Berjalan Bersama Ratih Kumala


Sebulan sebelum Ratih Kumala datang ke Malaysia, Eka Kurniawan ada menge-melkan kepada saya, mengatakan isterinya akan liburan di Kuala Lumpur. Kebetulan saya mengenali Ratih Kumala melalui bukunya Gadis Keretek yang memotretkan kisah wangi-masin industri keretek di Jawa. Bukunya saya beli tahun 2013 ketika Pesta Buku Indonesia, Jakarta. Jadi saya sungguh gembira menerima kedatangan Ratih di KL bersama temannya.

Ketika dibawa ke Kafe Quar/Tet di Taman Tun Dr. Ismail, saya dan teman serta Ratih ada berbual intim tentang sastera, dunia buku, dunianya bersama Eka, yang saya susun dalam perbualan yang tak direkodkan tetapi ada menyusup dalam ingatan saya. Perbualan ini mungkin sahaja bukan dalam bentuk susunan yang betul atau tidak begitu tepat jawapannya tapi mirip-mirip pun boleh sahaja kan tetapi ya, apa sahaja yang melintas dalam ingatan saya 🙂

1) Bagaimana perasaannya menulis Gadis Keretek?

Ratih: Ya, itu penulisanku yang lama sekali. 4 tahun termasuk research dan aku pegi ke perusahaan kecil untuk menemuramah pengusaha itu semua. Selepas selesai menulisnya, aku seronok sekali, Yeayy tidak perlu lihat lagi tulisan itu. Tetapi beda sekali dengan Eka. Dia itu sabar sekali menulis ceritanya. Kalau tidak bagus, dia akan ulang menulis. Aku tidak begitu.

2) Susah, bekerja dan menulis?

Ratih: Susah. Kerana itu, aku tidak serius sangat menulis. Tidak seperti Eka. Kerana aku kerja di station TV, lebih banyak menulis skenario berbanding cerpen atau novel.

3) Novelmu itu tentang apa dan mengapa kamu menulisnya?

Ratih: Novel Gadis Keretek itu ditulis untuk keluarga ibuku. Kerana sejak kecil ibuku bercerita tentang perusahaan keretek milik datukku. Mereka itu orang sugeh (kaya) dan rumah mereka besar sekali. Aku tidak tahu mengapa mereka menghentikan perusahaan keretek tersebut. Dalam novel itu, Keretek Djagat adalah milik datukku. Ya, dengar-dengar memang seperti itu. Datukku mencuri resipinya seperti dalam novelku.

Aku menulis Kronik Betawi pula kutulis untuk ayahku kerana ayahku orang Betawi. Aku tulis itu juga tentang Jakarta yang sangat berlainan dengan Solo, tempat tinggalku.

4) Kemudian tiba emel dari Eka menceritakan tentang anaknya, Kinan yang kerinduan.

Ratih: Haha. Eka ini menulis perihal anakku seperti cerpen. Seharusnya ringkas sahaja. Kata anakku rindu. Aku kan faham. Tetapi Eka memang begitu. Sangat sastera. Menulis perihal anakku siap dengan deskriptif air matanya berlinang-linang. Haha (kata Ratih sambil tertawa girang)

5) Kemudian rakannya menyampuk

Larasati: Ratih ini ketika zaman sekolah sudah minat sastera. Kalau beli perfume. Aku kan pakai Rexone sahaja tapi kalau Ratih beli Bodyshop kerana baunya. Dan akan dinyatakan baunya itu asalnya dari mana sih. Dia itu memang minat sastera sejak SMA

6) Tentang dunia penulisan di Jakarta

Kalau di Indonesia banyak sekali komunitasnya. Masa aku di Solo, aku sendiri dalam komunitas Baca Bumi Manusia. (Kami menyampuk, tidak perlu lagi Salihara?). Hahaha. Ya, tidak hanya Utan Kayu dan Salihara sahaja. Kalau di Malaysia apa punya komunitas seperti itu? (Kami jawab banyak sekali, tapi tentu tidak sebanyak di Indonesia)

Perbualan kami melarut banyak. Tentang Djenar Mas Ayu dan anaknya, gosip dunia hiburan Indonesia (kerana Ratih bekerja di Trans TV) tentang Kinan, tentang penulisan Eka dan dia serta projek masa depannya. Tentang banyak hal lagi. Nyata beza sekali keramahan Eka dan juga Ratih. Ratih periang sekali orangnya.

Saya mendapat kumpulan cerpen terbaru Eka Kurniawan, iaitu Perempuan Patah Hati yang Kembali Menemui Cintanya Dalam Mimpi serta kumpulan cerpen Ratih yang lainnya.

Oleh kerana tujuan Ratih untuk liburan sahaja, jadi saya tidak mengatur apa-apa temuramah mahupun acara. Mungkin lain kali sahaja. Tunggu Ratih dan Eka datang bersama Kinan, mungkin 😉

Advertisements

2 thoughts on “Berjalan Bersama Ratih Kumala”

  1. bila baca emel Eka itu, saya terus buat nota kaki untuk diri sendiri,

    “nak kahwin dengan perempuan yang cerita pasal anak macam tulis cerpen dalam emelnya”.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s