Media Sosial dan Keanehannya


1. Baru-baru saya ditemui seorang rakan lama, di salah satu laman sosial yang diprivasikan. Seperti seorang teman lama, dia memohon mengikuti saya, dan saya mengesahkan permohonannya. Namun, apabila kawan lama itu mengirim pesanan mengatakan mengapa saya tidak mengikutnya kembali, buat saya tertanya, begitukah peraturannya? Perlu mengikut kembali seseorang? Kerana saya tidaklah begitu terasa kalau tiada orang mahu mengikuti saya kembali, semua orang punya hak mengawal siapa yang ingin diikuti atau tidak. Seperti seorang kawan rapat saya yang unfollow media sosial saya kerana katanya saya banyak memuat naik gambar makanan. Haha. Saya gelak sahaja, dan tidak langsung terasa hati, dia punya kebebasan mengikut saya kembali seperti mana saya punya kebebasan untuk mengesahkan permohonannya. Hiks

2. Whatapps telah meningkatkan fungsinya, kalau dua calit biru menandakan mesej whatapps itu telah dibaca, dua calit coklat bermaksud mesej telah sampai tetapi belum dibaca, satu calit bermaksud mesej sudah dihantar tetapi belum sampai. Hal ini menimbulkan perdebatan yang hangat di media sosial. Tentang privasi dan kecenderungan untuk menimbulkan salah faham dan pergaduhan sama ada kepada hubungan sosial intim atau hubungan sosial kerja. Seorang kawan saya yang lain mempersoalkan mengapa netizen marah tentang peningkatan fungsi Whatapps itu? Menurutnya, biasalah kalau kita mengirim mesej kepada seseorang, kalau orang itu tidak balas, mungkin dia sibuk, mungkin masa itu bukan waktu sesuai untuk membalas. Kata-katanya mengingatkan saya zaman komunikasi melalui mesej. Dan saya membalasnya kembali, menerangkan betapa betapa orang sangat “terdesak” untuk mendapat jawapan segera. Dunia tidak boleh menunggu orang-orang menikmati penantian kerana jarak, ruang masa ia tidak punya alasan untuk menangguhkan respons.

3. Ada orang juga pernah bertanya saya mengapa saya tidak mengesahkan permohonan kawannya. Saya diam. Banyak tersenyum. Tahukah mereka yang bertanya, saya punya lebih 200 permohonan kawan yang belum diluluskan. Saya belum sempat meneliti satu per satu permohonan kawan tersebut. Malah fikiran saya banyak sekali ruang untuk berfikir panjang tentang tindakan yang mahu diambil di media sosial.

4. Kerana ramai orang tidaklah pandai menghormati privasi dan masa orang lain, media sosial telah saya selaraskan kepada fungsi tertentu. Facebook tidaklah boleh menjadi ruang privasi kepada saya seperti beberapa tahun lepas, ia ruang kerja, ia ruang sosial, ia ruang untuk semua orang menunjukkan sesuatu, ia ruang untuk mereka yang lebih berusia daripada saya bersilat kata di semua kotak kosong empat segi tepat yang sangat menyihirkan. Saya tidaklah boleh mengawalnya Facebook seperti tahun tahun terdahulu, kerana nyata sungguhpun ia dicipta oleh mereka yang sebaya saya dan untuk komuniti seusia saya atau lebih muda, evolusi media sosial tidak dapat mengekang ia menjadi ruang publik meskipun sedaya apa pun usaha yang dilakukan oleh Facebook untuk menjadikan ia privasi.

5. Lalu, Instagram hanya untuk akaun gambar-gambar cantik, dan mereka yang saya ikuti kerana gambar- gambar cantik mereka dan tidak bercadang menjadikan ia public. Facebook ruang bekerja. Twitter ruang kongsi maklumat. Blog, ruang peribadi yang tak peribadi. 😉

6. Itu yang saya fikirkan buat masa ini. Mungkin ia akan berubah barang sedetik lagi?

Advertisements

2 thoughts on “Media Sosial dan Keanehannya”

  1. Salam. Ainul, saya membaca blog, fb (melalui fb teman), wassap, tweeter, dan melihat instagram, bukan untuk yang harfiahnya sahaja tetapi untuk membaca keperibadian penulis dan perakam gambarnya, untuk memahami orang lain, untuk mengenal kepelbagaian yang wujud di sekitar saya, dan untuk mengetahui sama ada saya ini boleh menerima seadanya mereka itu. Hal ini sama seperti saya membaca karya; saya selalu membaca ‘in between lines’ dan membaca apa yang ada di belakang sesebuah karya tersebut.

    Barangkali disiplin ilmu yang saya pelajari mendidik saya begitu – deskriptif, bukan preskriptif, maka saya biasa-biasa sahaja jika terserempak dengan manusia sedemikian yang anda temukan, juga manusia hipokrit nyata di mata saya.

    Jadi, belajarlah untuk menerimanya dengan kesabaran. Ruang masih banyak yang belum anda terokai dan masa masih panjang untuk anda tempuhi.

    Liked by 1 person

    1. Kak Azizah : Sebab itu, saya juga berevolusi, untuk tidak sewenang-wenangnya berleluasa berkata-kata dan berperilaku di media sosial, kerana ia adalah cermin kelakuan kita. Walaupun ada awalnya, ia satu dunia yang dicipta ketika fasa saya awal dewasa, untuk ekspresi dan ruang reaksi tetapi lama-lama ia membentuk untuk kita merenung diri sendiri dengan melihat cermin kelakuan orang lain. Supaya kita tidaklah membuat hal yang kita sendiri tidak suka melihat atau membaca orang membuatnya 🙂

      Terima kasih untuk pandangan ini, kak. Kerana jalan saya masih jauh, dan masih banyak hal-hal yang saya belum teroka dan begitu teruja untuk meneroka 🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s