Memulakan Nota Editor


Semasa Majlis Penyampaian Hadiah serta Pelancaran Karya Pemenang Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi UTM (yang mana kawan saya yang popular itu, Fadli Al-Akiti menang tempat kedua dengan novelnya Leksikon Ledang) saya bertemu dengan Kak Azah Aziz. Kalau yang mengikuti HSKU, nama Kak Azah ini ini sinonim sekali sebagai editor untuk buku-buku karya pemenang. Saya pandang tinggi kepadanya, kerana editor senior yang banyak benar pengalamannya. Jadi kalau punya kesempatan saya akan berbual panjang dengannya tentang dunia penerbitan.

Semasa bertemu, sempat juga berbual-bual sedikit panjang. Antara perbualan itu, Kak Azah menasihati untuk memasukkan nota editor dalam buku kendalian saya terutamanya kalau ia melibatkan buku mewah atau buku-buku yang mendapat sentuhan daripada editor.

Saya khuatir juga untuk melaksanakan hal itu kerana beberapa hal sepertiย amalan penerbit sayaย tidak memasukkan nota editor. Lalu saya fikir, saya kongsikan saya di laman sosial saya yang lain. Tapi seperti yang kawan-kawan sedia maklum, saya ada hubungan suka-benci dengan Facebook dan Twitter kerana sifat mereka yang tidak mesra gelintar. Kalau mahu cari tulisan kita yang lama, mahu berpeluh juga berbanding menggunakan blog.

Namun, saya juga sebolehnya tidak mahu dikenali di blog ini dengan sisi pekerjaan saya melainkan menulis sahaja. Saya fikir, saya mahu selamanya bersembunyi sisi pekerjaan saya dari blog ini juga wajah saya. Kerana kalau di media sosial Facebook, saya boleh mengawal siapa yang boleh membaca status saya, walaupun tidaklah terkawal sepenuhnya.

Tapi saya berpegang kembali dengan kata Kak Azah, nota editor adalah untuk rujukan dan rakaman bagi pengkaji dan pembaca. Jadi saya memulakan nota editor saya tentang buku-buku yang pernah saya kendalikan. Sebagai rakaman pekerjaan saya. ๐Ÿ™‚

Advertisements

4 thoughts on “Memulakan Nota Editor”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s