitif bila ibu cakap pasal kahwin? jodoh setiap orang kan berbeza. ibu mungkin tak faham…tapi penulis faham kan?

    Like

    1. Don :🙂 Pertama fikir, mungkin baju itu terlalu bling bling sangat, macam baju kahwin, tak sesuai untuk jadi baju raya🙂 Kedua mungkin kalau baju itu dipakai, akan keluarlah ayat-ayat, “eh macam nak pergi nikaaah je.” Begitulah😀 Haha,

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s