Mengulang Sejarah


Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa – Sultan Melaka

Sehiris luka yang editor terima, semanuskrip sakitnya dikongsi bersama – Editor Terluka

Advertisements

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 Ke-30


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan atau terkenal dengan singkatan HSKU menjelma lagi untuk kali yang ke tiga puluh. Kalau diikutkan sejarahnya, HSKU ini merupakan pentas mula kepada penulis-penulis muda untuk menonjolkan diri dalam karyanya. Biasanya selepas kemenangan di HSKU terutamanya kategori novel, karier penulis akan meletup-letup bak bunga api di hati. Ini dapat dilihat jelas kepada Faisal Tehrani melalui novel 1515 (siapa yang kata kipas susah mati Faisal, tapi tak pernah baca novel ini, sila lucutkan jawatan anda), Sri Rahayu, S.M Zakir, Fahd Razy, Zainal Rashid Ahmad.

Prestijnya HSKU ini sehingga kalau menang penghargaan pun sudah gembira sekampung (rujuk kenyataan Saifullizan Tahir) dan kemenangan nan satu itu akan disemat sebagai portfolio penulisannya. Sehinggakan kalau karya tidak diterbitkan di surat khabar atau majalah, penulis boleh guna ayat ini untuk sound editor, “Saya pernah menang HSKU tau.” Hahaha. Ini hanya gurauan sahaja.

Entah mengapa, tahun-tahun kebelakangan ini menandakan kesuraman HSKU. Majlisnya dibuat secara tertutup dan tiada gempar gempur debaran serta gosip-gosip kemenangan. Segala-galanya tampak hambar, dan seperti tahun ini, tidak ramai yang tahu bilakah majlis itu diadakan kecuali pemenang. (bincangkan)

Puisi saya pernah memenangi Hadiah Utama Kategori Puisi HSKU 2013 yang membawa kenangan manis. Puisi Berbagi Puisi itu boleh dibaca dalam buku terbaru saya, Perempuan Bulan Perempuan Hujan. Baru saya sedar saya belum lagi menuliskan tentang hal kemenangan tersebut kerana seperti HSKU, blog ini juga sepertinya sepi dan hambar. Saya akan cuba menyalakan api dan menyemarakkan blog ini lagi 🙂

Berikut, saya kongsikan senarai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 kali ke-30. Taraaaa taraaa taraaaa tra tra

download

NOVEL REMAJA

Nazri Hussein – Kudup Hijau Tropika

KATEGORI CERPEN

Pemenang Utama

Ratna Laila Shahidin – Hingyaku

Zaniffa Azzura Abdullah – Bara Sang Suri

Mohd Fudzail Mohd Nor – Psiko

Penghargaan

S.M. Zakir – Bari Orang Lepe Kabu

Saifullizan Yahaya – Pahlawankah Kucing Kami

Fahd Razy – Delusisma 2.0 (Denggi)

Adam Mustakim – Sang Sutradara

Maskiah Masrom – Selimut

Malim Ghozali PK – Pesanku Pada Hujan

KATEGORI PUISI

Pemenang Utama

Raihani Mohd Saaid – Perempuan yang Mencintai Purnama

Saleeh Rahamad – Bertengger di Pohon Nan Sama

Tuah Sujana – Di Padang Sarjana

Penghargaan

Syafiq Zulakifli – Dari Mimbar Shinjuku

Nazim Mohd Subari – Gurindam Kebenaran

Shapiai Mohd Ramly – Memandang ke Seberang

Zulfazlan Jumrah – Rawan Setiawan

Muzaf Ahmad – Jaulah Sampai Syurga

Ratna Laila Shahidin – Sepatu Hijrah

KATEGORI CERPEN REMAJA

Pemenang Utama

Rebecca Ilham  – Maraton Kampung

Nazri Hussein – Pelita Jiwa Ayah

Mohd Hashim Osman – Debu-debu Mimpi Choa Phraya

Penghargaan

Mawar Shafei  – Antara Dua Rumah Di Lereng Bukit

  1. Muziru Idham – Enta Liberal

Noraini Osman – Di Bawah Pohon Kekabu Pada Suatu Senja

Azman Hussin – Ibu Pertiwi

Haswida Abu Bakar – rumah Kecil Mama

Tiras Raduan – Suara

KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA

Dato’ Rahman Shaari – Estetika Pantun Wan Khazi

S. M. Zakir – Realisme Baru Zainal Rashid

Nota: Jika ada kesilapan nama pemenang dan hadiah, akan juga dikemas kini. Kalau say ada jumpa cerpen dan puisinya, akan juga saya kemas kini 🙂

Nota Editor: Cerita dalam Cerita Zurinah Hassan


7aaa3936-8ffe-4f62-95c7-856b21ffac93

Kalau dilihat dalam entri blog saya tahun-tahun awal dahulu, saya banyak berkongsi puisi Zurinah Hassan. Antaranya, Yang Pasti, Laut Membiru Bagai Surat Rindu, Satu Cerita Cinta, Ingatan Pada Satu Kasih Tak Jadi, Puisi ini kebanyakannya saya hafal dalam fikiran dan dibaca sewaktu sedang sesak jalan bersama kawan, semasa sedang sedih dan juga semasa ucap selamat tinggal. Ewaah.

Tanpa memikirkan saya menjadi editor suatu hari nanti, saya meminati puisi Zurinah Hassan bertahun-tahun sebelum akhirnya, saya berpeluang menangani manuskrip Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan. Sebenarnya manuskrip ini seharusnya ditangani oleh ketua saya tetapi dek kesibukannya, beliau menyerahkan kepada saya untuk dirundingkan semula dan dirombak sedikit beberapa bahagian supaya mencipta keselarasan. Manuskrip itu sudah diatur huruf sewaktu saya menerima tugasa itu dan saya membawanya kepada Dr Zurinah (beliau membahasakan diri sebagai auntie). Dalam perbincangan semasa di biliknya di UM, beberapa pindaan yang dicadangkan dipersetujui mudah oleh beliau.

Kemudian, saya bekerjasama lagi untuk kumpulan puisi terbarunya, yang diberi judul asal, Sajak-sajak Cerita. Sebelum itu saya sudah bekerjasama dengan anaknya, Raihani Mohd Saaid atau selalu saya panggil Kak Rai untuk buku Sidang Kultus. Dia merupakan mentor sewaktu mengikuti MPR 2006. MAsa itu diperkenalkan program Mentor-Mentee. Setelah menyusun sedikit sebanyak serta edit prakatanya, Datuk Dr Zurinah (masa itu beliau baru sahaja mendapat Datuk dari negeri Kedah), saya membawa diri sekali lagi berulang alik dari pejabat ke UM dan Rumah PENA menyerah pruf untuk disemak, mencadangkan beberapa judul puisi dikemaskan sambil memberi keyakinan untuk menggunakan beberapa judul puisi tanpa mengubahnya, seperti Penangis Upahan (mulanya mahu guna Tangisan Upahan).

Salah satu kelebihan apabila kita juga seorang pembaca puisi (dan penulis puisi kononnya) dan kenal pula dengan penyairnya, kita jadi seakan-akan dapat meneka, puisi yang ini untuk siapa, yang ini pula sindir isu apa. Apabila bertanya, Dato Dr. Zurinah Hassan akan bercerita kepada saya. Rasa bertuah sangat. Kadang kala saya akan menemannya di pejabat sekejap sebentar dia membuat kerja sambil cemburu dengan tulisan tangannya yang cantik, rapi serta bersambung sambil malu dengan tulisan cakar ayam saya. Kadangkala ada pula Kak Rai tumpang bersuka ria di bilik itu sambil minum air dan makan buah potong.

Kemudian, Dr. Zurinah meminta saya menamakan kumpulan puisinya kerana merasakan Kumpulan Puisi Sajak-sajak Cerita tidak memberi impak. Biasanya bila kita memilih judul kumpulan puisi, kita akan mencadangkan salah satu daripada judul dari puisi di dalamnya. Saya pun memilih beberapa judul walaupun masih tidak berkenan kerana seakan-akan tidak membawa keseluruhan idea dalam buku ini. Lalu sewaktu saya memandu sendirian ke UM, melalui lebuh Duke dan Sprinte sambil melintas belakang kolej 12, saya teringat cerita-cerita Dr. Zurinah tentang kumpulan puisi ini yang mana walaupun tampak sahaja bahasa mudah langsung tetapi yang lebih penting, cerita di dalam cerita yang terkandung dalam puisinya. Sampai sahaja di UM, terus saya mencadangkan judul tersebut walaupun itu bukan salah satu judul puisi dalam buku ini, dan Dr. Zurinah terus sahaja bersetuju.

Maka kelam kabutlah saya mengubah kulit buku supaya kena dengan judul baru sedangkan masa itu hujung bulan ada pula Pesta Buku Antarabangsa KL 2014.

Begitulah sedikit sebanyak kisah saya menangani dua buku muktahir Dr. Zurinah yang saya panggil auntie sahaja kadang kala. Yang kini bergelar Sasterawan Negara, yang mana Sasterawan Negara wanita yang pertama (panggil Sasterawati Negara kah) Saya rasa berbahagia pernah menangani dua buku muktahir beliau. Semoga saya berpeluang menangani buku-bukunya yang terkemudian sambil meletak tanda Zurinah Hassan, Sasterawan Negara. 🙂

Rangsang Sari Perempuan Bulan Perempuan Hujan


PBPH

Rangsang Sari Perempuan Bulan Perempuan Hujan

Ainunl Muaiyanah memayungkan buku puisi pertamanya dengan satu soalan:

“Hari ini, apakah kau punya

kata-kata untukku saudara?”

Soalan ini adalah untuk pembaca dan juga dua orang perempuan di dalam buku ini: Perempuan Bulan dan Perempuan Hujan. Jiwa mereka adalah sederhana dan polos seperti kalimat-kalimat kita akan temui dalam puisi-puisinya yang terasa ringan dan sungguh dekat dengan pengalaman harian kita.

Puisinya ibarat payung dan dua perempuan ini berpegangan tangan dalan pembacaan kita menyeberangi hujan.

Nota:

Kumpulan Puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan merupakan kumpulan puisi pertama saya terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya, boleh hubungi saya di ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com untuk butiran pembayaran. Harganya hanya Rm20 sahaja termasuk penghantaran Mohon berikan nama, alamat pengiriman, nombor telefon serta nama untuk diabadikan dalam buku ini.