Acara: Puiteaka 0.4


12472405_1553457674945776_2493319923720550283_n.jpg

Saya teringat semasa ke Puiteaka 0.1 tahun lalu di Kota Damansara, acara pada hari biasa, Khamis, malam, dan di Kota Damansara yang jauh dari pengangkutan awam, ciri-ciri yang selalunya akan buat orang malas nak pergi ke acara ini yang tidak menepati formula: hujung minggu, pengangkutan awam dan siang.

Tapi sesiapa yang pernah pergi akan tahu betapa ramainya orang sampai sendat padat dalam tea house yang biasanya lengang. Mungkinkah pengaruh penganjurnya, Kak Fazleena yang cantik manis itu? Ewaaah.

Kalau yang masih baru dalam acara ini, Puiteaka merupakan sebuah acara seni persembahan yang diadakan di sebuah kafe bagi meraikan sastera, seni dan budaya secara intim dan mesra. Dahulu di Kota Damansara, kini di Kafe Gajah Tiga, Taman Maluri Cheras.

Dan kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di sana pada hari kejadian. Kalau tengok persembahan lepas, hebat-hebat bakat mereka ini, rasa sedikit gementar pula🙂 Apatah lagi dengan pengacara kegemaran ramai, Aloy Paradoks, atau lebih dikenali sbeagai Adam dalam cerita Teman Lelaki Upahan. (yang ada Ungku Ismail ituuu)

Jadi jemputlah datang persembahan Khamis ini, jam 8.30 malam. Saya telah krafkan sebuah persembahan yang sesuai sekali hanya untuk dibacakan di kafe. Ia berkisah tentang watak-watak yang selalu minum di kafe, tentang penantian, penafian dan perpisahan. Hahaha.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s