Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 3 (Q & A)


 

dae37695b885b2da68905141fee9773c

Siri 3 daripada Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM (perrghh panjangnya nama siri) akan menjawab persoalan daripada 2 siri sebelum ini. Beberapa soalan telah dapat dikumpulkan dan akan cuba dijawab dan dijelaskan dalam entri ini.

  1. Bagaimana dengan sistem pembayaran royalti. Adakah secara lumpsum atau mengikut peratusan jualan?

Ada perbezaan lumpsum dengan pembayaran royalti. Pembayaran lumpsum ini biasanya dibayar sekaligus sahaja, dan sekiranya buku penulis dicetak ulang tidak akan dibayar sama sekali. Jumlah pembayaran lumpsum biasanya banyak, contohnya, kalau ikutkan perkiraan royalti cetakan pertama, anda bakal mendapat Rm1,000, tetapi dengan pembayaran lumpsum anda akan dapat Rm5,000 tetapi kalau buku itu cetak ulang, penulis tak boleh menuntut sebarang tambahan pembayaran. Jadi penulis kena berjaga-jaga ya dengan hal begini.

Berbalik kepada pembayaran royalti di ITBM, dipanggil upfront payment royalty, bermaksud royalti akan dibayar muka terlebih dahulu berdasarkan 10% daripada harga buku dan jumlah cetakan. Perkiraannya begini:

(Royalti 10%)  X (Harga Buku RM20) X (Jumlah cetakan: 1000) = Jumlah Royalti Rm2,000.

Jadi, royalti RM2,000 akan terus dibayar kepada penulis selepas buku itu terbit tanpa perlu menunggu laporan jualan tahunan. Sekiranya diulang cetak, bayaran royalti tetap akan diberi dengan kaedah yang sama.

Jikalau penulis ingin membeli buku sendiri, diskaun penulis ialah 50%. Jadi penulis yang rajin menjual bukunya sendiri boleh mendapat keuntungan sehingga 60% (50% diskaun + 10% royalti) daripada harga buku.

2. Manuskrip kumpulan puisi kanak-kanak juga perlu minimun 50 buah judul puisi?

Ya, sama juga. Saya sudah mengesahkan dengan pihak Jabatan Buku Malaysia, ITBM

3.  Adakah manuskrip kumpulan puisi perlu ditaip langkau 1.5 juga?

Ya, digalakkan begitu supaya mudah untuk dibaca oleh panel penilai.

4. Adakah penulis boleh mencadangkan kulit buku mengikut gambaran/latar yang dibayangkannya?

Selepas buku itu lulus untuk diterbitkan, manuskrip akan diserahkan kepada editor pengurusan. Mereka akan menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut. Semasa perbincangan ini, boleh nyatakan cadangan untuk kulit buku penulis, jika ada.

5. Berapa lama jangkaan masa/tempoh masa yang standard untuk penulis boleh mengetahui sama ada manuskripnya lulus atau gagal untuk diterbitkan oleh ITBM?

Biasanya dalam jangkaan 4 sehingga 5 bulan. Kerana mesyuarat biasanya dibuat dalam 2 atau 3 bulan sekali.

Advertisements

1 thought on “Peluang Menerbitkan Manuskrip di ITBM: Siri 3 (Q & A)”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s