Apabila orang sains berbicara tentang bahasa


Apabila orang sains terpaksa belajar bahasa untuk mencukupkan jam kredit bagi melayakkan dirinya mendapat Ijazah Sarjana Muda, inilah kata-kata mereka yang aku dengar.

.

.

.

.

“Orang sastera selalu merumitkan benda yang ringkas tetapi tengok macam orang sains selalu meringkaskan benda yang rumit. ” kata mereka sambil merenyuk-renyuk nota BBM 3001.

Apakah….?

Hati aku jadi sayu dan sedikit terguris. Ada belati tajam menghiris-hiris jiwa.

Mengapa Pelajar Malaysia Suka Meniru


Mengapa pelajar Malaysia selalu meniru dalam peperiksaan?

.

.

.

.

.

Sebab di setiap bahagian bawah kertas di setiap helaian kertas peperiksaan,

.

.

.

.

.

..

Tertulis….

”SILA LIHAT SEBELAH”

Anekdot

Yana tengah menghadapi tekanan maha besar. Doa-doakan ya yana selamat menjawab soalan peperiksaan akhir semester dengan tenangnya.

Kuiz dan Soalan Final Exam


-Sebelum peperiksaan akhir semester-

”Argh.. Mengapa aku tak datang kelas tadi. Ada kuiz la. Rugi markah aku.”

Ini kata-kata pelajar yang optimis dengan carry mark. Sentiasa mencari-cari peluang menambahkan markah untuk subjeknya. Terasa menyesal apabila terlepas satu dua kuiz.

-Selepas menjawab peperiksaan akhir semester-

” Aku terpaksa tinggal 2 soalan. Setiap satunya 10 markah. Nak buat macam mana. Dah soalan tu susah dan aku tak boleh jawab”

Masih pelajar yang optimis tadi. Berbual-bual dengan rakannya tentang soalan exam yang baru usai dijawabnya. Di wajahnya tiada langsung rasa bersalah seperti waktu dia tertinggal kuiz dahulu

Persoalannya?
Kuiz hanya membawa 1-2 markah daripada markah keseluruhan tetapi soalan final exam membawa markah lebih besar daripada itu tetapi mengapa pelajar Malaysia sangat kisah terlepas menjawab kuiz tetapi tidak kisah terkosongkan soalan final exam. Erm~

~Selamat Menjawab Peperiksaan Akhir Semester untuk semua pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam~

Trees For Life


Trees For Life!

Program kecil kami untuk menyokong saranan United Nation Enviroment Programme (UNEP) untuk menanam 2.7 billion pokok bakau di seluruh dunia. Malah program ni juga sejajar dengan usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menanam 20 juta pokok menjelang tahun 2020. Tak caya ke?. Maka sila rajinkan jemari anda melayari laman sesawang

http://treesforlife.gov.my

Mengapa program ini penting? Mengapa kelab kami berpoyo-poya bagai nak rak menjayakan program kecil ini? Sebab kami budak biodiversiti (Ces ni jawapan budak-budak sekolah!)

Sebab kalau kita jenguk-jenguk balik nota biologi atau sains teras, apakah teraju utama kitar oksigen?

.[blur]

.[blur]

.

Jawapannya POKOK. Sebab pokok akan menjalankan proses fotosintesis seterusnya menghantar oksigen ke udara. Malah akar pokok boleh boleh menguraikan nutrien dalam tanah seterusnya menjadikan tanah subur. Kita lihat juga kesan pemanasan global berpeunca daripada penebangan pokok secara berleluasa serta pencemaran alam. Wah-wah kalau aku senaraikan lagi maunya buka kelas tutorial pasal pokok dan kepentingannya kepada alam sekitar. Tetapi persoalannya disini, mengapa pokok bakau?

.[blur]

.[blur]

.

Tahukah anda, habitat pokok bakau di kawasan berlumpur dan berair masin. Ciri utama pokok bakau yang membezakan dengan famili pokok yang lain adalah akaranya. Akarnya teradaptasi untuk menyesuaikan diri dalam keadaan air laut yang terlampau masin tersebut. kedudukan hutan bakau yang bersempadan dengan daratan dan lautan merupakan salah satu benteng pertahanan untuk menghadapi hakisan ombak dan vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai serta mengurangkan potensi banjir…

Sebenarnya banyak lagi kepentingan pokok bakau. Hendak tahu mengapa aku seakan-akan pakar tentang hutan bakau?

Jawapannya sebab final projek aku berkenaan dengan spesies pokok bakau. Huhu.

Yang penting sokonglah program penanaman semula pokok yang giat dijalankan di seluruh dunia. Tanpa alam siapa kita. Hidup pokok! Hidup Trees For life!

Jikalau kau harus memilih…


Di saat Pesta Buku Antarabangsa KL berlangsung di PWTC, aku masih di sini. Di kawasan tanah bencah berlumpur menjayakan program Trees For Life. Argh rasa sedih amat mengelojak dalam diri. Di antara kemahuan sendiri dan juga tanggungjawab pada masyarakat, aku terpaksa memilih tanggungjawab.

Aku dapat merasakan jikalau hujung minggu ini aku ke KL, pasti aku bahagia dengan bau-bau buku yang menerpa-nerpa dan pastinya kantungku akan semakin mengempis dan nipis.

Tetapi aku memilih jalan untuk rasa bertanggungjawab pada kelab dan menjayakan program kecil kami. Trees For Life. Ada kalanya kita harus memilih antara diri sendiri dan orang di luar diri. Tetapi antara sebab yang utama juga aku memilih program ini berbanding pesta buku…

.

.

.

.

Si Ashraf Sinclair datang … Yeah!

Salam Permulaan


Ini kisah nyanyian hujan diriku. Antara hujan dan aku hanya dipisahkan satu garis halus. Perasaan.

Selamat meneroka ruang sempit dalam sudut hatiku. Ada kalanya aku sembunyikan dalam jernih mataku.

Nyanyian Hujan 4

jangan menerjah ungu hatiku

dengan deras nyanyianmu

mendesak dan mendera

dengan tiris iramamu

luka semalam

masih tersimbah dengan warna hatiku

ungu likat dan pekat

aku karam di hati

lemas di jiwa

kemudiku berolak arah

merejam aku ke dasar

tanpa suara

meninggalkan aku dalam diam

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

14 Mac 2007