Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 1


5d2bae5be04adf15c7de9f76957c3873

Ada beberapa orang menghantar e-mel kepada saya bertanya mengenai cara-cara menghantar karya kepada penerbit, terutamanya Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Jadi saya fikir lebih mudah saya kongsikan di sini supaya maklumat ini tersebar dalam kalangan pembaca dan penulis sekalian.

  1. Kenal pasti penerbit anda

Setiap penerbit ada keperluan yang berbeza, misalnya ITBM mengkhusus kepada penerbitan karya-karya sastera dan ilmiah seperti novel, cerpen, puisi, travelog, memoir, buku umum. Dan walaupun ITBM menerbitkan novel, janganlah pula mengirim novel cinta, hantarlah kepada Karangkraf atau Kakinovel. Hantar novel yang punya nilai sastera, bahasa yang teratur dan baik serta memandaikan akal budi bangsa. Lebih baik lagi, belilah buku-buku terbitan ITBM, baca dan kajian gaya penerbitannya. Buku yang diterbitkan selalu telah melalui proses penilaian, menepati syarat dan lulus penilaian.

Dasar utama penerbitan karya asli ITBM-PENA ialah menerbitkan buku yang mengandungi unsur-unsur memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara demi mencerdikkan akal budi bangsa melalui pembacaan bahan berkualiti. Bidang penulisan tidak terbatas kepada kreatif (sastera) sahaja, ia terbuka kepada penulisan bidang lain seperti ilmiah, umum, sejarah, kanak-kanak, dan sebagainya.

sumber: ITBM

2. Minimum dan Maksimum 

Biasanya ini soalan yang mengganggu fikiran, kalau novel berapa had minimum muka surat? Kalau puisi berapa banyak kena hantar baru boleh diterbitkan? Sebab itu sangat digalakkan beli buku penerbit yang anda minat dan mahu berkarya dengannya. Saya kongsikan berapa minimum dan maksimum untuk setiap genre. Walaupun sebenarnya dalam penerbitan novel, biasanya ITBM tidak meletakkan sebarang limit maksimum, tetapi sebagai garis panduan, bolehlah dikuti seperti di bawah

Novel: Minimum 150, tiada had maksimum, kalau novel Ah Fook itu ada sehingga 700 muka surat.

Kumpulan Puisi: Minimum – 50, maksimum – 100. Tidak digalakkan menghantar terlalu banyak puisi, sebagai penulis, kita hendaklah memilih yang terbaik sahaja. Latih diri menjadi editor kepada karya kita sendiri.

Kumpulan Cerpen: Minimum 12 buah cerpen. Panjang sesebuah cerpen tiada had. Tetapi hendaklah berpada , sesuai dengan jalan cerita. Ada beza cerpen panjang dengan novela. Kalau Roslan Jomel yang pernah terbit dengan buku Kumpulan Cerpen Selamat Datang Ke Malaywood, cerpennya pernah menjangkau lebih 10 muka surat.

3. Format Pengiriman

Yang ini banyak yang selalu gagal dan kadangkala kerana kesilapan penulis mengabaikan format ini, ada yang tertinggal dan tidak lengkap. Mohon ikut panduan seperti di bawah ya.

  1. Manuskrip yang dihantar perlu ditaip kemas, langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4. ITBM dan PENA berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak mengikut panduan yang ditetapkan.
  2. Manuskrip perlu asli, ditulis dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam sebarang penerbitan bercetak. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini.
  3. Penulis perlu melengkapkan Borang Penyerahan Manuskrip berserta dengan soft copy dan hard copy (jika ada) manuskrip yang berkenaan.

Tambahan

  1. Kalau hantar kumpulan puisi atau cerpen lebih baik siap dengan prakata penulis dan isi kandungan. Jangan lupa biodata ringkas dan maklumat diri. Ini untuk memudahkan pihak pengurusan merekodkan maklumat penulis. Jangan nanti manuskrip sudah melepasi penilaian, penulis tidak dapat dihubungi.

Sila ikuti entri ini dalam siri kedua (esok) kalau ingin mengetahui tatacara pengiriman manuskrip yang lebih baik dan teratur.

4. Alamat Pengiriman

Penulis boleh memilih untuk mengirimkan manuskrip secara hardcopy atau softcopy. Kalau secara hardcopy, susun ikut aturan, boleh sahaja datang terus ke ITBM atau mengirimkannya kepada alamat berikut:

Jabatan Buku Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Kalau yang ingin jimatkan kos, hantar sahaja softcopy ke alamat berikut. :

buku@itbm.com.my

5. Maklumat Penerimaan

Sesudah ITBM menerima manuskrip, ITBM akan mengirimkan surat penerimaan manuskrip kepada penulis melalui kiriman pos. Mohon ada alamat surat menyurat yang lengkap ya. Surat penerimaan itu merupakan dokumen rasmi menunjukkan bahawa manuskrip anda sedang diproses untuk tujuan penilaian. Biasanya dalam tempoh 3 bulan, selepas penilaian oleh panel luar yang berkaliber, manuskrip itu akan dibawa ke Mesyuarat Pemilihan Judul yang dilaksanakan 2 atau 3 bulan sekali. Dalam masa seminggu selepas mesyuarat itu, penulis akan dihubungi sama ada manuskrip itu akan diterima atau ditolak. Surat penerimaan dan penolakan akan dikeluarkan oleh pihak ITBM.

Jadi, janganlah baru hantar 2 minggu, sudah berkirim mesej, bertelefon bertanya bila status manuskrip boleh diterbitkan atau tidak. Mohon beri masa. Tapi hubungilah pihak ITBM kalau anda tidak menerima surat penerimaan manuskrip dalam masa dua minggu, mungkin manuskrip anda sesat di mana-mana, sama ada masuk spam, pos laju “mengghaibkan” manuskrip dan tidak diterima oleh pihak ITBM.

 

Selamat menulis dan menghantar manuskrip. Mana tahu ada rezeki, manuskrip anda lulus dan diterbitkan oleh ITBM.

Notakaki: Siri Peluang Penerbitan ini ada 2 Siri. kalau hendak tahu tips, etika, adab menghantar manuskrip melalui e-mel atau pos, mohon ikuti sambungan entri ini ya🙂

Notakaki 2: Kalau ada kekeliruan dan pertanyaan, mohon tanyakan di ruangan komen. Kalau ada, saya akan cuba menjawabnya dalam siri 3.

10 thoughts on “Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 1”

  1. O, manuskrip kena taip langkau 1.5 baris. Nasib baik lihat info ini. Jika tidak, ingatkan sama macam manuskrip untuk DBP kena taip langkau 2 baris.

    Manuskrip kumpulan puisi kanak-kanak juga perlu sebanyak 50 buah judul puisi?

    Like

  2. O, manuskrip kena taip langkau 1.5 baris. Nasib baik lihat info ini. Jika tidak, ingatkan sama macam manuskrip untuk DBP kena taip langkau 2 baris.

    Manuskrip kumpulan puisi kanak-kanak juga perlu minimun 50 buah judul puisi?

    Terima kasih.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s