10 Buku yang Memberi Impak Maksima


Saya telah ditag di Facebook oleh Eida Sazali, untuk menyatakan 10 buku yang memberi impak kepada saya. Eida Sazali merupakan salah seorang pembaca buku saya Sepetang di Kafe Biblioholic, yang tidak pernah saya jumpa, tetapi sering sahaja buat saya terharu kerana dia menyayangi buku sederhana itu. Saya kongsikan petikan kata-kata Eida tentang buku saya.

image

Saya juga telah ditag hal yang sama oleh Fadli al-Akiti dan Wan Nor Azriq.
Ia mengingatkan zaman zaman awal-awal blog dulu, aktif juga main tag tag ini. Jadi saya memilih menjawabnya di blog🙂 dan mendedikasikan entri ini untuk Eida Sazali serta kepada yang juga menyayangi buku itu.

I’ve been challenged by Eida Sazali, Fadli al-Akiti dan Wan Nor Azriq to list 10 books that have stayed with me in some way and tag people to do the same. There are a few more, but I guess these 10 will have to do. Rules: Don’t take more than a few minutes and do not think too hard. They don’t have to be the right books or great works of literature. Just ones that have affected you in some way. Then tag 10 friends including me so I can see your list.

 

1) Tafsir al-Quran Ar-Rahman
Kalau orang kata ini adalah al-Quran bukannya buku, maafkan saya tetapi saya tidak boleh menafikan pengaruh awal tafsir ini kepada saya tentang kuasa naratif semenjak darjah 2. Hal ini kerana saya diarahkan membuat cerita tentang Nabi Daud dan Tukang Besi untuk slot bercerita. Masa dahulu mana ada Internet dan sumber untuk saya tulis cerita adalah dari al-Quran itu sendiri. Bermula dengan untuk idea menulis cerita, saya terpesona dengan cerita-cerita al-Quran kerana dalam tafsir dan membacanya seperti sebuah buku cerita sehingga ditegur abah. Kerana tidur, golek-golek pun dengan tafsir itu.

2) Semua koleksi Penyiasat Remaja Hajimie Kindaichi dan Penyiasat Remaja Q
Ini koleksi wajib baca saya setiap bulan. Ulang-ulang baca pun tak apa. Saya jumpa komik ini sewaktu bosan menunggu di bilik menunggu asrama. Dalam almari yang mengandungi semua barang rampasan, saya terlihat ada satu komik yang berawal nama penyiasat. Terus ambil baca dan terpesona. Serta menjadikan kewajipan melengkapkan koleksinya.

3) 366 Cerita Rakyat
Selain daripada tafsir dan komik, saya juga sangat suka baca hikayat atau dongeng. Selalunya saya baca versi yang sudah diringkaskan untuk kanak-kanak. Himpunan cerita rakyat ini saya suka betul. Dan selalu pinjam lama-lama dari perpustakaan.

4) Biru Ungu Cinta – Noor Suraya
Kalau Filzah tidak beri buku ini sewaktu saya bersebelahan dengannya dalam perjalanan pulang ke KL sewaktu pulang cuti semester dari MRSM, mesti saya takkan atau terlewat baca semua karyanya, mencintai tulisan kaksu, dan tak terbit dengan JS Adiwarna. Saya nak letak juga Tanah Andriyana. Sebab selepas baca novel-novel ini, ia buat saya mahu jadi perempuan sederhana, polos juga tegas. Ia juga mengasuh tulisan saya perlahan-lahan untuk jadi halus (walaupun masih belum cukup halus). Dan tentu sahaja impak tulisan kaksu, sampai nama blog pun konon-konon terinspirasi dari novel kesayangan itu.

5) Sihir Hujan Sapardi Djoko Damono
Kalau tidak kerana puisi Sapardi, mungkin sampai sekarang saya masih tiada kepercayaan diri untuk menulis puisi.

6. Aku Ingin Pindah Rumah – Aan Mansyur
Kalau Sapardi membuka rasa percaya, puisi Aan buat saya buka mata, puisi boleh sahaja mengambil hal-hal mudah dan sederhana tetapi dengan kata-kata yang tepat, ia boleh sahaja menjadi luar biasa dan mempesonakan

7. Cantik itu Luka – Eka Kurniawan
Saya tidak suka baca karya yang ada unsur erotik tapi bahasa Eka yang ampun sedapnya sampai saya tak rasa pun ia erotiknya bahkan terpesona dengan cara dia menuliskan bahasanya.

8. Semua komik Doraemon
Mungkin masa kecil saya baca Doraemon untuk keseronokan tapi bila saya baca balik sekarang ini ia buat saya ingat memori masa kecil ia buat saya mahu ulang baca lagi. Ia buat saya mahu menulis.

9. The Colection Short Stories oleh Lydia Davis
Bila dan selalu tulis puisi kita jadi janggal dengan bahasa cerpen. Walaupun cerpen Lydia memang pendek tapi dia membangkitkan saya pandangan baru dalam menulis cerpen

10. Buku cerpen Faisal Tehrani
Saya suka semua cerpen Faisal yang saya baca ketika sekolah walaupun saya rasa Kerana Manisnya Epal sangat overated. Hahaha. Cerpen Faisal selalu pom-pom semangat saya menulis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s