Temu Ramah : Klik DBP – Ainunl Muaiyanah: Menulis Permainan yang Menyeronokkan


Pasca kemenangan HSPM 2013 dengan novel Sepetang di Kafe Biblioholic, saya menerima pelawaan untuk sesi temu ramah melalui e-mel dari Klik Web DBP. Klik Web DBP merupakan laman sesawang atas talian yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Sesi temu ramah ini termuat dalam ruangan Bakat.

Boleh ke sini untuk ikuti sesi temu ramah itu dengan lebih lanjut: Klik Web DBP

Sedikit sedutan temu ramah tersebut, saya pecahkan dalam beberapa isu

I

Genre mana yang paling diminati

“Sebaik-baik sahaja mendapat idea, saya akan mengembangkannya dan  melihat kesesuaian, sama ada  boleh menjadi puisi atau cerpen atau mungkin kalau ditambah rencah dan penyelidikan, boleh menjadi sebuah novel. Tersalah memilih genre, menyebabkan isi cerita menjadi hambar.”

II

Apa yang saya suka tulis

Ainunl suka menulis hal-hal kecil dan sederhana yang berlaku dalam kehidupan, perkara yang dekat dengan dirinya atau peristiwa yang berlaku kepada dirinya. “Kita harus menulis sesuatu yang kita lebih tahu berbanding jika mengada-adakan apa-apa yang kita tidak tahu.

III

Bagaimana caranya untuk konsisten menulis

Saya menetapkan begini supaya saya tidak berhenti menulis dan melihat karya yang disiarkan sebagai pendorong dan ingatan bahawa apabila saya sudah memilih ‘pekerjaan’ menulis, saya tidak harus berhenti begitu sahaja atas alasan apa-apa pun. Bagi saya, menulis bukanlah perkara main-main meskipun menulis merupakan permainan yang menyeronokkan dan menghiburkan

IV

Tentang isu novel popular

Saya percaya bahawa dalam diri seorang remaja ada keinginan untuk dicintai dan mencintai dan menterjemahkannya dalam bentuk bahan bacaan untuk memahami  lebih lanjut kompleksiti perasaan yang dialaminya. Kita tidak boleh memaksa remaja membaca bahan bacaan berat sahaja sedangkan naluri mereka ingin membaca novel bertemakan kasih sayang atau cinta. Berkemungkinan besar, mereka akan memberontak dan akhirnya tidak mahu membaca langsung. Itu hal yang paling saya takuti,” katanya serius, apabila ditanya tentang pengaruh novel popular kepada khalayak

V

Tentang penulis-pembaca

“Kebahagiaan bagi penulis adalah apabila karya dibaca dan disenangi oleh pembaca. Dan, pembaca menyayangi tulisan kita seperti kita menyayangi cerita itu, watak-watak yang kita tukangi. Kadangkala apabila ada pembaca datang dan menyatakan bahawa mereka membaca karya saya, saya sangat terharu kerana dapat berkongsi rasa dan kisah yang saya rasa dan alami. Apatah lagi kalau mereka menyukainya, bertambah-tambah lagi rasa terharu. Saya berharap saya akan terus menulis dan menghasilkan karya lebih prolifik, serta tulisan saya akan dibaca dan dapat berkongsi rasa dengan lebih ramai pembaca.”

3 thoughts on “Temu Ramah : Klik DBP – Ainunl Muaiyanah: Menulis Permainan yang Menyeronokkan”

  1. Salam. Ainul, ada yang mengatakan penyair (baca: penulis) wanita suka menulis hal-hal kecil dan peribadi sifatnya, dan tidak berani meneroka hal-hal besar dan sejagat. Ini menyebabkan mereka selalu ‘ketinggalan’ berbanding penulis lelaki.

    Bagaimana Ainul melihat kenyataan begini, berdasarkan jawapan Ainul pada soalan kedua di atas?

    Terima kasih.

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s