Migrasi I


Dewasa dan kompleksiti semakin membaur. Ada banyak hal sedang bergaduh dalam fikiran dan banyak sekali perkara yang ingin dilakukan atau perkara yang mesti dilakukan.

Saya lebih suka bergerak perlahan dan lambat. Menikmati hal-hal yang berlaku sepuasnya sampai ia harus migrasi. Tapi dunia zaman sekarang menuntut banyak hal bergerak cepat. Segala media sosial, segala aplikasi sosial, teknologi memungkin segalanya pantas. Manusia sudah tidak dipuaskan dengan menunggu. Jika menunggu harus mengisi sela masa itu dengan sesuatu yang difikirkan berbaloi. Kemas kini Twitter, Facebook, Instagram. Kongsi rantaian mesej di group WA. Buka emel balas emel. Segalanya harus segera, pantas dan berbaloi. Ia membuat manusia jadi kurang sabar dengan proses. Jadi seseorang yang tidak lagi boleh lagi menikmati proses.

Benarkah teknologi yang membaham manusia? Atau manusia tidak lagi boleh hidup tanpa teknologi?

Advertisements

7 thoughts on “Migrasi I”

      1. seronok kak! tiba2 rasa lapang. saya rasa orang cuma mengada-ngada tentang whatsapp. kononnya nak jimat kredit la, apa la. padahal kalau penting sangat, boleh aja SMS. saya rasa seronok sangat hihihi sebab saya tak perlu nak tahu orang ni buat apa, orang tu buat apa, dan tak ada la saya diganggu dengan whatsapp dan wechat yang tak penting.

        dan sekarang rasa lebih berdisiplin pula nak online, tunggu balik rumah. tapi hp saya boleh aja online pun, fb twitter emel cuma tak sehebat dan tak selaju smartphone saja la.

        tapi jujur, rasa lapang πŸ™‚ dan saya boleh tumpu menulis.

        Like

        1. shukri: Benda ini ada bawa kebaikan kalau guna dengan betul πŸ™‚ Sekarang saya dah tekad dalam hati, kena selalu update blog, so gunakan smartphone semaksimumnya yang mungkin. cewaaah..
          Tapi kalau betul-betul menulis serius, memang kena guna laptop la, baru feelling, tap tap tap tap, konon macam sibuk. Semangatnya lain maca. Tapi laptop rosaaaakkk 😦

          Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s