Nota Editor: Editor Menangis di Pagi Hari


“Slm.cik ainol moyanh ke? Saya _____.sy nk hntr skrip mcm mana?”

Pagi hari menerima mesej macam ini boleh buat editor menangis tepi bucu meja.

Mesej atau ayat pertama penulis kepada editor sangat penting. Editor boleh imbas sikap, perangai, kedivaan, malah kualiti manuskrip yang diterima melalui ayat pertama mereka melalui mesej/e-mel mahu pun panggilan telefon. Nilai pandang pertama katanya.

Kalau mesej begini sampai, agak-agak apa yang bermain dalam fikiran editor?

Ejaan kontot, tak ada jarak selepas titik, tidak gunakan ejaan penuh, mesej yang ingin ditanya tidak sampai, itu belum campur ejaan nama yang salah lagi. Mujur dia perkenalkan nama. Jadi kita dah boleh bayangkan manuskrip yang bakal kita terima serupa itu jugalah.

“Srry,syew x trima skrip awqq”

Nak sahaja saya balas seperti ayat di atas! Muhahaha.

Nota: Dari status Facebook

Advertisements

2 thoughts on “Nota Editor: Editor Menangis di Pagi Hari”

  1. Salam. Ainul, saya tak boleh tahan, tergelak membaca “cik ainol moyan”…haha. Selayang pandang kelihatan seperti “cik ainol meroyan…”

    Menjadi editor memang menyeronokkan. Kita berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, tak terkecuali penulis. Semua kerenah mereka menuntut kesabaran. Apatah lagi pada zaman semua orang mahu ringkas dan cepat ini, semua benda hendak diringkascepatkan tanpa menghiraukan sama ada itu santai atau rasmi.

    Barangkali, eloklah sesekali mereka disekolahkan supaya sedar.

    Selamat maju jaya, Ainul, dan selamat menjalani ujian kesabaran.

    Like

    1. Itulah kak, pertama kali saya baca, saya ingatkan ainol moyang, atau mungkin ada SMS dari scammer. Rupanya dari penulis.

      Kadangkala kita perlu berlapang dada juga, mungkin dia penulis yang lebih berusia tidak biasa dengan teknologi, cuma nama pun menulis, takkanlah menaip pun sedemikian rupa, kadangkala dokumenkan peristiwa begini, jadi pengajaran dan pedoman kepada penulis lain juga 🙂

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s