Trivia Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2013 (HSKU2013)


Saya sebenarnya nak buat entri penuh, namun kesuntukan masa, jadi entri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2013 ini akan dipecahkan kepada beberapa entri, seperti senarai pemenang, entri peribadi dan yang ini trivia-trivia kemenangan malam tadi. Ini sebenarnya teknik supaya entri di blog konon-konon nampak macam banyak walhal….

Tra tra tra, mempersembahkan trivia yang sempat saya rakam dalam fikiran malam itu. Trivia ada yang bersifat peribadi kepada saya, ada yang umum mengetahuinya 🙂

1) Ini merupakan kemenangan pertama saya di HSKU. Masih mode terkejut dan tidak percaya serta tidak sangka.

2) Puisi yang melayakkan kemenangan itu, judulnya Berbagi Puisi. Puisi kedua yang pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia. Puisi pertama ialah Merdekakan Hatimu, pada tahun 2009

3) Pemenang bagi kategori puisi cuma dua perempuan, saya dan Dato’ Dr. Zurinah Hassan.

4) Ketika kemenangan HSPM2012, saya menang kategori puisi eceran bersama anak Dato’ Dr. Zurinah Hassan iaitu Raihani Mohd Saaid. Jadi saya sudah sepentas bersama legasi penyair wanita cap ibu dan anak 🙂

5)Pemenang bersama kategori puisi ialah Fahd Razy dan Samsudin Othman. Saya pernah menjadi editor untuk buku-buku mereka iaitu, Kota Subuh, Ikan dalam Jiwa dan Taman Maknawi. Tambah kegembiraan!

6) Daripada kesemua pemenang HSKU malam itu, saya pernah membuat buku dengan 9 orang pemenang/penulis, iaitu Saifullizan Yahaya, Fahd Razy, Shamsudin Othman, Hilmi Rindu, Zurinah Hassan, Jasni Matlani, Nordin Saad, Dayangku Mastura, Salina Ibrahim 🙂

7) Ramai Alumni MPR turut memenangi hadiah pada malam itu, Wan Marzuki, Saifullizan Yahaya, Hafizah Iszahanid, Fahd Razy, Shamsudin Othman, Salina Ibrahim, Aishah Yazid

8) Ruhaini Matdarin sudah menang untuk dua tahun berturut-turut bagi kategori novel

9) HSKU 2013 menampakkan penulis yang menang berganda, iaitu menang dua kategori seperti, Dayangku Mastura, Wan Marzuki, Hafizah Iszahanid, Nazri Hussein

10) Pemenang termuda malam itu, kalau tidak salah Aishah Yazid dalam kategori cerpen remaja

17 thoughts on “Trivia Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2013 (HSKU2013)

  1. maka perlulah menjadikan tulisan itu dinamik bukan sekadar prolifik eh eh eh mengajar guru pula hahaha maaf 😛 saya selalu membawa-bawa kata-kata orang tu tiap kali nak berkarya 😛

    Like

  2. saya dah dapat kembali momentum saya kak! hahaha tak berhenti menulis dah ni 😛 tapi tulis sajak sajalah novel masih layu sebab mengenangkan hard disk yang punah tu.

    Like

    1. Shukri: Jangan percaya pada hard disk, percaya pada online storage seperti google drive ke… Huuuu 🙂 terutamanya benda penting macam ni 🙂 Yay, baguslah. Nak discuss panjang pasal puisi tu, nanti kalau saya dah ready saya call 🙂

      Like

Tinggalkan komen