Perbualan dengan Aisyah Rais: Memadam Perkataan untuk Menghasilkan Puisi


Semasa di Kuala Lumpur Arternative Bookfest 2016 (KLAB2016)+ Arts For Grabs, saya berkesempatan membeli zine terbaru Aisyah Rais, Khabar Surat Khabar (Bilik Darjah, 2016). Aisyah Rais, penyair perempuan yang mempunyai suara kepenyairan yang kuat dan selalu tidak disebut-sebut. Saya merasakan dia sudah boleh tampil dengan puisi persendirian secara mass production.🙂

Semasa menatap zine Khabar Surat Khabar, saya sangat tertarik dengan teknik yang digunakan, iaitu memilih perkataan daripada artikel atau berita di surat khabar dan majalah, memadamkannya perkataan yang tidak dipilihnya, hasilnya menjadi puisi yang menarik.

Saya mencuri masanya sebentar di meja Obscura + Bilik Darjah, untuk menemubualnya mengenai projek terbarunya ini. Ini merupakan temu bual yang tidak dirancang sama sekali.🙂

13320522_1064833346895522_2886688394581693_o13308273_1064833390228851_2016457471997147634_o

Bila saya baca Khabar Surat Khabar, ada banyak pertanyaan bermain di fikiran saya. Yang pertamanya, bagaimana Aisyah boleh terinspirasi membuat zine Khabar Surat Khabar?

Sebenarnya asalnya saya membaca buku Austin Kleon yang mengeluarkan buku Steal Like An Artist. Daripada buku itu saya terbaca mengenai newspaper blackout dan websitenya. Dia ada mengajak semua pembaca seluruh dunia untuk hantar blackout poetry yang sudah dibuat. Saya tidak menghantar blackout poetry tetapi saya e-mel kepada dia mengatakan apresiasi saya dan terinspirasi dengannya.

Pertama kali saya cuba buat tetapi tiada kolerasi antara satu sama lain. Saya rasa give up dan macam dah tak nak buat.

Sewaktu berhenti mengajar, saya ada membawa banyak surat khabar yang berlebihan semasa kelas pendidikan seni. Bila nampak surat khabar yang banyak, saya terfikir untuk teruskan aktiviti itu.

Saya bermula dengan artikel Jalan Ini Tidak Mudah. Saya terfikir, lain orang dapat artikel yang sama tetapi akan bulatkan perkataan yang berbeza. Perkara ini yang menariknya.

Saya pilih perkataan yang paling dekat dengan saya. Bukan untuk jadikannya the perfect poem. Contohnya dalam puisi ini  No TV, No Radio, No Neighbour Nor Friend

He

couldn’t afford

to

know who Britney Spears was.

Sebab masa saya darjah 3, keluarga saya jatuh. Nak tengok TV pun susah, sedangkan masa itu kawan-kawan sudah ada CD Player. Saya tak tahu pun siapa Britney Spears sehingga cikgu bertanya di sekolah, who is your favourite singer? Ramai-ramai kata Britney Spears. Oh Britney Spears seorang penyanyi.

Jadi semua dalam buku ini personal kepada sayalah.

Sangat menarik sebab kalau dibaca dari buku ini, judulnya menggambarkan puisi ini. Ia menjadikannya lebih menarik untuk dibaca. Kadangkala ada puisi yang berdiri sendiri tak kuat, tetapi apabila disokong oleh judul yang kuat, menjadikannya make sense. Adakah sudah pilih judul siap-siap dan cari perkataan yang sesuai atau puisinya dipilih kemudian barulah dipilih judul. Macam mana menamakan puisi dalam Khabar Surat Khabar?

Untuk ini, judulnya tidak pernah muncul dulu. Semuanya dari artikel. Masa saya nak susun, macam ada lubang dan kosong dan tak stand sangat. Saya fikir macam mana nak relate. Lepas itu abang ipar, Hafiz Zainuddin mencadangkan supaya memberi penjelasan, seperti puisi ini tentang apa. Saya sudah buat dan tulis penerangan puisi itu, saya sedar saya tidak mahu ia jadi begitu. Saya pun buka balik website Austin Kleon dan melihat bagaimana mereka meminta pendapatnya. Dari situ, dia mengatakan, You could actually name it, when you read it, what in your mind that relates. Kemudian saya membaca semula artikel itu, saya menamakannya.

Masa saya pilih itu, saya menggunakan akhbar Metro, Berita Harian, The Star dan Majalah Harmoni, Mingguan Wanita. Pada mulanya, saya pergi ke artikel yang pendek, ada tak word yang saya suka, seperti hati. Ada satu masalah masa itu. Ada berita tentang kemalangan jalan raya dan semuanya meninggal dunia kecuali dia. Tapi saya tak sedar semua itu, selepas saya kotakkan perkataan yang saya pilih, artikel itu membawa mood gembira sedangkan cerita asalnya sedih.

wp-1465290056988.jpeg
Aisyah menunjukkan draf asal Khabar Surat Khabar kepada pembeli

wp-1465290040009.jpeg

Aisyah takut ia out of context ke? Kenapa tidak mahu out of context?

Memang ada yang lari dengan artikel asal. Idea asalnya adalah saya nak bulatkan sahaja perkataan yang dipilih dan biarkan ia terbit tanpa dihitamkan. Tetapi ada satu artikel itu, tentang kemalangan dan kematian dan puisi itu pula moodnya happy. Jadi bila saya baca balik, saya jadi sedih. Sebab itu, saya membuatkan keputusan untuk menghitamkan semua perkataan yang tidak dipilih supaya maksud puisi itu sampai dan tidak out of context. Sebenarnya ada orang bertanya tentang hal ini, kenapa saya tak bulatkan sahaja, supaya apabila mereka membaca mereka boleh membuat perbandingan. Mereka bertanya kenapa saya hitamkan semua?

Adakah kerana apabila Aisyah ‘mencuri’ artikel itu menjadi puisi Aisyah, Aisyah mahu ia berdiri sendiri tanpa ada pergantungan dengan artikel dan context asal?

Sebenarnya ada yang bergantung sikit. Cuma satu sahaja yang saya tidak mahu masukkan kerana apabila saya baca balik, seolah-olah saya tidak bersimpati dengan nasib anak yang kehilangan ibu bapanya dan tinggal sebatang kara.

Sebab itu saya decide gelapkannya semua, Contohnya puisi Di Ipoh, Saya Disorongkan Cinta, ia adalah daripada artikel yang menceritakan tentang perpindahan seseorang ke Ipoh, dan dia berasa murung kerana tiada kenal sesiapa dan hidupnya murung. Tetapi bila kita baca puisi yang terhasil daripada artikel ini, moodnya pun sudah lain.

Saya rasa saya tidak bergantung sepenuhnya walaupun ada.

Apabila Aisyah membuat blackout poetry, sudah memilih dan menyusunnya sehingga menjadi sebuah buku, walaupun pada mulanya tidak berniat menjadikannya sebuah puisi, tetapi akhirnya ia menjadi suara Aisyah juga? Walaupun perkataan asalnya diambil daripada artikel dan tulisan orang lain? Aisyah pun telah terbitkan kumpulan puisi persendirian Uno (2015), Khabar Surat Khabar pula pada tahun 2016, adakah ini satu percubaan eksperimental untuk melihat suara kepenyairan Aisyah?

Ya, betul. Memang diakui.

Pada awalnya, saya merasakan ia sebuah teknik yang menarik. Sebab selama ini, apabila menulis puisi, saya bermula dengan kertas yang kosong, memang daripada saya sepenuhnya. Saya pun mencabar diri untuk melihat suara saya ini bagaimana? Apabila diambil daripada artikel orang lain. Adakah suara saya akan hilang? Tetapi saya rasa hal ini peribadi. Sebab kalau saya bagi artikel yang sama kepada Ainunl, mungkin perkataan yang berbeza yang akan dipilih sebab kita akan pilih perkataan yang paling kita suka.

Ada orang kata, apabila kita menghasilkan sesuatu puisi/sajak, ia akan memberi kesan yang berbeza kepada setiap pembaca. Apakah selepas Aisyah membuat aktiviti ini, ia seperti membenarkan bahawa semua orang akan memberikan rasa yang berbeza kepada suatu benda. Seperti contoh, kita menghasilkan puisi yang bernada sedih tetapi mungkin pembaca mentafsirkan berbeza berbanding maksud asalnya?

Memang sangat setuju dengan apa yang Ainunl cakap. Ia telah rangkumkan semua. Sebab pengalaman daripada buku-buku yang lepas, pembaca datang dan ingin bertanya kisah di sebalik sesebuah sajak. Mereka berkongsi perasaan yang dibaca apabila membaca sesetengah sajak saya. Saya kata, its okey, its what you feel, ia bukan salah atau betul. Itu cara mereka mentafsirkan puisi itu. Sebab kita berbeza, latar belakang pun berbeza jadi penerimaan kepada sesuatu hal pun berbeza.

Contohnya dalam puisinya To My Husband

One way

To look

At you

Is to look at

Kodak

 

Mungkin sesetengah orang rasa, kenapa Kodak? Sebab ini sangat personal, sebab ini pasal Kodak dah nak tutup. Kepada sesiapa yang tahu, suami saya memang kerjanya memproses filem, menangkap gambar hitam putih. Jadi untuk yang tahu akan memahaminya puisi ini, untuk yang tidak mesti rasa eh kenapa Kodak? Tak boleh relate.

Mungkin tanpa Aisyah sedari, karakter Aisyah yang membenarkan orang untuk mentafsirkan apa sahaja tentang puisi Aisyah menyebabkan Aisyah memilih untuk menghitamkan perkataan yang tidak dipilih secara psikologinya? Sebab Aisyah tak nak pembaca terkongkong dengan artikel asal dan bebas untuk mentafsir tulisan.

Oh, you point it out. Memang betullah (ketawa)

Apakah puisi kegemaran Aisyah?

Puisi yang menjadi cover buku ini. Sebenarnya masa itu masa sudah singkat, jadi saya minta Mei yang pilih, saja nak tengok pilihan dia. Dia pilih puisi ini. Judulnya Don’t Control.

Let

Love

Making noise

Out of hand

And

Arguing between yourself

Kadangkala kita selalu rasa bila kita nampak adanya perbalahan antara dua orang, suami isteri, kita rasa tidak ada cinta masa itu. Bila mereka pegang tangan, sayang menyayangi, kita rasa ketika itu adanya cinta, sedangkan kalau tengah pergaduhan tiada rasa cinta antara keduanya. Saya pun ada terfikir begitu, kadangkala. Sedang cinta hadir dalam chaos. Bagaimana awak boleh marahkan seseorang jika tiada rasa cinta dan mengambil berat kepadanya? Kadangkala kita terlalu mengawalnya. Inginkan cinta itu jadi begini dan begitu. Macam mana pula kalau love is out of control in our hand?

Cinta itu seperti sebuah pulau, kadangkala di tengah pulau itu tenang sahaja, tetapi di pesisiran pantainya atau di laut dalamnya tidak begitu tenang, ada pergolakan, ombak kuat dan sebagainya. Semua itu kan sebahagian dan membentuk pulau itu, bukan di tengahnya sahaja. Macam itulah cinta yang saya fikirkan. (ketawa)

Adakah Aisyah mencadangkan teknik ini kepada penulis lain?

Ya, sangat cadangkan orang untuk buat. Pertama untuk mengenal suara kita. Kedua, kalau penulis yang sudah biasa menulis novel, cerpen dan puisi, mungkin boleh gunakan teknik ini. Sebab bagaimana dalam keadaan kita tidak boleh menulis, apakah prkataan yang kita akan pilih. Sebab kita sedang memilih daripada perkataan orang lain. Saya pernah ada perbincangan dengan suami. Kadangkala orang akan melihat perkataan negatif dahulu, seperti marah, berang, jatuh, sakit. Ada yang melihat perkataan yang positif dulu, cinta, sayang, rindu. Sebab itu bila puisi itu sudah siap, akan nampak yang indah-indah sahaja. Daripada situ kita akan melihat how realistic are you?

Kadangkala semasa awak buat, awak tak jumpa perkataan yang suka dan awak berhenti membuat petikan itu, sedangkan saya tak? Saya teruskan sahaja walaupun ia tidak sedap dan tak grammatically correct.

Mungkin sebab awak menyenangi ketidaksempurnaan? (Sama-sama tertawa)

Hahaha, mungkin ya.

Ada kalanya saya tidak memilih perkataan pertama dahulu, contoh dalam puisi To My Husband. Saya pilih perkataan Kodak dahulu, barulah saya memilih perkataan yang saya suka dan mempunyai kolerasi di antaranya. Ia boleh bermula dengan perkataan pertama atau di tengah atau yang terakhir. Tiada peraturan untuk itu.

Ainunl patut cuba, sebab saya teringin nak orang seperti Wan Nor Azriq ke Ridhwan Saidi ke menggunakan teknik ini daripada artikel yang sama. Sebab nak tahu perkataan apa yang mereka akan pilih.

ru9hpdu3
Aisyah Rais

Nota: Khabar Surat Khabar atau buku Aisyah Rais yang lainnya boleh dibeli di Bilik Darjah  Hanya berharga RM10.00 sahaja. Aisyah Rais juga akan tampil dengan kumpulan puisi barunya, Li (2016)

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s