I Ehem, awalnya ketika menerima jemputan ini, saya ingat, saya jadi tetamu, dengar apa yang orang kupas tentang puisi saya. Begitulah pemahaman, saya pun setuju sahaja. Tanda sokongan 🙂
Tapi rupa-rupanya saya kena sembang sekali. Saya rasa macam kecil saya di kalangan dua orang pemain besar dunia kepenyairan tanah air dalam puisi-puisi yang bernafas islami.
Menurut penganjur, Sembang Puisi ini merangkumi beberapa topik perbincangan seperti di bawah:
Topik perbincangan:
1) Proses kreatif dalam penulisan
2) Perkongsian pengalaman
3) Estetika dalam penulisan puisi.
4) Apa-apa saja tentang puisi…
Mungkin saya akan berkongsi apa-apa yang saya tahu tentang puisi, tetapi yang lagi menarik, anda boleh tanya banyak tentang puisi kepada dua taiko dunia kepenyairan ini. 🙂 Jemput datang 🙂 Maklumat lanjut acara klik ayat ini