Tentang Pembaca dan Penulis


I

Ada waktunya, saya tidak tahu jalan mana yang terbaik dalam mendepani pembaca. Kalau dalam usaha mempromosikan karya penulis yang saya tangani, keberanian saya memang nombor satu, itu apabila saya menyarung baju editor tetapi apabila terbalik pula kalau ada yang mendatangi saya dan mengenali saya sebagai penulis, rasa segan cepat sekali mengakrab.

Saya sebetulnya mahu jadi sederhana dan tidak terlalu berlebihan. Saya diam-diam sahaja membaca catatan semua tentang buku saya, terutamanya di Goodreads, sambil kadang-kala rasa terharu dan sayu-sayu dalam hati. Saya mengutip perbualan saya dengan Eka Kurniawan tentang hubungan pembaca-penulis, “kemenangan bagi seorang penulis, adalah apabila orang mahu membaca karyanya dari mula sehingga muka surat terakhir.” Sama ada suka atau tidak, itu adalah pilihan pembaca tetapi mengetahui mereka membaca sudah cukup-cukup membahagiakan.

Terutamanya di Goodreads, saya akan diam-diam membuat lalu-lintas, kadangkala terfikir mahu mengetik ucapan terima kasih tetapi mana yang lebih baik, membiarkan sahaja mereka berleluasa berkomentar atau turut bergebang sama? Saya memilih yang pertama. Bukan kerana kesombongan tetapi sebagai memberi ruang seluas-luasnya kepada pembaca untuk berkomentar tanpa perlu memikirkan komentarnya itu akan membuatkan penulis tersinggung. Tetapi saya membaca semuanya sambil kadangkala menyapu hujung air mata (sebab terharu) serta mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana membaca biarpun sepotong ayat dalam buku itu. Dan buat saya naik semangat menulis cerita lagi 🙂

Kalau-kalau terserempak saya di mana-mana, tegur-tegurlah saya. Mana tahu kita boleh minum secawan kopi atau teh bersama sambil bertukar cerita 🙂 Kalau-kalau melintas nama saya di Facebook dan mahu menambah rakan, maklumkan di ruang mesej seperti contoh: psss, kita baca buku awak. Hiks. Almaklum sahaja permohonan rakan bertambah dan saya tidak begitu aktif menyemak notifikasi FB 🙂

0148f6fd9c75136b63e9d2d374604606

9 thoughts on “Tentang Pembaca dan Penulis

  1. tak sabar tunggu novel seterusnya 🙂

    dan…blog awak cantik sangat!!! ajar saya edit blog!!! hahaha…oh my…cantik la header tu…dan layout pun smart…aaaaaaaa cemburu!!!

    Liked by 1 person

    1. Shukri : Ehem. Nak menulis nak menulis nak menulis.

      Jangan cemburu, ini sebenarnya cara untuk pom pom semangat menulis, blog cantik buat semangat menulis pun naik! Boleh boleh nak tolong ajar 🙂

      Like

      1. hahaha…maaf akak kesayangan, saya kembali kepada blogspot 😛 sebab update blog guna phone je sekarang laptop problem huks.

        akak lagi satu nak tanya…kalau nak hantar kumpulan sajak ke itbm, semua sajak tu mesti pernah tersiar di media penerbitan ke? atau boleh campur-campur? atau tak apa kalau hantar sajak yang baru tulis? ahaks.

        Like

        1. shukri: mana satu blog awak ni, aishh, kalau nak kirim, boleh sahaja campur dengan sajak yang pernah disiarkan 🙂 asalakan tidak pernah dibukukan 🙂

          Like

        2. Hahaha…blog yang warnanijiwa.blogspot.com tu 🙂

          Oh boleh eh…terima kasih kak. Nanti nak kirim la ahaks :p

          Tapi, tapi, tapi…tak tahu nak kirim bagaimana T.T

          Like

  2. Assalamualaikum Kakak Yana,

    Mengopi kita yuk! 🙂

    Seperti Shukri, saya juga menanti novel terbaharu kak Yana… moga2 ada uncang ‘pelaris’ lagi disertakan bersama-sama pembelian novel itu nanti, ya! 🙂

    Like

Tinggalkan komen