Jurnal Kulinari: Kafe dan Rumah Teh


Kadangkala kita memerlukan tempat “pelarian”, dari kerja, dari rumah. Bukan kerana kita tidak mencintai kerja kita mahupun rumah kita, tetapi tempat pelarian ini bukan kita berehat sebentar dari dunia luar. Seolah-olah kita sedang menghentikan masa dan urusan yang mengganggu kita untuk menikmati sebentar masa bersama diri sendiri.

Ada orang menemuinya melalui aktiviti mendaki, ada yang gemar memandu berseorangan melalui jalan panjang sambil menyanyi riang, ada yang ke kedai buku, ada yang jamming, dan yang memilih duduk di kafe. Sewaktu bertemu dengan Shahida atau namanya di twitter Cheryna, salah seorang pembaca buku Sepetang di Kafe Biblioholic yang juga mantan barista, kami sama-sama bersetuju betapa pentingnya sebuah kedai kopi, kafe atau rumah teh untuk jadi seselesa seperti rumah ketiga untuk pembelinya. Juga saya menulis dalam buku yang sama, mengapa ada orang bekerjaya sanggup melabur kopi mahal/teh mahal? Adakah kerana status atau jenama? Tetapi kalau saya sendiri, kerana suasana, persekitaran yang melapangkan. Mungkin sesetengah orang tidak faham kerana boleh dapat “kelapangan fikiran” di tempat lain, tetapi untuk sesetengah orang yang lain, di kedai inilah mereka mendapatkannya dalam sejam dua, berehat sebentar daripada kesibukan dunia luar.

Ya, sekarang ada sangat, sangat, sangat banyak. Di The Strand Kota Damansara, di Subang, di Publika, di Jalan Telawi, Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, lokasi-lokasi yang saya nyatakan ini menyubur kafe-kafe yang menawarkan kelainan dan konsep yang berbeza. Namun, satu hal yang lain apabila ‘orang bisnes’ sudah masuk lapangan, kafe-kafe akan tidak lebih sekadar kosmetik dengan hiasan yang rusty, kek yang ala kadar sedap, kopi yang tidak dimasak sempurna. Satu kepantangan terbesar saya, apabila kafe (yang konon hipster) menggaji pelayan dari bangsa asing (baca: Bangladesh, Nepal, Indonesia) kerana ia menghilangkan autentik sebuah kafe, Ini pengalaman yang saya alami di Coffee Societe, Publika, sudahlah tidak faham apa yang pelanggan mahu, layanan teruk, dan buat saya marah lagi, berani mengenakan service charge 10% dengan tax kerajaan 6% untuk khidmat servis yang teruk.

Franchise kafe memang banyak melata kerana permintaan generasi Netizen ini. Di kafe ruangnya, untuk bersosial, untuk mendapat akses internet percuma, untuk rasa hipster, untuk ambil gambar dan muat naik di Instagram. Tapi franchise kita sedia maklum sahaja, tidak punya sentuhan peribadi daripada pemiliknya. Di awal sebelum trend ini meletus, ada banyak juga kafe yang dibangunkan melalui idea dan gagasan pengasasnya. Namun lama-lama seperti yang saya katakan apabila ada ‘orang bisnes’ sudah masuk jarum, segala-galanya jadi tawar rasa. Tidak banyak kafe yang saya pergi merupakan milik peribadi pemiliknya, yang ada ikut-ikutan atau jadi-jadian.

Ya, selain kafe menjadi rumah ketiga pengunjungnya, satu hal lagi saya tidak mahu ketinggalan untuk sentuh mengapa pentingnya sentuhan peribadi pemiliknya? Kerana apabila ia menjadi rumah ketiga, pengunjung jadi bersahabat dengan pemilik serta seluruh pekerjanya. Saya mengambil kata yang disebut oleh Hlovate, “There’re times when strangers are like family, and family are like strangers”

Kadangkala kawan-kawan yang kita kenali hanyalah kelelahan dan pemilik kafe serta pekerjanya menjadi teman kita sebentar dalam kesempatan waktu yang kita luangkan. Mereka yang asing, jauh lebih baik menjadi kawan kita daripada mereka yang mengakui kawan tetapi hanya menyakitkan diri sendiri. Ada beza pemilik sebuah kafe, yang tulang terasnya menghidangkan kopi dengan mesin fancy dan mahal dengan pemilik rumah teh, yang hanya menghidangkan teh daripada pelbagai ramuan dan aroma. Anda boleh mengenali perbezaan itu, jika memerhatikan sepertimana yang saya nyatakan di atas.

Dahulu, saya ada tempat pelarian, tempat saya menuliskan sebahagian besar novel saya. Tetapi tempat itu sudah jauh. Tempat bercinta sudah tiada. Dan hampir beberapa tahun, saya menemui tempat baharu yang tidak saya sangka begitu dekat🙂 Tapi saya rahsiakan dahulu ruang penyembunyian, supaya tidak ada yang mencuri lokasi baru kesayangan saya itu. Hahahaah😀 tetapi saya bercita-cita mahu mengajak pembaca buku saya “berdating” dengan saya di tempat ni. Ada sesiapa yang mahu? Boleh emel saya😀. Saya tunjuk sikit sikit ya🙂

20140806-190302-68582261.jpg

 

20140806-191107-69067291.jpg

3 thoughts on “Jurnal Kulinari: Kafe dan Rumah Teh”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s