Dalam Diriku


Menggilai warna ungu setulus hati serta warna biru simbolik refleksi orang yang berbeza. BIRUNGU. Sedikit rona romantis dalam diri.

Selamat datang ke dunia kecil yang melayahkan warna-warna biru ungu di jemari hujan yang berderai sayu. Dunia nyanyian hujan.

Ingin hubungi saya?

ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com.

Boleh ajak bercanda, berkencan ataupun belanja makan. 😉

Benarkah?

“Kita begitu berbeza dalam semua kecuali dalam cinta?”


66 thoughts on “Dalam Diriku

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan. 🙂

    Oh, BIRUNGU…..dua-dua pun warna yang menarik, penuh dengan maksud tersendiri.

    Tapi, bila hujan dah tak nampak la biru langit tu. 😉

    Like

  2. sebab nyanyian hujan diwujudkan atas unsur paradoks.birungu warna yang cantik tetapi bila waktu mendung akan diganti dengan nyanyian hujan yang juga cantik..

    haha

    (pening-pening)

    Like

  3. pengin jadi penulis ya…?
    sama, dlu saya juga pengin jadi penulis. klo bs seperti chairil anwar. hidup dg mengandalkan tulisan. tapi tak tahu kenapa, tiba2 jalan berubah. ya…bersyukur saja. mungkin ini jalan terbaik untuk saya. tapi tetap saja, saya masih suka menulis. sekedar merefleksi kehidupan…

    Like

  4. cik bayu, mmg kepingin menjadi penulis. mengekspresi apa yang kita rasa..
    tetapi memilih bidang lain pun tak menghalang untuk kita menulis..
    saya pun tidak memilih bidang penulisan, tetapi ingin benar aktif dan menyumbang sesuatu untuk dunia penulisan kita..

    yang penting.. usaha-usaha-usaha

    Like

  5. Saya boleh andaikan yang empunya blog ini
    1.seorang yang dikira pendiam jika tidak mengenalinya.
    2.lebih suka meluahkan apa2 dalam bentuk tulisan daripada kata2.
    3.tidak terlalu feminin (barangkali)- ada sedikit unsur maskulin dalam dirinya.
    BEtul tak tekaan saya?

    Like

    1. Ainunl, bagi aku semua di atas adalah tidak tepat langsung! Haha.

      1. Aku rasa kau senang sahaja beramah dengan orang. Ingat lagi pertama kali kita bertemu?
      2. Kau juga suka sangat berborak dengan aku berjam-jam lamanya kan3?
      3. Kau feminis. jangan bohong! :p

      Like

      1. Filzah : 1. ya, aku memang peramah. (kena mengaku sebab dah ada bukti )
        2. Haha.. aku borak untuk hiburkanhati kau dan aku juga.. hihi (terkantoi disitu)
        3. Mana ada! haha

        Like

  6. haha..
    mungkin..
    1) pendiam? haha..kenali saya dahulu. baru tahu tahap betapa pendiamnya saya
    2)lebih kurang.. suka menulis biarpun kadang-kala pemalasnya minta ampun
    3)tidak terlalu feminin? yes.. yes betul sekali.. hehe

    Like

  7. Hahah Saya tahu kerana dalam diri kamu ada persamaan seperti diri saya.
    Yang no 1- pandangan orang sepintas lalu pada yang masih tidak mengenalimu.

    Like

  8. assalamualaikum,.. salam kenal. Senangnya bisa berkunjung di blog anda, berbeza bahasa namun tetep dimengerti, tulisan2nya menyenangkan.. ohya, saya beri saran boleh ya.. masalah alamat email anda di atas, elok kalo anda samarkan saja, misal: ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com, jangan gunakan alamat aslinya kerna bisa terlacak mesin spammer nantinya. Sekian ^^

    Like

  9. jom tukar2 link..anda di pautan saya

    p/s: laskar pelangi macam tak masuk malaysia, sbb dibikin dgn bajet sikit. tapi di indonesia, dgr khabar meletup,
    prof naim dari usim kata filem dia bagus.

    Like

  10. salam cik ainunl…
    tertarik dengan komen cik ainunl tentang novel laskar pelangi
    saya ke jakarta dan acheh bulan lepas dan dikesempatan itu saya cuba cari kesemua siri buku tersebut.
    tapi rezeki saya setakat Maryamah karpov yang cik ainunl inginkan. saya gagal dapatkan 3 siri terawal.
    kalau boleh saya tanya, di malaysia memang sudah ada di pasaran ke? kalau boleh, saya ingin tahu di kedai yang mana.
    terima kasih banyak. oh ya, biru~ungu memang menarik.

    Like

    1. NAdiah : terima kasih keran sudi datang di blog ini.
      Di malaysia sememangnya telah menjual 3 siri terawal dalam tetralogi laskar pelangi iaitu, laskar pelangi, sang pemimpi dan endensor. boleh di dapatlan di mana-mana kedai buku yang menjuall terbitan pts. saya akan email secara peribadi kepada nadiah ya

      Like

  11. Aku begitu mensyukuri nikmat Tuhan ketika di beri Hujan..
    bau tanah, suara gemiricik.. senda gurau alam yang meneduhkan hati.
    Tidak banyak orang yang menyukai hujan bukan?

    Salam kenal,

    Like

  12. Inadwiana : tidak banyak yang menyukainya tetapi masih banyak juga yang menyenanginya. Banyak puisi yang terinspirasi dengan bau hujan, denting titisnya.

    Hujan membawa banyak makna dan cerita.

    Like

  13. saya suka semua tentang tulisan kamu.
    saya suka benar tentang gaya penulisan kamu.
    saya suka cara kamu membahaskan apa yang kamu suarakan.
    sungguh dan sumpah..saya begitu tertarik dengan blog kamu ini.

    Like

    1. Tabir Khaizuran : Aduh, saya juga masih baru belajar ni, jadi bagaimana mahu memberi komentar karya orang lain 🙂

      tetapi kalau kamu mahu mendengar komentar saya, harus sediakan jiwa yang tebal dan sabar kerana kalau saya sudah komentar, tiada berhati-hati lagi menjaga hati ya..

      Kamu mahu?

      Like

  14. saya sudah biasa dikritik..kalau itu yang membuatkan karya saya semakin bermutu..apa slhnya..sekurang-kurangnya awk sudah beberapa ela dihadapan..dan sy masih merangkak..kalau sudi bertiahulah bagaimana cara yg selesa bg awk utk memberi komentar tersebut..

    Like

  15. Aslmkummmm…
    Saudara sya ingin bertanya jika ada terlebih meng’copy’nya filem Laskar Pelangi tuu boleh tak menjual kepada saya…sebenarnya dh lama mencari cerita (Movie) ni….n jawapannya seperti yg sedia maklum…”Hampa dan Hampass”…..

    Jika ada juallah hasil copy atau apa saja agar saya boleh menonton Filem Laskar Pelangi…
    Sekarang kuar pula filem baru ‘Sang Pemimpi’….hahaha..mungkin juga sebagai mimpi juga kepada saya untuk memiliki….TQ…wasalammm

    Like

    1. Fauzi Murad : Ya, tentu sahaja saya sangat berbeza hati mahu berkongsi filem ini dengan awak. Tinggalkan alamat di inbox gmail saya, insyaAllah saya akan pos dalam masa terdekat 🙂

      Like

  16. salam ziarah.. tahniah, semoga terus cemerlang dengan karya2 yang menarik…
    semoga mpr menjadi wadah untuk terus berkarya..

    Like

Tinggalkan komen