Borak Buku Khas: From Bandung With Love


Borak Penulis Muda KL-Bandung

Ya, saya tahu poster ini lambat diuar-uarkan, tetapi saya pun dapat maklumat sedikit lewat. Tetapi tiada apa yang terlewat kan selagi belum masanya. 🙂 Jemput datang acara Borak Buku Khas: Borak Penulis Muda Bandung-KL.

Tetamu dari Bandung ini merupakan penulis-penulis muda yang sebahagian merupakan yang aktif terlibat dalam aktiviti penulisan di sana.

Mari kita berkumpul dan bertukar pandang tentang dua dunia yang berkongsi cinta dan ranah yang sama.

 

Acara: Puiteaka 0.4


12472405_1553457674945776_2493319923720550283_n.jpg

Saya teringat semasa ke Puiteaka 0.1 tahun lalu di Kota Damansara, acara pada hari biasa, Khamis, malam, dan di Kota Damansara yang jauh dari pengangkutan awam, ciri-ciri yang selalunya akan buat orang malas nak pergi ke acara ini yang tidak menepati formula: hujung minggu, pengangkutan awam dan siang.

Tapi sesiapa yang pernah pergi akan tahu betapa ramainya orang sampai sendat padat dalam tea house yang biasanya lengang. Mungkinkah pengaruh penganjurnya, Kak Fazleena yang cantik manis itu? Ewaaah.

Kalau yang masih baru dalam acara ini, Puiteaka merupakan sebuah acara seni persembahan yang diadakan di sebuah kafe bagi meraikan sastera, seni dan budaya secara intim dan mesra. Dahulu di Kota Damansara, kini di Kafe Gajah Tiga, Taman Maluri Cheras.

Dan kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di sana pada hari kejadian. Kalau tengok persembahan lepas, hebat-hebat bakat mereka ini, rasa sedikit gementar pula 🙂 Apatah lagi dengan pengacara kegemaran ramai, Aloy Paradoks, atau lebih dikenali sbeagai Adam dalam cerita Teman Lelaki Upahan. (yang ada Ungku Ismail ituuu)

Jadi jemputlah datang persembahan Khamis ini, jam 8.30 malam. Saya telah krafkan sebuah persembahan yang sesuai sekali hanya untuk dibacakan di kafe. Ia berkisah tentang watak-watak yang selalu minum di kafe, tentang penantian, penafian dan perpisahan. Hahaha.

 

Teater: Macbeth – Saya Telah Bermimpi dan Saya Harus Membunuh


macbeth-724x1024

Daripada ramalan, rupa-rupanya boleh menimbulkan keinginan-keinginan yang tertanam dalam hati, dan di situlah ibu kepada segala kejahatan di dalam kisah hidup Macbeth.

Di Kotak Hitam ASWARA, penonton dibawa melihat tragedi kejatuhan seorang lelaki kerana seorang wanita. Walaupun ramai yang mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya, tetapi di sebalik kejatuhannya juga, tetap kerana seorang perempuan. Walaupun Macbeth yang mendengar ramalan daripada ahli sihir, tetapi hatinya masih tetap ragu, masih tidak mahu percaya biarpun sudah ditunjukkan bukti. Tetapi kerana dia berkongsi ramalan itu bersama isterinya, di mana Lady Macbeth telah menggoda dan memujuk kelakian Macbeth untuk membunuh raja itu bagi mendaki puncak dengan lebih tinggi. Kerana ingin memuaskan keinginan besar Lady Macbeth, Macbeth telah menggadaikan kesetiaannya, kemuliaannya sebagai perwira, dengan menikam raja itu dalam tidur. Sebenarnya itu telah menunjukkan tanda kebaculan. Seorang lelaki yang berani, pasti mengajak beradu untuk merebut kekuasaan. Tetapi Macbeth hanya berani menikam sewaktu musuh dalam tidur, yang menurut Lady Macbeth, tiada bezanya antara tidur dan mati. Dari situ bermulalah kehidupan Macbeth dan Lady Macbeth sebagai raja, tetapi hati meeka tidak tenang, tidur mereka tidak pernah lena. Mereka perlu untuk mengekalkan kuasa dan satu pembunuhan membawa ke satu pembunuhan yang lain.

Dan sebuah negara porak peranda kerana ingin mencapai hasrat seorang wanita. Bunyinya seperti familiar sahaja kan?

Pementasan teater Macbeth di ASWARA pada minggu ini sempena pemergian 400 tahun pengarang kesayangan Tanah Ratu itu begitu dinantikan semenjak melihat posternya pada bulan Disember lagi. Dan saya fikir, pementasan teater ini juga telah memperkayakan perbendaharaan teater apabila naskhah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan bahasanya begitu puitis. Kebetulan, saya berkesempatan menonton filem Macbeth yang begitu dramatik.

Ketika menonton teater ini, saya tidak boleh tidak melihatnya juga sebagai satu bingkai daripada situasi negara yang saya sayangi, seperti kata Macduff, Celakalah negara yang sejahtera ini di bawah Macbeth. Dan betapa, jika kita hendak mencapai cita-cita dengan cara mengorbankan orang lain, jangan pula kita fikir, kita tidak akan berterusan mencipta korban dan ketika itu sudah tiada jalan untuk berpaling, dan harus berjalan terus ke depan, berterusan melakukan kesilapan.

Dan betapa sebagai perempuan, saya jadi menginsafi diri. Kerana lebihnya nafsu dalam diri sering mendorong untuk kita meminta pasangan melakukan hal-hal yang tidak teringini. Hanya demi mencapai matlamat yang akhirnya merosakkan diri. Dan saya berdoa, saya tidak menjadi Lady Macbeth yang meracuni fikiran dan kewarasan lelaki.

Setiap keinginan demi keinginan yang diperoleh bukan melalui jalan benar, pasti punya harga yang sangat besar untuk membayarnya.

 

 

Senarai Acara Sastera Pada Hujung Minggu yang Hening (11-13 Disember 2015)


Baiklah sepanjang minggu ini saya memang sibuk terlibat dan mengendalikan acara seni dan sastera. Ingat nak buat entiti satu satu tapi tak sempat. Jadi saya rangkumkan dalam satu entri, mengikut hari dan masa. Jemput hadir ya

1) Program Alumni MPR Perkongsian Ilmu bersama Fahd Razy

image

Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Tingkat 31, DBP Kuala Lumpur
Masa: 10.00 pagi-12.00 tengah
Tarikh: 11 Disember 2015

2) Malam Puisi Warisan ASWARA

  
Bila tengok poster, cantiknyaaaaa. Jadi, saya akan baca puisi bertemakan bulan sempena bulan senyum dalam poster.

3) Malam Baca Puisi GKLN/UIA dan pelancaran antologi Melompat Keluar dari Mimpiimage

image

Ada sebuah puisi saya telah dipilih oleh Fahd Razy berjudul ‘Jauh Dari Halaman Rumah’ untuk dimasukkan dalam antologi Melompat Keluar Dari Mimpi. Majlis pelancarannya akan diadakan di UIA seperti berikut

Tempat: Hs Square UIAM

Masa: 8.30 Malam

Tarikh: 11 Disember 2015/Jumaat

MELOMPAT KELUAR DARI MIMPI

Kompilasi puisi, cerpen, dan lakaran 71 orang penulis dari pelbagai latar termasuk aktivis kemanusiaan, pensyarah, doktor, jurutera, penulis, pemuzik, budayawan, karyawan, selebriti, pendakwah, pelajar, blogger, dj radio, wartawan, dan banyak lagi.

Menyentuh pelbagai isu dan kemelut sosial, politik, dan ekonomi setempat dan global dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan.

Whatsapp GKLN 0172734065 atau 0145389866 untuk tempahan.

4) Dalam Galeri Siri 2: Puisi Gelombang Baru 

  

Projek Rabak mempersembahkan

‪#‎DALAMGALERI‬ SIRI 2: Puisi Gelombang Baru

sebuah discussion intim

Jack Malik (moderator)

Wani Ardy

Ainunl Muaiyanah

Azhar Ibrahim
12 Disember 2015

Sabtu, 3 petang

‪#‎ProjekRabakGallery‬

3.39, 2nd Floor, Wisma Central, 50450, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masuk + ilmu percuma!

5) Kata Pengarang Kata Pembaca

  
6) Bicara Karya & Sikap Zurinah Hassan

  

Acara: Pelancaran Melompat Keluar dari Mimpi


12299119_1674483622798692_2190581698253929296_n

Saya rasa tahun ini saya tidak prolifik menulis, maksudnya dengan secara besar-besaran. Tahun yang sangat sibuk, menulis novel, mengendalikan beberapa projek kecil, projek penerbitan yang khas dan biasa. Tapi apabila Fahd Razy meminta sebuah puisi untuk dimasukkan ke dalam projek terbaru GKLM (Grup Karyawan Luar Negara), maka saya tidak berkata tidak. Puisi saya, “Jauh dari Halaman Rumah” dimasukkan bersama-sama 70 tokoh dan penulis tersohor tanah air.

Jemput datang majlis pelancarannya ya, di UIAM, Jumaat malam Sabtu.

Saya kongsikan pesanan penerbit.

…….

MELOMPAT KELUAR DARI MIMPI!

Antologi cerpen, puisi, dan lakaran yang mengambil tema ‘kemanusiaan’ dan ‘keamanan’ sedang menunggu untuk dicetak!

Jangan lupa pelancarannya pada 11 Disember di UIAM.
Paling penting jangan lupa mendapatkannya!

(Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada NGO Humanitarian yang dipilih)

Senarai penulis ‘Melompat Keluar Dari Mimpi’ (ada nama ‘familiar’ tak?)

1) SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan
2) Datuk Dr Awang Sariyan
3) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
4) Mohd Khair Ngadiron
5) Dr Suhazeli Abdullah
6) Ustaz Pahrol Mohd Juoi
7) Ustazah Norhafizah Musa
8) Muhammad Lutfi Ishak
9) Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
10) Amni Jagat
11) Hairul Anuar Harun
12) Ustaz Fauwaz Fadzil Noor
13) Karl Agan
14) Dj Syafiq Zulakifli
15) Bonda Nor
16) SM Zakir
17) Dr Irwan Abu Bakar
18) Siti Mawar Abadi
19) Wani Ardy
20) Syeraho
21) Nimoiz T.Y
22) Ummu Hani Abu Hassan
23) MizzNina
24) Zaen Kasturi
25) Shahkang
26) Faisal Tehrani
27) Bahruddin Bekri
28) Sinaganaga
29) Nadir Al-Nuri
30) Dr Muhaimin Sulam
31) Firuz Akhtar Lubis
32) Iwan Reaz
33) Kameelia Kameel
34) Hami Asraff
35) Aiman Azlan
36) MS Naufal
37) Muhammad Azzam Anwar
38) Nur Ain Husna Johan
39) Dr Shafiq Said
40) Dr Khairil Idham Ismail
41) Hisyam Ahmad
42) Nurul Hidayu Muhammad Hatta
43) Munirah Ghzali
44) Amin Azhar
45) Saza S
46) Raehan Intisor
47) Faris Nafiah
48) Balqis Azhar
49) Ainunl Muaiyanah Sulaiman
50) Dr Adibah Abdullah
51) Aiman Hamzah
52) Nurul Diyana Azizan
53) Siddiq Osman
54) Za’im Yusoff
55) Auriss Haira’
56) Norfazleen Rosley
57) Noor Amirah Amirmudin
58) Rasydan Fitri
59) Kymioflario
60) Muhammad Bazli Rasli
61) Siti Aina Nurina
62) Nur Ain Najwa Othman
63) Zulhafeez Ahmad Zahidi
64) Hazirah Halul
65) Faiz Nazim
66) Faisal Mat Zawi
67) Khadijah Khalilah Abdul Rashid
68) Muzaf Ahmad
69) Muhammad Thaqif
70) Haniff Nasir
71) Fahd Razy

Acara: #DalamGaleri Siri 2: Puisi Gelombang Baru


dalam galeri

Mulai minggu depan, jadual saya penuh sekali denagn pelbagai acara yang mana saya terlibat dan melibatkan diri. Jadi saya akan kongsikan satu per satu acara sepanjang minggu depan ya.
・・・
Projek Rabak mempersembahkan

‪#‎DALAMGALERI‬ SIRI 2: Puisi Gelombang Baru

sebuah discussion intim

Jack Malik (moderator)
Wani Ardy
Ainunl Muaiyanah
Azhar Ibrahim

12 Disember 2015
Sabtu, 3 petang
‪#‎ProjekRabakGallery‬

3.39, 2nd Floor, Wisma Central, 50450, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masuk + ilmu percuma!

Nota:

  1. Wisma Central ini betul-betul sebelah KLCC, berhadapan sipi dengan Avenue K. Wisma ini tampak rendang sahaja, depannya ada kedai mamak, kedai jual kereta. Ia sebuah bangunan lama yang ikonik. Waze dan Google akan membantu anda semua menemui saya di sana 🙂
  2. Kali ini saya bergandingan dengan penyair idaman hati, Wani Ardy yang popular dengan buku Langit Vanilla & Mesin Cahaya Masa dan juga Azhar Ibrahim yang baru sahaja berumah dan bertangga. Azhar Ibrahim atau nama di twitter, , orang penting di sebalik Zine Satu Malam, @zinesatumalam
  3. Topik Puisi Gelombang Baru buat saya teringat buku Usman Awang: Gelombang dan juga puisinya Kekasih, akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu. 🙂

K-PaP: Kata Pengarang Kata Pembaca (Pascasejarah & Meski Jauh Dibatasi Bumi)


12183755_965680456803595_3218711817799567169_o

Kepada pembaca blog saya yang budiman, saya jemput ke acara Kata Pengarang, Kata Pembaca atau nama popularnya Kpap.

Acara ini adalah sebuah acara bual bicara antara pengarang dan pembaca buku dalam satu sesi yang santai. Dalam sesi ini, pengarang akan berkongsi proses kreatif dan pembaca akan membicarakan pengalaman membaca buku pengarang tersebut.

Saya akan menjadi pemudah cara untuk acara ini, jemput hadir ya, sebab bukan selalu dapat dengar saya menggasak serta ‘menggoda’ pembaca dan penulis untuk menceritakan tentang buku mereka 🙂

Maklumat lanjut di sini

https://www.facebook.com/events/1644295569153423/

Pelancaran Buku Perempuan Bulan Perempuan Hujan


12189428_10153633398658903_6052776180731855145_o

Kumpulan puisi pertama saya, Perempuan Bulan Perempuan Hujan akan dilancarkan di Rumah PENA sempena Malam Baca Puisi PENA -ITBM-DBP.

Antara buku-buku yang turut dilancarkan bersama-sama:

Kumpulan Puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan – Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Kumpulan Puisi Secangkir Seduhan Hujan – Hani Salwah Yaakup

Kumpulan Puisi Perlabuhan Waktu – Ratna Laila Saadin

Novel Meski Jauh Di Batas Waktu – Sutung Umar RS

Drama Trilogi Opera – Zakaria Ariffin.

Jemput datang ya, sebab saya ada ada merencana nak buat persembahan istimewaaa 🙂

Lat Town Boy – Anugerah Gaiman 2015


townboy

Buku “Town Boy” dalam bahasa Jepun “タウンボーイ” karya Lat dicalonkan untuk Gaiman Award 2015. Tahun lalu, karya Kampung Boy memperoleh tempat kedua (kategori antarabangsa) hadiah manga tertinggi di Jepun ini.

Ayuh undi buku タウンボーイ(Town Boy) di http://www.gaiman.jp/form/index.php. Langkah-langkahnya (boleh tekan “Translate this page” untuk pilihan bahasa yang difahami:

i- お名前またはペンネーム等
(Masukkan Nama atau Nama Pena dan lain-lain *:)

ii- 作品名
(Masukkan Tajuk Manga*:) タウンボーイ(Town Boy)

iii- 感想やメッセージ(任意)
(Masukkan Pendapat atau Mesej [Tidak wajib diisi]:) Contoh: A VERY GOOD READ AND PROBABLY ONE OF THE BEST MALAYSIAN COMICS

Klik https://youtu.be/ulAxWfrV3FQ untuk video penghasilan buku terjemahan oleh Tokyo University of Foreign Studies Press.

Senarai Pesta Buku Wajib Pergi Sepanjang Bulan Disember 2013


Hello pencinta buku sekalian!

Bulan 12 menjelang tiba ini, biasanya masa bonus masuk (tidak termasuk saya), cuti panjang (tidak termasuk saya), persediaan untuk anak-anak sekolah (juga tidak termasuk saya) dan tiba-tiba harus tambah satu lagi aktiviti sihat untuk minda dan jiwa, pesta-pesta buku (ini termasuk saya). Kenapa pesta-pesta (kata ganda gitu)? Sebab ada banyak pesta buku pada bulan 12 ini yang boleh membuatkan pengumpul buku, pencinta buku, pencuri buku, pembaca buku dan hipster buku untuk bergumal-gumal 1,000 macam rasa. Rasa gembira (sebab bila pesta buku sahaja ada buku murah yang banyak), rasa sedih (sebab tidak cukup duit dan terpaksa berbelah bagi nak beli buku itu ini), rasa bersalah (sebab banyak lagi buku tidak baca tapi setiap kali pesta buku, setiap kali itu mesti beli buku) dan segala macam rasa yang kalau saya tulis mesti boleh buat satu entri khusus. Ehem. Maka ketepikan rasa negatif-negatif itu, dan raikan rasa yang positif sahaja, kerana pesta tujuannya untuk memberi rasa gembira dan yippie!

Pesta Buku 1: Big Bad Wolf (Serigala Besar yang Maha Jahat)

1468802_10151839035490098_932820035_n

Kenapa saya kata serigala maha jahat? Sebab walaupun anda kata, “erm, nak pergi tengok sahaja, tak beli pun.” Tapi tiba-tiba keluar dari MIECC sahaja, dah habis beratus-ratus juga dengan berbelas-belas buku di tangan. Oleh itu, kalau memang tak mahu beli buku dalam erti kata lain, diet membeli buku, elak-elakkan pergi BBW ini.

Harga buku dalam lingkungan RM5 sehingga paling tinggi pun RM30. Tiga puluh ringgit pun buku yang hardcover yang tebal (jenis buku yang tidak disukai oleh penerbit independent sebab menjual roh penulis kepada wang, harap kalau mereka ke BBW, mereka tidak beli buku jenis ini. Hiks.).

Dan yang paling menyeronokkan, waktu berpesta buku yang anjal atau flexible. Anda nak datang pukul 7.00 malam lepas kerja pun boleh. Anda nak datang pukul 2.00 pagi, sebab boleh terus pergi kerja pun boleh. Anda nak datang sesudah suboh pun boleh. Kerana BBW dibuka 24 jam bermula jam 7.00 pagi, 6 Disember 2013 sehingga 14 Disember.

Kebanyakan bukunya, buku bahasa Inggeris yang masih baru (diambil dari cetakan yang berlebihan atau hendak dibuang dari gudang dari luar negara) dan buku-buku terbitan PTS, Karangkraf, Buku Prima, Creative Enterprise yang juga mengalami nasib yang sama.

Tarikh Pesta: 7 pagi 6 Disember sehingga 9 malam 15 Disember (24 jam)

Lokasi: MIECC, The Mines

Pesta Buku 2: Pesta Buku 1Malaysia

1488177_10152059711694464_1869461153_n

Ramai yang bertanya, apakah bezanya pesta buku ini, dengan pesta buku antarabangsa KL yang dibuat pada bulan 4 setiap tahun itu? Susah nak menjawabnya, Cuma pesta buku ini seperti dalam skala kecil, mungkin pra-pesta buku antarabangsa kuala lumpur?

Dikatakan Pesta Buku ini merupakan pesta lelong dan jualan gudang untuk penerbit buku. Mungkin kalau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu seperti untuk semua penerbit dan pekedai buku termasuk juga alat bantu mengajar bahasa Inggeris, tetapi yang Pesta Buku 1Malaysia ini khusus untuk menerbit lelong buku dan buat jualan gudang kot.

Tarikh Pesta: 11-15 Disember 2013

Waktu Buka: 10 pagi-10 malam

Lokasi: PWTC

Pesta Buku 3: Art For Grabs: Call for Vendors + Events

Screen-Shot-2013-12-04-at-3.58.58-PM-e1386144188934

Haaa … Ini sebenarnya tidaklah boleh dikatakan pesta buku sepenuhnya kerana sebahagiannya menjual buku dan sebahagiannya menjual kraftangan. Namun, jika anda mengikuti jualan buku-buku indie, acara ini sememangnya tidak dapat dilepaskan. Di sinilah penerbit buku yang menggelarkan diri mereka penerbit buku indie akan menjual buku, membuat pelancaran buku, tayangan filem pendek, diskusi buku dan sebagainya. Satu acara wajib pergi.

Maklumat lanjut di sini: Acara Art For Grabs

Tarikh Pesta: 14-15 Disember 2013

Waktu Buka: 12.00 tgh hari hingga 8.00 malam

Lokasi: The Annexxe Gallery, Central Market.