Berulang Tahun Menulis Blog Ke 8


image

Sebenarnya saya bermula menulis blog lebih awal. Circa tahun 2004. Saya bermula dengan blogdrive. Ketika itu penulis kegemaran saya dan kawan baik saya waktu itu menggunakan blogdrive. Walaupun blogspot lebih popular, tetapi coding blogspot sangat menyukarkan. Sampai sekarang saya tidak begitu arif dengan coding blog. Lagi satu sikap saya, saya tidak suka benda yang popular. Saya cenderung suka hal hal terpinggir yang saya rasa penting. Seperti saya sukakan sesuatu sebelum dia popular atau selepas ia popular.

Walaupun saya suka blogdrive tetapi kerna sebab tertentu, saya harus lari meninggalkan rumah asal. Oleh kerana blogspot terlalu hip, meninggalkan saya dengan pilihan WordPress yang mana menjadi pilihan blogger Indonesia.

Dan satu hal yang mengagumkan kepada diri saya sendiri kerana saya tidak pernah berhenti menulis di blog ini sejak 8 tahun yang mana tidak pernah pula menukar nama blog ini, Nyanyian Hujan, http://www.birungu.wordpress.com.

Blog ini telah menjadi latihan untuk saya menulis, kalau melihat rentang penulisan saya dari 8 tahun lalu sehingga sekarang di blog ini , tentu sahaja memperlihatkan perubahan yang dinamik. Ada waktunya apabila saya menulis entri di blog, ia berkembang menjadi cerpen mahupun puisi. Daripada hanya mahu sebaris dua, ia bertukar menjadi karangan panjang. Di blog ini juga mencerminkan kematangan saya menulis juga mendokumenkan penulisan saya.

Seperti punya seorang anak, daripada kurang arif, kita perlahan-lahan belajr mengasuhnya menjadi anak yang berani, matang dan berlapang dada.

Birungu dalam Nyanyian Hujan, selamat ulang tahun ke-8, terima kasih menemani kedewasaan saya.

3 thoughts on “Berulang Tahun Menulis Blog Ke 8”

  1. saya pula tak pernah pandai guna WordPress.. pernah cuba2 tapi give-up.. :p
    dan saya juga tak pernah setia dengan satu nama blog.. asyik tukar2.. jangan tanya kenapa.. hahahahaa..🙂

    apapun TAHNIAH dan selamat ulangtahun ke-8. teruskan menulis.

    *daripada peminat setiamu a.k.a Cahaya Mata*
    🙂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s