Peluang Menulis dalam Sastera Berita Harian


Pesanan ini saya salin daripada Facebook Editor Meja Sastera Berita Harian, Nazmi Yaakub. Saya kongsikan di sini, walaupun selalunya saya gubah mengikut ayat sendiri tetapi pesanan daripada Abang Nazmi Yaakub ini sudah cukup padat untuk dikongsikan.🙂

de3c0bd071d79e789e58ea4d5fc63ba0

1. Akhbar Berita Harian (BH) sediakan ruangan Sastera setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat. Pada hari Sabtu, ia dikenali Polemik, manakala Ahad Sanggar Sastera

2. Bagi ruangan Polemik, kami mengalu-alukan pembaca untuk hantar tulisan tidak melebihi 1,400 patah perkataan tentang apa-apa saja isu, polemik sastera, persuratan, seni, bahasa dan sejarah.

3. Bagi ruang Sanggar Sastera pembaca boleh mengirimkan karya cerpen yang tidak melebihi 1,800 patah perkataan atau puisi (bebas bergantung kepada common sense) ke bhsastera@bh.com.my. Harap gunakan e-mel ini untuk karya kreatif kerana saya sentiasa mmeriksanya dari semasa ke semasa. E-mel peribadi biasanya selalu terlepas pandang.

4.Bagi penghantaran karya ke Sanggar Sastera ada baiknya membeli dan membaca ruangan itu yang diterbitkan dalam BH Ahad untuk mendapatkan gambaran tentang bentuk karya, maklumat diperlukan. Ramai penulis termasuk yang sudah veteran pun selalu tertinggal maklumat yang sepatutnya sehingga melambatkan urusan untuk menguruskan pembikinan halaman dan tuntutan bayaran. Harap untuk sentiasa mengemukakan maklumat berkenaan walaupun sudah sering berbuat demikian dan menggunakan format text.

5. Bagi menjemput kami membuat liputan acara sastera, seni, budaya, dan sejarah, sila e-melkan jemputan itu ke nazmi@bh.com.my sekurang-kurangnya seminggu sebelum.

6. Cuma kami tidak dapat memenuhi semua undangan, sebaliknya bergantung kepada budi bicara, pertimbangan, keadaan dan kesempatan. Harap tidak berkecil hati apabila tidak ada wartawan yang datang, sebaliknya teruslah menghantar undangan setiap kali mengadakan acara.

7. Halaman Sastera mempunyai tiga elemen. 1) Rencana utama yang berkisar sastera, bahasa, budaya, sejarah, seni, budaya dan lain-lain yang berkaitan 2) Rencana kedua yang juga mengenai hal berkenaan 3) Kolum

8. Sastera Tanpa Visa ialah kolum pada hari Isnin mengenai artikel sastera atau seni luar negara yang diambil dan diterjemah daripada media asing/sosial tulisan penulis luar.

9. Nuansa Pengarang (Selasa) berkongsi proses kreatif pengarang yang unik, bagaimana mereka menghasilkan karya, sesuatu judul atau mengatasi masalah dan lain-lain.

10. Mewah Bahasa (Rabu) ialah kolum pensyarah linguistik UM tentang perbezaan makna pada kata dlm dialek, bahasa basahan dan sebagainya.

11. Lembaran Kata ialah kolum saya sebagai editor sastera yang mengulas seputar sastera, persuratan, bahasa, sejarah, seni dan budaya.

12. Hari Jumaat dikhususkan untuk rencana tentang pameran lukisan dan ulasan buku termasuk satu judul utama dan tiga hingga empat judul kecil yang turut menampilkan senarai laris di pasaran.

13. Sastera BH mengalu-alukan cadangan dan saranan khalayak penulis dan pembaca sempena tahun baharu ini untuk penambahbaikan, kolum, skop baharu dan agenda berkaitan.

14. Sebarang cadangan dan saranan bolehlah e-mel kpd saya nazmi@bh.com.my.

‪#‎SasteraBH‬ ‪#‎SanggarSastera‬ ‪#‎PolemikBH‬

One thought on “Peluang Menulis dalam Sastera Berita Harian”

  1. Assalamualaikum,saya berharap segala info terbaru akan dihantar terus kepada saya melalui e-mail.Terima Kasih.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s