Puisi – Merdekakan Hatimu : Tunas Cipta Dis 2008

MERDEKAKAN HATIMU

Tunas cipta Dis 08


Bertahun lama

Kau memenjara peribadi

Diantara bilah kesangsian jiwa

Hingga mata hatimu lamur

Menebak episod pura

Seputar dunia boneka

Haruskah kau merandau serpihan pahit

Di dunia pojokmu sendiri dan sepi?

Membiar kekejaman bayang-bayang

Menjadi raja di jajahan jiwamu?

Merdekakan hatimu

Bebaskan dari kegalauan perasaan

Suara-suara bersipongang

Mengajak kau berperang

Merebut kebebasan yang hilang

Nah

Ini tanah nurani

Mampirlah!

Hirup harum kembang merah

Mekar di pagi murni

Ada manis yang harus kau cicip

Di jemarinya yang mekar

Disitulah kekuatanmu

Seorang pejuang

AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN

KUALA TERENGGANU

5 thoughts on “Puisi – Merdekakan Hatimu : Tunas Cipta Dis 2008”

  1. sekian lama memenjarakan diri menjadi pembaca senyap. suka mengikut blog kamu. maaf tak perkenalkan diri lebih awal. setelah kali pertama melawat, terjatuh cinta lalu saya ambil link blog kamu ke blog saya. maaf sekali lagi; tanpa permisi.

    owh… saya diperkenalkan oleh khairulzuan πŸ™‚

    untuk puisi kamu yang ini, saya senang membacanya. tulisan yang kemas dan bersahaja πŸ™‚

    Pada alir sungai huruf
    dan rentas semaksemak minda
    ada sekumpulan anak muda
    bermain dengan ideologi-
    tentang kebebasan,
    tentang perjuangan,
    tentang hak.
    Di situ ada bayangku
    selain terlihat kamu
    gah di pentas kenal.

    salam puisi πŸ™‚ ~~~dayya~~~

    Like

    1. Dayya : saya jadi seronok sekali ketemu pembaca seperti kamu yang menyenangi tulisan-tulisan emosional saya. tidak apa membaca secara senyap tetapi saya suka sekali untuk mengetahui siapa pembaca blog saya yang entah apa-apa ini πŸ™‚

      terima kasih ya untuk komen sajak saya yang sederhana ini. Rasa semangat mahu menulis lagi dan lagi πŸ™‚

      wah, untuk puisinya ini. terima kasih sekali lagi. saya tellah kehilangan seluruh perbendaharaan kata untuk membalasnya

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s