Nota Editor: Cerita dalam Cerita Zurinah Hassan


7aaa3936-8ffe-4f62-95c7-856b21ffac93

Kalau dilihat dalam entri blog saya tahun-tahun awal dahulu, saya banyak berkongsi puisi Zurinah Hassan. Antaranya, Yang Pasti, Laut Membiru Bagai Surat Rindu, Satu Cerita Cinta, Ingatan Pada Satu Kasih Tak Jadi, Puisi ini kebanyakannya saya hafal dalam fikiran dan dibaca sewaktu sedang sesak jalan bersama kawan, semasa sedang sedih dan juga semasa ucap selamat tinggal. Ewaah.

Tanpa memikirkan saya menjadi editor suatu hari nanti, saya meminati puisi Zurinah Hassan bertahun-tahun sebelum akhirnya, saya berpeluang menangani manuskrip Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan. Sebenarnya manuskrip ini seharusnya ditangani oleh ketua saya tetapi dek kesibukannya, beliau menyerahkan kepada saya untuk dirundingkan semula dan dirombak sedikit beberapa bahagian supaya mencipta keselarasan. Manuskrip itu sudah diatur huruf sewaktu saya menerima tugasa itu dan saya membawanya kepada Dr Zurinah (beliau membahasakan diri sebagai auntie). Dalam perbincangan semasa di biliknya di UM, beberapa pindaan yang dicadangkan dipersetujui mudah oleh beliau.

Kemudian, saya bekerjasama lagi untuk kumpulan puisi terbarunya, yang diberi judul asal, Sajak-sajak Cerita. Sebelum itu saya sudah bekerjasama dengan anaknya, Raihani Mohd Saaid atau selalu saya panggil Kak Rai untuk buku Sidang Kultus. Dia merupakan mentor sewaktu mengikuti MPR 2006. MAsa itu diperkenalkan program Mentor-Mentee. Setelah menyusun sedikit sebanyak serta edit prakatanya, Datuk Dr Zurinah (masa itu beliau baru sahaja mendapat Datuk dari negeri Kedah), saya membawa diri sekali lagi berulang alik dari pejabat ke UM dan Rumah PENA menyerah pruf untuk disemak, mencadangkan beberapa judul puisi dikemaskan sambil memberi keyakinan untuk menggunakan beberapa judul puisi tanpa mengubahnya, seperti Penangis Upahan (mulanya mahu guna Tangisan Upahan).

Salah satu kelebihan apabila kita juga seorang pembaca puisi (dan penulis puisi kononnya) dan kenal pula dengan penyairnya, kita jadi seakan-akan dapat meneka, puisi yang ini untuk siapa, yang ini pula sindir isu apa. Apabila bertanya, Dato Dr. Zurinah Hassan akan bercerita kepada saya. Rasa bertuah sangat. Kadang kala saya akan menemannya di pejabat sekejap sebentar dia membuat kerja sambil cemburu dengan tulisan tangannya yang cantik, rapi serta bersambung sambil malu dengan tulisan cakar ayam saya. Kadangkala ada pula Kak Rai tumpang bersuka ria di bilik itu sambil minum air dan makan buah potong.

Kemudian, Dr. Zurinah meminta saya menamakan kumpulan puisinya kerana merasakan Kumpulan Puisi Sajak-sajak Cerita tidak memberi impak. Biasanya bila kita memilih judul kumpulan puisi, kita akan mencadangkan salah satu daripada judul dari puisi di dalamnya. Saya pun memilih beberapa judul walaupun masih tidak berkenan kerana seakan-akan tidak membawa keseluruhan idea dalam buku ini. Lalu sewaktu saya memandu sendirian ke UM, melalui lebuh Duke dan Sprinte sambil melintas belakang kolej 12, saya teringat cerita-cerita Dr. Zurinah tentang kumpulan puisi ini yang mana walaupun tampak sahaja bahasa mudah langsung tetapi yang lebih penting, cerita di dalam cerita yang terkandung dalam puisinya. Sampai sahaja di UM, terus saya mencadangkan judul tersebut walaupun itu bukan salah satu judul puisi dalam buku ini, dan Dr. Zurinah terus sahaja bersetuju.

Maka kelam kabutlah saya mengubah kulit buku supaya kena dengan judul baru sedangkan masa itu hujung bulan ada pula Pesta Buku Antarabangsa KL 2014.

Begitulah sedikit sebanyak kisah saya menangani dua buku muktahir Dr. Zurinah yang saya panggil auntie sahaja kadang kala. Yang kini bergelar Sasterawan Negara, yang mana Sasterawan Negara wanita yang pertama (panggil Sasterawati Negara kah) Saya rasa berbahagia pernah menangani dua buku muktahir beliau. Semoga saya berpeluang menangani buku-bukunya yang terkemudian sambil meletak tanda Zurinah Hassan, Sasterawan Negara. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s