Penutup Tahun 2014


Tahun 2014 merupakan tahun penuh duka untuk negara. Kehilangan MH370, tragedi MH17 sehingga menjelang hari terakhir, kehilangan QZ8501 (yang membawa kepada tragedi). Banjir, tanah runtuh seolah-olah memberi tanda alam yang semakin mahu menyeimbang, apa yang dilakukan oleh manusia kepadanya.

Untuk dunia sastera, yang saya bergelumang, juga sedang melalui tahun tragedi dan juga kecerahan. Tentang polemik pemilihan Hadiah Sastera Perdana Malaysia, tentang pemilihan S.E.A. Write Awards, tentang penulis jadi-jadian, tentang sastera marjinal, pinggiran, perdana. Tahun 2014 juga tahun yang tidak begitu produktif kepada saya, walaupun ia tahun yang mengharukan apabila saya memenangi dua hadiah sastera yang berprestij (HSKU dan HSPM) sekaligus. Namun, itu akan saya ulas pada entri yang lain🙂

Setiap awal tahun, kita sering memasang azam baru, dan emosi baru. Sambil menggantung harapan, setiap tahun berakhir baik. Namun, untuk saya sendiri, saya belajar satu hal yang baru, apabila kita menyimpan dan mengharap banyak hal, kita telah memegang banyak benda dalam tangan kita dengan terlalu erat. Apabila kita tidak beroleh pengharapan itu, akhirnya ia akan melukakan tangan kita sendiri. Oleh kerana kita tidak mahu rasa luka, maka kita melukakan orang lain, mengumpat, mengeji serta menjatuhkan orang lain untuk bangkit naik.

Sedangkan yang paling terbaik, kita harus percaya, jika kita layak dan cukup bagus menikmatinya, kejayaan dan kebaikan akan datang pada waktu yang tepat. Tuhan pun tidak akan beri kita duga melainkan dia tahu kita boleh menanggungnya, begitu juga dengan kejayaan.🙂

Jadi, berhentilah segala tabiat buruk kita serta maju ke hadapan dengan berlapang dada🙂

Selamat menyambut tahun 2015🙂

One thought on “Penutup Tahun 2014”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s