Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 2


 

b27a909cbc740083af53ffb9a36eb4b8

Kali ini pula, saya kongsikan tatacara atau dipanggil adab-adab pengiriman manuskrip. tatacara ini dikongsikan oleh Puan Khadijah Aminah, selaku pegawai di Jabatan Buku Malaysia, Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Saya tambah  sedikit komentar dan contoh supaya lebih jelas lagi ya🙂

1. Adab – Jika ingin menghantar manuskrip melalui emel, mohon berikan kata aluan supaya penerima manuskrip tersebut tahu siapa dan untuk apa tujuan emel tersebut. Ibarat memberi salam jika ingin masuk ke dalam rumah orang lain.

Sebenarnya ramai yang mengirimkan manuskrip hanya melampirkan karya, tanpa sebarang pengenalan mahupun ucapan alu-aluan, ada yang tiada maklumat diri pun. isk isk isk. Digalakkan supaya beri salam, nama, dan maklumat karya. Ini untuk memastikan pihak ITBM mengetahui penulis memang ingin menghantar karya ke ITBM. Perlu diingat, setiap hari e-mel pejabat menerima berpuluh-puluh e-mel dengan pelbagai tujuan, belum masuk lagi spam. Jadi kalau dalam hal perkara atau subject sudah jelas, jadi senang hendak diurus. Bayangkan dapat e-mel no subject, dengan alamat e-mel v_kot@gmail.com, mesti penerima ingat spam ke apa ke kan. Gunakan seperti contoh ayat di bawah yang mudah dan ringkas pun boleh.

Subject: Mengirim Manuskrip Kumpulan Puisi Hati

“Salam,

Dengan ini, saya Aminah berminat mengirimkan kumpulan puisi berjudul Hati untuk dinilai dan dipertimbangkan penerbitannya oleh pihak ITBM

Manuskrip dan maklumat diri adalah seperti di dalam lampiran e-mel “

 

2. Maklumat lengkap manuskrip – mohon berikan judul, genre dan juga maklumat lengkap penulis Nama Penuh, Nombor Telefon, Alamat Rumah, Alamat Emel, untuk dihubungi kerana semua ini perlu direkodkan oleh pihak penerima.

Seperti dalam entri sebelum ini, ramai yang mengirimkan manuskrip dengan maklumat yang tidak jelas. Ada yang beri nama dan alamat e-mel sahaja. Ada yang hantar manuskrip sahaja, tak ada tajuk tak ada apa. Isk isk. Macam penerima ini ada sixth sense nak baca isi hati pengirim. Buatlah dua file, satu manuskrip lengkap, satu lagi file maklumat diri. Kalau nak mudah, rujuk entri sebelum ini, serahkan borang penghantaran manuskrip sahaja.

 

3. Isi Kandungan Manuskrip – Manuskrip hendaklah dihantar dalam satu sahaja fail Microsoft Words jika terdapat 80 sajak, mohon satukan dalam satu fail sahaja bukan bercerai-cerai dan jangan diikuti pula dengan emel lain jika ada yang tertinggal, ini memberikan gambaran negatif bahawa penulis itu tidak peka dan tidak menyemak mahupun menyusun manuskrip penulisan sendiri sebelum dihantar kepada penerbit. Dikhuatiri juga pihak yang menerima manuskrip tersebut akan tertinggal apa yang akan dicetak untuk dihantar kepada panel penilai. Perkara ini akan sedikit sebanyak memberi kesan pada proses penilaian. Oleh sebab itu, saya menasihatkan kepada semua, agar menghantar manuskrip yang disusun baik sebelum die-mel kepada penerima/penerbit.

Yang ini sangat mengharukan. Menangis kalau menerima e-mel begini. Bayangkan sahaja ada yang mengirim 80 puisi dalam 80 e-mel berbeza dan puisi itu di’tampal’ dalam e-mel, bukan dalam file Microsoft Words. Memang menangis. Bila diminta hantar dalam bentuk Microsoft Words, tidak tahu.

Jadi lebih mudah, buatlah dua fail Microsoft Words

1 fail penuh manuskrip itu termasuk Judul, nama penulis, isi kandungan, prakata dan karya

1 fail pula biodata penulis, atau surat penghantaran manuskrip

4. Kenali siapa penerbit anda. Mohon kenali dahulu siapakah penerbit anda sebelum anda menghantar manuskrip kerana mungkin manuskrip itu tidak sesuai untuk rumah penerbitan tersebut. Lakukan “research” dahulu jika tidak mahu ditolak mentah-mentah.

Saya sudah terangkan dalam entri sebelum ini pasal “research”. Ada penerbit yang menilai manuskrip berdasarkan proposal awal barulah mereka hubungi untuk proposal penuh, tetapi ITBM memerlukan manuskrip penuh untuk penilaian.

Janganlah hantar novel cinta, cerpen remaja penuh percintaan yang kurang sesuai dengan ITBM. Bukan kerana karya penulis tidak bagus, mungkin kurang sesuai dengan corak rumah penerbitan. Jadi kalau salah hantar, masa menunggu menjadi sia-sia sahaja. Cubalah melabur sedikit dengan membeli dan membaca buku terbitan ITBM. Penulis juga bermula sebagai pembaca, penulis yang tidak pembaca itu apa ya?

Kalau nak kata buku ITBM susah nak didapati di pasaran itu semua mitos, buku ITBM ada di MPH, di Kinokuniya, malah boleh dibeli di atas talian ITBM, dan LAZADA. Kenalah rajin mencari buku-buku ini di kedai buku.

5. Mohon berhubung dengan pegawai yang sepatutnya untuk menghantar manuskrip. Bukan semua jabatan menerima manuskrip dan dikhuatiri jika manuskrip tersebut tidak sampai pada pihak yang sepatutnya. Ini juga perlukan pertanyaan pada pihak yang betul.

Sekian sahaja perkara asas untuk menghantar manuskrip.

Lain padang, lain belalang.

 

Kata pegawai ini, hendak tanya berkenaan manuskrip, tetapi bertanya kepada jabatan terjemahan, ada yang bertanya ke jabatan jualan. Jadi maklumat yang diberi ada waktunya kurang tepat. Ada pula yang menyerahkan manuskrip secara serahan tangan kepada mana-mana pegawai ITBM tanpa mengambil nama pegawai itu untuk rujukan lanjut. Kemudian tidak tahu hilang di mana. Jangan buat tindakan rambang dan kemudian menyerang secara membuat tuli di laman sosial atau di kaunter pula pada kemudian hari.🙂

Penerbitan buku karya asli di bawah Jabatan Buku Malaysia. Jadi pastikan pegawai yang penulis berurusan daripada Jabatan Buku Malaysia. Kalau hendak menghubungi mereka, boleh melalui e-mel buku@itbm.com.my atau Ketua Jabatan Buku Malaysia, Encik Mohd Rozlan Mohamed Noor di talian 03-41451916🙂

 

Notakaki: Saya telah menerima beberapa soalan untuk dijawab dalam Siri 3 nanti yang akan dikongsi pada esok hari jam 8.00 malam. Sesiapa yang hendak bertanya, boleh tinggalkan komen di bawah atau e-mel saya ainunl.muaiyanah{at}gmail[dot]com

One thought on “Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 2”

  1. Assalamualikum. Terima kasih atas info yang sebegini membantu. Beberapa soalan saya:

    1. Adakah manuskrip kumpulan puisi perlu ditaip langkau 1.5 juga?
    2. Adakah penulis boleh mencadangkan kulit buku mengikut gambaran/latar yang dibayangkannya?
    3. Berapa lama jangkaan masa/tempoh masa yang standard untuk penulis boleh mengetahui sama ada manuskripnya lulus atau gagal untuk diterbitkan oleh ITBM?

    Terima kasih.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s