Hadiah Sastera SelangorKini


Keputusan penuh untuk Hadiah Sastera SelangorKini

SAJAK

Hadiah Utama (RM5,000)

Arafat Hambali, Hujan

 

Sagu Hati (RM1,000)

Ismail Suhadi, Cerita tentang Api

Aziz Zabidi, Hujan Malam Disember
Hadi Jaafar, Nazak
Hazayani Zakaria, Wajah Siasah Kita?

CERPEN

Hadiah Utama (RM5,000)

Roslan Jomel, Telefilem

Sagu Hati (RM1,000)

Syafiq Ghazali, Membunuh Serangga
Nuruddin Abu Bakar, Madam Buchanan Ingin ke Bintang
Hadi Ja’afar, Ruang Kubikel Putih
Razali Endun, Burung Tiong Tok Jib

 

RENCANA

 

Hadiah Utama (RM5,000)
Karl AganBeban Puisi dan Tanggapannya

Sagu Hati (RM1,000)
Al Ghazali, Licik yang Kurang Ajar
Najmuddin Yusoff, Penulis Mati Selepas Karya Terbit
Roslan Jomel, Dongeng Masih Diperlukan Dunia
Najibah A. Bakar, Amanat Terpenting Balai Maqamat Affandi Hassan

Anugerah Sastera Kelantan 2015


Minggu lalu telah diumumkan Anugerah Sastera Kelantan 2015 setelah katanya beberapa tahun tidak diadakan. Pencalonan telah dibuka pada awal tahun ini dengan penerimaan karya yang diterbitkan/dihasilkan sepanjang tahun 2013/2014 sahaja. Syaratnya pencalonan juga mestilah rakyat Kelantan yang lahir di Kelantan/atau bermastautin di negeri lain atau rakyat kelahiran negeri lain tetapi sudah bermastautin selama tujuh tahun di Kelantan.

Pada 25 November 2015, pemenangnya telah diumumkan dan diraikan. Berikut senarai pemenang Anugerah Sastera Kelantan 2015.

KATEGORI A – Anugerah Sastera Negeri Kelantan

Sasterawan Negeri Dr Fatimah Busu

 

KATEGORI B Hadiah Cekal Sastera Negeri Kelantan

Wadi Leta SA

 

KATEGORI C Hadiah Sastera

Bahagian A – Buku Perseorangan
Puisi: Tidakkah Kita Berada di Sana? (Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, 2014) – Rosli K Matari
Cerpen: Naratif Jurnalis (ITBM, 2013) – Nassury Ibrahim
Novel: Jogho yang Tewas (terbitan sendiri, 2014)- Rohani Deraman
Esei/Kritikan: Pemikiran Dharmawijaya-Menterjemahkan Sosialisasi Masyarakat Desa dan Kota (Penerbit UPSI, 2014) – Naapie Mat
Drama: Tiada pemenang
Bahagian B – Karya Eceran

Cerpen
Abdul Hadi Yusoff – Janji Juita
Adnie Bahiah – Pemburu Malam Delionic
Eh Deng Eh Chik – Charole
Nazmi Yaakub – Pada Suatu Nama
SM Zakir – Hujan Keruh di Jogja


Puisi

Rudi Mahmood – Kau Turun Seperti Biasa
Wadi Leta SA – Sajak Besi Kepada Kayu
Rahimidin Zahari- Pinjamkan Aku, Rindu
Syed Mohd Zakir- Tanah Bergaris Matahari
Epan Pro Poul – Benih Tumbuh
Drama
Rahimidin Zahari – Biring Si Kunani
Norhisham Mustaffa – Pocong
Esei/Kritikan
1 – Darma Mohammad- Haiku Melayu: Seiras Tidak Serupa
2 – Syed Mohd Zakir – Realisme Baru Zainal Rashid
BAHAGIAN C HADIAH SASTERA PENULIS HARAPAN

Rohani Deraman
BAHAGIAN D HADIAH PENGHARGAAN PENGGERAK SASTERA

Abham TR
Saya kongsikan borang Anugerah Sastera Kelantan yang telah diuar-uarkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Kelantan.

11834686_1110742792287056_9181125519854785439_o11782292_1110742745620394_7717955907483524896_o

 

 

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 HSPM2014 & Sorotan Ringkas


4799174e73e5a1e78c36825b98c40dd6.jpg

Lukisan: Afu Chan

Tahun ini, sekretariat HSPM iaitu DBP membuat kelainan pada penganjurannya, dengan membuat sidang akhbar dan mengumumkan senarai pemenang sebelum hari penyampaian hadiah. Jadi tidaklah khalayak sastera tertanya-tanya dan penganjuran menjadi sepi-sepi. Tahniah kepada DBP.

Tahun ini menyaksikan beberapa kejutan terutamanya kepada kategori A iaitu kategori Buku dan Karya Perseorangan, iaitu kemenangan kepada calon bukan pilihan serta kumpulan puisi penulis muda yang menewaskan penyair mapan. Sebagai contoh, antara nama-nama yang disebut untuk novel ialah Luka Nering (Malim Ghozali Pk) dan Boneka Rusia Guido (Wan Nor Azriq). Selain daripada itu kumpulan puisi dimenangi oleh penulis muda yang hanya berusia 23 tahun menerusi Jaulah Sampai Syurga, iaitu Muzaf Ahmad diterbitkan oleh Karyawan Luar Negara yang dinaungi oleh Grup Karyawan Luar Negara. Ini tentu sahaja satu perihal yang menarik apabila penerbit kecil atau indie, menerbitkan kumpulan puisi dan memenangi HSPM. Apatah lagi Muzaf Ahmad itu bukan lulusan sastera tetapi kejuruteraan dari Jepun. Mungkin itu salah satu faktor yang menarik. Kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga berjaya memenangi hati juri berbanding beberapa nama besar yang turut dipertandingkan pada tahun 2014 seperti Seluas-luas dan Setenang-tenangnya (Abrak Othman), Aroma (S.M Zakir), Surat dari Awan (Siti Zainon Ismail). Manakala kumpulan cerpen dimenangi tokoh tidak asing lagi, yang mana baru-baru ini novelnya dicalonkan untuk Anugerah IMPAC Dublin, Malim Ghozali Pk, Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim. Orang Perak mesti rasa sangat dekat dengan kumpulan cerpen ini. Manakala buku kajian sastera, sudah menampakkan kemenangannya sejak awal buku ini terbit iaitu daripada Presiden PENA dan juga pensyarah Universiti Malaya, Dr. Saleeh Rahamad. Hal ini kerana bukunya merupakan kajian tesis Ph.D beliau. Oleh yang demikian, kita harus menggalakkan lagi penerbitan tesis Ph.D sarjana sastera ke dalam bentuk buku.Kalau dilihat kategori C, turut bersaing juga dan meriah meskipun ramai yang tidak memberi perhatian kepada kategori ini. Walhal kemenangan dalam buku kanak-kanak dan remaja tidak kurang pentingnya dalam landskap kesusateraan. Berbanding beberapa tahun lalu, tidak banyak pencalonan daripada penerbit. Merujuk tahun lepas, dalam kategori remaja, hanya saya seorang diri memenangi kategori novel menerusi Sepetang di Kafe Biblioholic. Tetapi tahun ini, nampak meriah. Nampaknya, penganjuran pertandingan penulisan novel remaja dan kanak-kanak anjuran koperasi DBP ketika zaman gelap DAWAMA-DBP, membuahkan hasil lebih besar apabila kategori novel kanak-kanak dan remaja digondoli oleh pemenang sayembara ini. Kita juga boleh melihat bahawa novel-novel yang memenangi HSKU sepertinya sudah tidak mendapat “tempat” di hati panel penilai memandangkan sudah lebih 2 tahun, novel HSKU tidak menjadi calon kegemaran berbanding tahun-tahun sebelum ini. Adakah mutunya sudah jatuh atau novel HSKU terlalu ‘dewasa’ untuk bertanding dalam kategori remaja HSPM?

Kedua-dua kategori (A & C) yang mempertandingkan buku memperlihatkan persaingan sihat oleh ITBM dan DBP. Walaupun begitu, penerbit-penerbit kecil mula menunjukkan mutu dan kualiti penerbitan sehingga menyaingi penerbit besar dan mula mendapat tempat sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Ini menunjukkan bahawa sudah ada kesedaran mungkin untuk penerbit menghantar pencalonan dan juga menerbitkan karya-karya bermutu tinggi yang memandaikan akal budi bangsa. Dominasi DBP dilihat sudah mula dipecahkan.

Kalau melihat pemenang Kategori B, kategori eceran yang juga tidak kurang dalam mencetuskan polemik, dilihat bahawa pemenang HSKU 2014 menguasai senarai pemenang. Hampir sebahagian besar pemenang HSKU 2014 memenangi HSPM 2014 sama ada kategori puisi atau cerpen. Ini berbeza dengan HSPM 2013 yang mana terdapat satu atau dua sahaja pemenang HSKU 2013 mendapat kemenangan di HSPM. Mungkin panel penilai yang sama di HSKU menjadi panel penilai HSPM? Senarai pemenang untuk cerpen eceran dan puisi eceran sememangnya didominasi oleh karya yang terbit di Mingguan Malaysia diikuti Dewan Sastera dan Berita Harian. Mungkinkah faktor HSKU membuatkan pengarang menghantar cerpen dan puisi yang kuat kepada Mingguan Malaysia, meski pun dua tiga tahun kebelakangan ini HSKU memperlihatkan pengurusan penganjuran yang sedikit lemah? Dalam kategori puisi eceran juga, dua orang pengarang besar, Siti Zainon Ismail dan SN Muhammad Haji Salleh memenanginya menerusi 2 buah puisi setiap seorang. Manakala arwah Rahimidin Zahari memenangi menerusi puisi, Jika Papa Memukulmu Adib.

Dewan Sastera mengekalkan penguasaan dalam kategori esei dan kritikan apabila 5 daripada 7 pemenang merupakan dari Dewan Sastera. Ini meninggikan mutu penerbitan majalah Dewan Sastera di bawah pimpinan editornya Fadli Al Akiti. Manakala Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) yang dianjurkan tahun lalu, kemudian kertas kerjanya dibukukan, memungkinkan kemenangan 2 kertas kerjanya. Hal ini membuktikan kepentingan membukukan dan menyebarluaskan makalah serta kertas kerja seminar atau persidangan seperti yang dilaksanakan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Namun, hanya 7 esei sahaja diakui kemenangannya berbanding 10 esei.

Walaupun demikian, kita harus juga menyorot, kategori yang tidak langsung pemenang, iaitu Kumpulan Cerpen Kanak-kanak, Kumpulan Drama, Kumpulan Esei/Kritikan Sastera, Drama Eceran dan Cerpen Eceran Remaja. Manakala Kumpulan Drama Kanak-kanak dan Kumpulan Drama Remaja tiada pencalonan. Kategori Cerpen Remaja Eceran baru sahaja diperkenalkan tahun ini bersama dengan Buku Bergambar Kanak-kanak. Apakah tiada langsung cerpen remaja yang bermutu dalam penerbitan sepanjang tahun lalu atau tiada pencalonan?

Sebagai orang yang bertungkus lumus menyenaraikan buku serta membahagikan kepada kategori, serta menghantar berkotak-kotak buku ke Seketariat, DBP, tentu sahaja saya rasa berbangga dengan kemenangan buku ITBM. Apatah lagi ada sebuah buku yang saya kendalikan memenangi HSPM iaitu Mimpi Kotaku. Saya akan kongsikan lebih lanjut tentang proses buku itu kelak.

Saya kongsikan senarai penuh pemenang HSPM 2014 dari sidang akhbar tadi

Kategori A

Novel – Nenek – Razali Endut (ITBM)

Kumpulan Cerpen – Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim – Malim Ghozali Pk (DBP)

Kumpulan Puisi – Jaulah Sampai Syurga – Muzaf Ahmad (Karyawan Publishing House)

Kajian Sastera – Oksidentalisme dalam Novel Melayu Sebelum Merdeka Hingga Era Mahathir – Dr. Saleeh Rahamad (ITBM)

Biografi/Autobiografi – Biografi Ishak Shaari Pejuang Bumi Semua Manusia – Dr. Mohamed Salleh Lamry (Penerbit UKM)

Kategori C

Novel Remaja – Gerbang Raudhah – Rohaidah Yon ( Koperasi DBP)

Kumpulan Cerpen Remaja – Tetamu Istimewa – Mohd Helmi Ahmad (ITBM)

Kumpulan Puisi Remaja – Mimpi Kotaku – Hilmi Rindu (ITBM)

Novel Kanak-kanak – Rahsia Dhia – Zainun Mustapha (Koperasi DBP)

Kumpulan Puisi Kanak-kanak – Sakura – Mahaya Mohd Yassin (DBP)

Buku Bergambar Kanak-kanak – Di Mana Sebelah Lagi – Razisatul Asyifah Ismail (Cerdik Publication)

Kategori B

Cerpen Eceran

1. Al-Kisah Ratu Kebaya dan Walhal Naga – Zainal Rashid Ahmad (Berita Minggu, 14 September 2014)

2. Hingyaku – Ratna Laila Shahidin (Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2014)

3. Bara Sang Suri – Zaniffa Azzura Abdullah (Mingguan Malaysia, 20 Julai 2014)

4. Infithaar di Taman Salju – Mawar Shafei (Berita Minggu, 3 Ogos 2014)

5. Selimut – Maskiah Haji Masrom (Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014)

6. Delusisma 2.0 (Denggi) – Fahd Razy (Mingguan Malaysia)

7. Psiko – Fudzail (Mingguan Malaysia, 16 Jun 2014)

8. Pesanku Pada Hujan – Malim Ghozali Pk (13 Julai 2014)

9. Seru – Jais Sahok (Dewan Sastera, Mei 2014)

10. Cekur – Lee Keok Chih (Dewan Sastera, September 2014)

Puisi Eceran

1. Membaca Aksara (Buat Profesor Siti Chamamah) – Muhammad Haji Salleh (Dewan Masyarakat, Julai 2014)

2. Al-Kisah, Di Negara yang Memansuhkan Bahasa – Muhammad Haji Salleh (Antologi Puisi Nyala Api dalam Dada, ITBM 2014)

3. Kepada Perempuan Laut – Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera, Mei 2014)

4. Rezeki Bumi -Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera)

5. Perkebunan Budaya Melayu – Basri Abdilah

6. Di Padang Sarjana- Tuah Sujana (Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014)

7. Tigris -Rosli K. Matari (Jendela Timur, Ogos 2014)

8. Dari Mimbar Shinjuku (dedikasi buat anakanda) – Syafiq Zulakifli (Mingguan Malaysia, 30 November 2014)

9. Mencari Jernih – Shapiai Mohammad Ramly (Antologi Puisi Cerita Alam Gelora Hujung Benua, DBP Wilayah Selatan)

10. Kalaulah Papa Memukulmu, Adib – Rahimidin Zahari (Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014)

Esei/Kritikan Sastera

1. Penciptaan Drama Metasejarah Suatu Hasil Eksperimental – Mana Sikana (Dewan Sastera, Mac 2014)

2. Menilai Semula Makna Ekstetik – Prof Madya Dr. A. Halim Ali (Dewan Sastera, April 2014)

3. Teknoteks Menyepadukan Sastera, Teknologi dan Kritikan – Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Dewan Sastera, Julai 2014)

4. Perhubungan Sastera dengan Wayang: Meneliti Genre dalam Prespektif Budaya -Dr. Norman Yusoff (Dewan Sastera, Oktober 2014)

5. Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan – Saifullizan Yahaya (Dewan Sastera, Mei 2014)

6. Pembinaan Mercu Tanda Penulisan Malaysia: Yang Dipelajari Adalah Secara Saka (Perennial) – Prof Emeritus Dato’ Ahmad Ibrahim Bajunid (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)

7. Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: Sastera Sebagai Budaya Tinggi -S.M. Zakir (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)

Lat Town Boy – Anugerah Gaiman 2015


townboy

Buku “Town Boy” dalam bahasa Jepun “タウンボーイ” karya Lat dicalonkan untuk Gaiman Award 2015. Tahun lalu, karya Kampung Boy memperoleh tempat kedua (kategori antarabangsa) hadiah manga tertinggi di Jepun ini.

Ayuh undi buku タウンボーイ(Town Boy) di http://www.gaiman.jp/form/index.php. Langkah-langkahnya (boleh tekan “Translate this page” untuk pilihan bahasa yang difahami:

i- お名前またはペンネーム等
(Masukkan Nama atau Nama Pena dan lain-lain *:)

ii- 作品名
(Masukkan Tajuk Manga*:) タウンボーイ(Town Boy)

iii- 感想やメッセージ(任意)
(Masukkan Pendapat atau Mesej [Tidak wajib diisi]:) Contoh: A VERY GOOD READ AND PROBABLY ONE OF THE BEST MALAYSIAN COMICS

Klik https://youtu.be/ulAxWfrV3FQ untuk video penghasilan buku terjemahan oleh Tokyo University of Foreign Studies Press.

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 Ke-30


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan atau terkenal dengan singkatan HSKU menjelma lagi untuk kali yang ke tiga puluh. Kalau diikutkan sejarahnya, HSKU ini merupakan pentas mula kepada penulis-penulis muda untuk menonjolkan diri dalam karyanya. Biasanya selepas kemenangan di HSKU terutamanya kategori novel, karier penulis akan meletup-letup bak bunga api di hati. Ini dapat dilihat jelas kepada Faisal Tehrani melalui novel 1515 (siapa yang kata kipas susah mati Faisal, tapi tak pernah baca novel ini, sila lucutkan jawatan anda), Sri Rahayu, S.M Zakir, Fahd Razy, Zainal Rashid Ahmad.

Prestijnya HSKU ini sehingga kalau menang penghargaan pun sudah gembira sekampung (rujuk kenyataan Saifullizan Tahir) dan kemenangan nan satu itu akan disemat sebagai portfolio penulisannya. Sehinggakan kalau karya tidak diterbitkan di surat khabar atau majalah, penulis boleh guna ayat ini untuk sound editor, “Saya pernah menang HSKU tau.” Hahaha. Ini hanya gurauan sahaja.

Entah mengapa, tahun-tahun kebelakangan ini menandakan kesuraman HSKU. Majlisnya dibuat secara tertutup dan tiada gempar gempur debaran serta gosip-gosip kemenangan. Segala-galanya tampak hambar, dan seperti tahun ini, tidak ramai yang tahu bilakah majlis itu diadakan kecuali pemenang. (bincangkan)

Puisi saya pernah memenangi Hadiah Utama Kategori Puisi HSKU 2013 yang membawa kenangan manis. Puisi Berbagi Puisi itu boleh dibaca dalam buku terbaru saya, Perempuan Bulan Perempuan Hujan. Baru saya sedar saya belum lagi menuliskan tentang hal kemenangan tersebut kerana seperti HSKU, blog ini juga sepertinya sepi dan hambar. Saya akan cuba menyalakan api dan menyemarakkan blog ini lagi 🙂

Berikut, saya kongsikan senarai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 kali ke-30. Taraaaa taraaa taraaaa tra tra

download

NOVEL REMAJA

Nazri Hussein – Kudup Hijau Tropika

KATEGORI CERPEN

Pemenang Utama

Ratna Laila Shahidin – Hingyaku

Zaniffa Azzura Abdullah – Bara Sang Suri

Mohd Fudzail Mohd Nor – Psiko

Penghargaan

S.M. Zakir – Bari Orang Lepe Kabu

Saifullizan Yahaya – Pahlawankah Kucing Kami

Fahd Razy – Delusisma 2.0 (Denggi)

Adam Mustakim – Sang Sutradara

Maskiah Masrom – Selimut

Malim Ghozali PK – Pesanku Pada Hujan

KATEGORI PUISI

Pemenang Utama

Raihani Mohd Saaid – Perempuan yang Mencintai Purnama

Saleeh Rahamad – Bertengger di Pohon Nan Sama

Tuah Sujana – Di Padang Sarjana

Penghargaan

Syafiq Zulakifli – Dari Mimbar Shinjuku

Nazim Mohd Subari – Gurindam Kebenaran

Shapiai Mohd Ramly – Memandang ke Seberang

Zulfazlan Jumrah – Rawan Setiawan

Muzaf Ahmad – Jaulah Sampai Syurga

Ratna Laila Shahidin – Sepatu Hijrah

KATEGORI CERPEN REMAJA

Pemenang Utama

Rebecca Ilham  – Maraton Kampung

Nazri Hussein – Pelita Jiwa Ayah

Mohd Hashim Osman – Debu-debu Mimpi Choa Phraya

Penghargaan

Mawar Shafei  – Antara Dua Rumah Di Lereng Bukit

  1. Muziru Idham – Enta Liberal

Noraini Osman – Di Bawah Pohon Kekabu Pada Suatu Senja

Azman Hussin – Ibu Pertiwi

Haswida Abu Bakar – rumah Kecil Mama

Tiras Raduan – Suara

KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA

Dato’ Rahman Shaari – Estetika Pantun Wan Khazi

S. M. Zakir – Realisme Baru Zainal Rashid

Nota: Jika ada kesilapan nama pemenang dan hadiah, akan juga dikemas kini. Kalau say ada jumpa cerpen dan puisinya, akan juga saya kemas kini 🙂