Perbualan Tengah Hari Dengan WNA


Saya sedang enak menikmati nasi panas dan ayam goreng berlada di Restoran Saribu bersama WNA. Entah mengapa hari ini dia mengambil ayam bakar, selalunya daging dendeng. Mungkin kerana harganya yang mahal.

Sudah hampir seminggu dia demam teruk, jadi bawa makan tengah hari ini salah satu kebahagiaan jugalah. Apatah lagi, dia hanya tahu makan nasi campur di restoran minang bukan di gerai nasi campur lain. Saya pun tak tahu apa yang beza nasi dua kedai ini, nampak sama saja di perut saya.

“I tengok siri The Crown hari ni. Pasal Ratu Elizebeth” kata WNA. Ya, kami baru beli TV dan sengaja langgan Netflix (sebab tak ada Astro) Saya pun sudah lama nak tengok The Crown tapi saya risau ketagih, kalau sudah tersuka sesuatu siri TV.

“Baru zaman awal dia naik takhta. Fokus konflik antara ratu muda dan perdana menteri berusia.”

“Siapa?”

“Churchill. Winston Churchill.”

“Oh, yang ada di Dunkirk tu?”

Walaupun saya sejenis suka bercerita tetapi kadangkala saya suka WNA bercerita tentang apa-apa yang dia baca, tentang apa yang dia tahu. Dia kata Churchill itu macam Mahathir kot. Jadi Perdana Menteri kali kedua.

“You rasa apa ciri negarawan yang bagus? Macam Churchill tu ke? Susah kan nak jadi pemimpin nak disenangi semua orang. Sebab macam tak mungkin saja. Terutamanya dalam negara yang diversiti. Kadangkala seorang pemimpin tu jadi mudah disenangi rakyat, tetapi tiada daya kepimpinan. Mana lebih penting? Jadi mudah senangi tapi tak tahu memimpin atau sebaliknya?” saya bertanya sambil mengaut sambal hijau. Sedap, pedasnya sederhana sahaja.

WNA kata, kalau nak jadi negarawan yang bagus, dia mesti seorang yang konservatif dulu, yang memikirkan hal-hal negara, apa yang terbaik untuk negaranya sebelum hal-hal lain. Walaupun ia bukan pilihan yang popular.

Winston Churchill itu pernah menang Hadiah Nobel, Kesusasteraan. Ucapannya semua dibuat sendiri tulisan tangan, bukunya mungkin dekat 50 dan pandai melukis. Dia selalu diingati sebagai orang yang menyelamatkan Britain masa krisis Perang Dunia Kedua. Tambah WNA yang juga sudah selesai makan ayam bakarnya.

Kami cepat-cepat bergegas keluar. Baki waktu rehat tinggal sedikit. WNA membayar harga makan si restoran Saribu, yang pada hemat saya tentu sekali lebih mahal dari makan tengah hari di gerai nasi campur kesukaan saya. Entah kenapa, makanan nasi padang selalu sahaja lebih mahal dari kedai biasa.

Tetapi saya juga ingin belajar jadi negarawan yang baik, berdiplomasi dan berkompromi, yang mengikut WNA makan di restoran pilihannya, walaupun sedikit mahal. Daripada dia menemani saya makan nasi campur, dan dia sekadar minum sirap limau sahaja.

Advertisements

2 thoughts on “Perbualan Tengah Hari Dengan WNA”

  1. Salam ainul. Lama saya tidak singgah di sini. Menarik tulisan ainul kali ini. Benar, kompromi. Toleransi. Tapi jika benar-benar faham erti tolak dan ansur, maka kita akan bersifat tolak ansur dalam kehidupan. Begitu juga dengan kata-kata belas dan ihsan atau kasihan. Jika kita menghayati ketia-tiga kata itu, maka kita akan memandang semua orang di sekeliling kita dengan belas ihsan atau belas kasihan.

    Ah, relevankah apa-apa yang saya sebutkan ini dengan entri yang ainul tuliskan? Mungkin ya, mungkin tidak. Persepsi. Jumpa lagi.

    Like

    1. Kak, belas, ihdan dan kasihan adalah sesuatu yang semakn hilang dalam kehidupan kita. Sebab orang selalu rasa dia nak jaga hak dia sampai dia lupa bahawa setiap orang ada hak masing-masing. Begitulah kak. Kalau kita berkompromi, hari ini hari awak, hari lusa hari saya pula. Masing-masing dapat sikit sikit daripada tiada. Tapi fikiran ini macam terlalu ideal pula kan?

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s