Jurnal Kulinari : Kaffe Cafe


Kadang kala waktu cuti, saya akan mencuba kafe atau kedai makan sekitar KL – Selangor. Kalau tidak kerana ingin menulis, ada juga kerana menghabiskan waktu senggang. Sudah banyak kafe saya cuba sewaktu menulis Sepetang di Kafe Biblioholic, tetapi tidak pula saya rekod ke dalam blog. Jadi, ini satu inisiatif, menuliskan pengalaman untuk satu trend anak muda kebelakangan ini, lepak di kafe🙂

Sebenarnya mahu ke Mukha, Taman Tun Dr. Ismail, tapi hari Isnin, Mukha ditutup, jadi terlihat satu kafe, namanya Kaffe Cafe, berdekatan dengan Mukha, dari luar dekorasinya cantik. Saya mudah “tergoda” dengan pandang pertama sesuatu kedai dan memutuskan mencuba Kaffe Cafe.

Sewaktu memilih-milih minuman, barista mencadangkan saya mencuba signature coffee mereka, dan hasil risik-risik di Internet, dicadangkan mencuba kek keju mereka. Jadi, walaupun tekak ini tidaklah suka Oreo Cheese, lebih suka Red Velvet, apa salahnya mencuba sesuatu yang lain, yang bukan kebiasaan kan?

20140804-173631-63391674.jpg

Dan nyata pilihan saya tidak salah. Signature coffee mereka sangat sedap, ada kelainan pada cream bahagian atas. Dan Oreo Cheese, ya ampun, sedapnya rasa cheese yang seimbang dengan rasa Oreo.

Dekorasi Kaffee Cafe banyak seperti banyak mengalukan untuk jadi tempat melepak. Jarang ada meja untuk berdua, paling minimum berempat. Jadi, lebih sesuai menjadi tempat untuk berkumpul dengan kawan-kawan sambil kemas kini cerita terkini, atau tempat buat kerja kerana ruang mejanya yang luas. Dan tentu sahaja ada banyak sofa untuk duduk berbual dengan selesa.🙂

Tiba-tiba rasa cemburu, di TTDI banyak kafe untuk dicuba tetapi ditempat saya, ada satu dua kafe sahaja😦

Boleh cuba lagi di lain waktu tapi hendak ke sana jauhnyaaaaaa.

Notakaki: Tulisan ini ditulis di Kaffe Cafe, Taman Tun Dr. Ismail.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s