Tahun Pembacaan 2015


Ringkasan lanjut tahun pembacaan saya di Goodreads pada tahun 2015. Sebenarnya tidaklah guna betul-betul Goodreads ini, ada waktunya saya katalogkan buku sahaja supaya tidak beli buku yang sama. 🙂 Apa-apa pun tahun depan saya nak mengatur betul-betul pembacaan saya. Azam 2016!
2015 yyib header maxres
TOTALS

Img totallargel 2x66books        12,325pagesImg totallarger 2x

SHORTEST BOOK
21 pages
Sajak Perempuan Yang Dilupakan
by Rasyidah Othman
LONGEST BOOK
663 pages
Seperti Mencintaimu… Ain Noor Suraya

Img ruler 3x

AVERAGE LENGTH
190 pages
MOST POPULAR
102,757

people also read

Tsukuru Tazaki Tanpa Warna dan T…
by Haruki Murakami
Img temp desktop 2x
LEAST POPULAR
1

person also read

Membelah Ombak
by A. Rahman C.M.

MY AVERAGE RATING FOR 2015

4.5
HIGHEST RATED ON GOODREADS
Tidakkah Kita Berada Di Sana?
by Rosli K. Matari

it was amazing

5.00 average

Img ratingribbon@2x

MY 2015 BOOKS it was amazing

 

MISSING BOOKS?

You can easily add books to this list by setting the Date Read for each book to any time in 2015.

Completed square

You read 66 out of 50 books.

132%

132%
Congratulations! You’re really good at reading, and probably a lot of other things, too!

Perempuan Bulan Perempuan Hujan di MPH


Ada beberapa orang bertanya, apakah buku ini ada di MPH? Awalnya tidak berapa pasti kerana tidak nampak pula kelibat buku ini, tetapi sewaktu berjalan-jalan di MPH, ternampak anak kecil ini di antara buku-buku ITBM yang lain, malah boleh pula membelinya di laman sesawang MPH seperti di bawah

MPH.jpg

Sesiapa yang punya akaun MPH dan nak bersenang-senang untuk memiliki buku ini, boleh klik terus  di sini: http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789670798929

Selamat membeli dan membaca anak kecil ini 🙂

Tentang Memulakan Perjalanan dan Jauh dari Halaman Rumah


10258722_1682252052021849_3814880133864526032_o

I

Pertama kali menaiki kapal terbang merentas negara, dalam empat tahun lalu. Seorang diri ke Makassar International Writers Festival 2012. Sebelum itu beberapa kali merancang dengan rakan-rakan yang lain tetapi tidak pun berpenghujung membeli tiket kapal terbang. Nah, ketika itu saya tekad sahaja. Satu-satunya tempat saya merujuk, ialah kepada kenalan melalui blog ini, Firdaus Amyar.

Sebenarnya salah satu sebab saya berkeras hendak mengikuti MIWF2012 kerana ingin mengenal Aan Mansyur, kerana beliau salah seorang kurator MIWF. Nampak tak kegigihan seorang fan girl? Hahaha.

Dalam kapal terbang, di atas ribuan kilometer dari paras bumi, bermacam-macam perasaan bergelora dalam hati, saya teringat tanah yang saya tinggalkan, saya membayangkan tanah yang bakal saya jejak, saya memikirkan kemungkinan yang menakutkan, kesunyian, kesendirian dalam perut kapal terbang bersama mereka yang punya destinasi yang sama tetapi tujuan dan keinginan berbeza.

Saya fikirkan, mungkin ini penerbangan pertama merentas negara, jadi perasaannya memang begitu, rupa-rupanya tidak. Saya memikirkan hal yang sama setiap kali menaiki kapal terbang.

Tetapi satu yang selalu saya lakukan bila gemuruh begitu, saya akan memandang ke luar jendela, memerhatikan awan, yang kalau di darat begitu jauh dari jangkauan, dan di langit begitu dekat tetapi tidak pula boleh saya memegangkan. Awan juga bersendiri seperti saya, tetapi untuk bersendiri diterbangkan angin harus sahaja dia belajar menjadi berani terlebih dahulu.

Dan saya selalu belajar untuk berani dalam perjalanan daripada awan-awan yang bersendirian di langit.

II

Puisi saya, “Jauh dari Halaman Rumah” dimuatkan dalam antologi Melompat Keluar dari Mimpi terbitan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN)/Kata-Pilar. Boleh hubungi mereka untuk membeli buku ini, juga boleh hubungi saya, jika berminat ya 🙂

MELOMPAT KELUAR DARI MIMPI

Kompilasi puisi, cerpen, dan lakaran 71 orang penulis dari pelbagai latar termasuk aktivis kemanusiaan, pensyarah, doktor, jurutera, penulis, pemuzik, budayawan, karyawan, selebriti, pendakwah, pelajar, blogger, dj radio, wartawan, dan banyak lagi.

Menyentuh pelbagai isu dan kemelut sosial, politik, dan ekonomi setempat dan global dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan.

12363092_1676349075945480_4908885532974421164_o.jpg

Dari Kaca Jendela Perempuan Bulan Perempuan Hujan


Saya sebenarnya ingin menulis lebih banyak lagi tentang Kumpulan Puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan yang pertama kali diterbitkan pada Mei, 2015 oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Tetapi saya kongsikan dahulu prakata dalam buku ini yang diberi judul Dari Kaca Jendela sebagai jendela pertama mengenal “anak kecil” ini.

PBPH

 

Dari Kaca Jendela

Puisi, ialah cinta yang datang lewat. Saya bertemu dengannya usai meladeni dunia cerpen dan novel. Sehingga waktu ini, saya tidak pernah dapat membayangkan bahawa saya akan menyempurnakan kata-kata ke dalam puisi. Malah, saya selalu berfikir, betapa payahnya mengatur seluruh rasa dan fikiran dalam beberapa baris berbanding menulis cerpen yang bermain dalam lapangan imaginasi yang lebih luas. Namun, ternyata puisi merupakan kotak pandora yang penuh misteri, di dalamnya penulis sedang gigih menulis perasaannya, dan pembaca ialah pemain yang sedang menyelesaikan teka-tekinya.

Saya memilih judul kumpulan puisi pertama ini, Perempuan Bulan Perempuan Hujan kerana dua imej ini merupakan imej yang gemar dipetakan ke dalam puisi saya. Bahagian “Perempuan Bulan” merupakan rangkuman hampir kebanyakan puisi awal saya. Puisi dalam bahagian ini, kelihatan seperti anak-anak kecil yang sedang diasuh mengenal dan mengeja kata. Namun, anak-anak kecil yang tampak naif dan polos, merupakan bahagian terpenting dalam proses kedewasaan. Dengan menuliskannya, saya menyimpan memori dan kenangan dalam tulisan saya. Imej-imej bulan sering kali hadir menemani waktu malam gelap pekat, dalam kesunyian dan kesepian.

Manakala bahagian “Perempuan Hujan” pula merupakan gugusan puisi yang lebih kemudian. Hujan merupakan peramal hati yang paling bijaksana dan sering kali hadir pada waktu yang tepat untuk menumbuhkan ilham. Saya menyenangi hal-hal yang kecil dan sederhana seperti bau rumput sesudah hujan, secawan kopi di tepi jendela kafe, daun luruh ditiup angin petang, sekaki payung yang tertinggal di halaman, bunyi peluit dan tren meninggalkan landasan juga renyai halus hujan di luar jendela. Dalam bahagian ini juga, saya menyedari menulis puisi sepertinya mengasuh saya menghaluskan pandangan dan pengalaman yang saya lalui hari demi hari.

Saya fikir setiap puisi adalah rakaman diri penulisnya. Hal ini kerana dengan menulis puisi, sebenarnya menulis diri sendiri meski pun separa fiksi. Hampir kesemua puisi dalam kumpulan puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan merupakan potongan pengalaman dan kenangan yang saya sembunyikan ke dalam kata-kata. Puisi saya tetap masih sejumlah kata-kata sederhana yang kurang sempurna, kepada pembaca, mereka menyempurnakan bahagian yang tertinggal dengan pengalaman pembacaannya. Selamat menikmati kumpulan puisi yang sederhana ini bertemankan secawan kopi atau secangkir teh pada malam langit bulan terang atau hujan menggerimis kecil.

Nota:

Kumpulan Puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan merupakan kumpulan puisi pertama saya terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya, boleh hubungi saya di ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com untuk butiran pembayaran. Harganya hanya RM20 sahaja termasuk penghantaran Mohon berikan nama, alamat pengiriman, nombor telefon serta nama untuk diabadikan dalam buku ini.

Berulang Tahun Menulis Blog Ke 8


image

Sebenarnya saya bermula menulis blog lebih awal. Circa tahun 2004. Saya bermula dengan blogdrive. Ketika itu penulis kegemaran saya dan kawan baik saya waktu itu menggunakan blogdrive. Walaupun blogspot lebih popular, tetapi coding blogspot sangat menyukarkan. Sampai sekarang saya tidak begitu arif dengan coding blog. Lagi satu sikap saya, saya tidak suka benda yang popular. Saya cenderung suka hal hal terpinggir yang saya rasa penting. Seperti saya sukakan sesuatu sebelum dia popular atau selepas ia popular.

Walaupun saya suka blogdrive tetapi kerna sebab tertentu, saya harus lari meninggalkan rumah asal. Oleh kerana blogspot terlalu hip, meninggalkan saya dengan pilihan WordPress yang mana menjadi pilihan blogger Indonesia.

Dan satu hal yang mengagumkan kepada diri saya sendiri kerana saya tidak pernah berhenti menulis di blog ini sejak 8 tahun yang mana tidak pernah pula menukar nama blog ini, Nyanyian Hujan, http://www.birungu.wordpress.com.

Blog ini telah menjadi latihan untuk saya menulis, kalau melihat rentang penulisan saya dari 8 tahun lalu sehingga sekarang di blog ini , tentu sahaja memperlihatkan perubahan yang dinamik. Ada waktunya apabila saya menulis entri di blog, ia berkembang menjadi cerpen mahupun puisi. Daripada hanya mahu sebaris dua, ia bertukar menjadi karangan panjang. Di blog ini juga mencerminkan kematangan saya menulis juga mendokumenkan penulisan saya.

Seperti punya seorang anak, daripada kurang arif, kita perlahan-lahan belajr mengasuhnya menjadi anak yang berani, matang dan berlapang dada.

Birungu dalam Nyanyian Hujan, selamat ulang tahun ke-8, terima kasih menemani kedewasaan saya.

Melayu dan Keterbukaan


image

Semasa dalam sesi Reading and Panel Discussion: Dangerous Ideas, di Georgetown Literary Festival bertemakan “We Are Who We Are/Are We Who We Are”, panel Khairudin Aljunied berkongsi pandangan yang menarik. Ketika itu ada persoalan tentang keterbukaan Melayu. Khairudin mengatakan bahawa Melayu sememangnya sudah sedia terbuka. Ini boleh dilihat kepada budaya orang Bugis punya 4 jantina (atau lima bila golongan Bissu juga dihitung), iaitu: 1) Orowane (Lelaki) 2. Makkunrai (Perempuan) 3. Calabai atau Bencong, atau Kawe-kawe atau Wadam (Lelaki yg berpenampilan seperti Perempuan) 4. Calalai (Perempuan berpenampilan seperti Laki-laki, anak gaul makassar biasa menyebutnya: Balaki) 5. para-gender: Bissu; secara fizikalnya terkategorikan sebagai calabi, tapi secara pengertian antropologi, berbeza.

Tetapi menurut Khairudin, kerana Melayu itu mudah dilukai oleh kata lebih daripada perbuatan atau seperti katanya, “Words hit Malay like bullets.”, perkataan seperti butiran peluru. Apabila orang Melayu dituntut untuk bercakap secara terbuka, berhujah, ia sebenarnya telah mendedahkan sisi yang mudah dilukai itu. Kerana itu banyak orang Melayu protes apabila orang luar ingin membawa isu LGBT secara terang terangan dalam media ini sehingga menggetarkan kesepakatan secara bersembunyi selama berdekad ini.

Mungkin sahaja ada benarnya kata panel itu, mungkin juga ada salahnya. Tetapi kalau melihat sahaja daripada budaya orang Melayu, dalam sedang membuat penderhakaan atau marah, katanya digubah dalam pantun sehingga kalau dibaca sekarang tidak ternampak nada marahnya. Komposisi pantun serta suku katanya menyembunyikan kemarahan orang Melayu. Tetapi orang luar menuntut untuk dengan bertindak secara vokal sama ada melalui kata atau tulisan barulah dikatakan mengambil sikap berbanding hanya protes secara diam iaitu dengan tidak mengambil apa-apa tindakan apatah lagi menyuarakan pandangan.

Ini satu pandangan yang harus kita pandang ke dalam diri kita. Kalau kita bukan orang yang vokal terhadap sesuatu isu bukanlah kerana kita tidak mengambil sikap, kerana dengan mendiamkan diri sebenarnya adakalanya sudah menunjukkan sikap kita. Dan ada waktunya apabila orang yang tidak mahu menunjukkan sikap dipaksa untuk menampakkannya, kesan berantai akibat tindakan itu tidak dapat dibendung dan dikawal sehingga hal-hal remeh temeh yang aneh aneh menjadi bahan perdebatan.

Atau itu sebenarnya yang dimahukan oleh pihak luar kepada peta pemikiran masyarakat Melayu? Supaya mudah untuk bercampur tangan apabila keadaan sudah tak terkawal kelak?
Sejarah sendiri pernah membuktikannya.

Senarai Acara Sastera Pada Hujung Minggu yang Hening (11-13 Disember 2015)


Baiklah sepanjang minggu ini saya memang sibuk terlibat dan mengendalikan acara seni dan sastera. Ingat nak buat entiti satu satu tapi tak sempat. Jadi saya rangkumkan dalam satu entri, mengikut hari dan masa. Jemput hadir ya

1) Program Alumni MPR Perkongsian Ilmu bersama Fahd Razy

image

Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Tingkat 31, DBP Kuala Lumpur
Masa: 10.00 pagi-12.00 tengah
Tarikh: 11 Disember 2015

2) Malam Puisi Warisan ASWARA

  
Bila tengok poster, cantiknyaaaaa. Jadi, saya akan baca puisi bertemakan bulan sempena bulan senyum dalam poster.

3) Malam Baca Puisi GKLN/UIA dan pelancaran antologi Melompat Keluar dari Mimpiimage

image

Ada sebuah puisi saya telah dipilih oleh Fahd Razy berjudul ‘Jauh Dari Halaman Rumah’ untuk dimasukkan dalam antologi Melompat Keluar Dari Mimpi. Majlis pelancarannya akan diadakan di UIA seperti berikut

Tempat: Hs Square UIAM

Masa: 8.30 Malam

Tarikh: 11 Disember 2015/Jumaat

MELOMPAT KELUAR DARI MIMPI

Kompilasi puisi, cerpen, dan lakaran 71 orang penulis dari pelbagai latar termasuk aktivis kemanusiaan, pensyarah, doktor, jurutera, penulis, pemuzik, budayawan, karyawan, selebriti, pendakwah, pelajar, blogger, dj radio, wartawan, dan banyak lagi.

Menyentuh pelbagai isu dan kemelut sosial, politik, dan ekonomi setempat dan global dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan.

Whatsapp GKLN 0172734065 atau 0145389866 untuk tempahan.

4) Dalam Galeri Siri 2: Puisi Gelombang Baru 

  

Projek Rabak mempersembahkan

‪#‎DALAMGALERI‬ SIRI 2: Puisi Gelombang Baru

sebuah discussion intim

Jack Malik (moderator)

Wani Ardy

Ainunl Muaiyanah

Azhar Ibrahim
12 Disember 2015

Sabtu, 3 petang

‪#‎ProjekRabakGallery‬

3.39, 2nd Floor, Wisma Central, 50450, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masuk + ilmu percuma!

5) Kata Pengarang Kata Pembaca

  
6) Bicara Karya & Sikap Zurinah Hassan