Puisi – Hujan Yang Mencintai Sebuah Pohon – Berita Harian 30 Oktober 2011

Hujan Yang Mencintai Sebuah Pohon

(Berita Harian 30 Oktober 2011)

Hujan telah jatuh cinta pada sebuah pohon

ditengah-tengah kampung papan.

 

Hujan selalu mengintai pohon penuh pesona

Kanak-kanak berayun buaian di lengan dahannya

Perawan menanam bunga-bunga dikakinya banirnya

Orang tua meminjam dadanya untuk bersandar

Penduduk kampung gemar menghiburkan diri,

bercanda di bawah kekasihnya.

 

Setiap malam, hujan akan membasahi kekasihnya

menyuburkan tanah dan meneriakkan bunga-bunga.

Daun pohon dengan malu-malu akan mendakap hujan

Menanda terima kasih dan cinta.

 

Lama mereka berkasihan dengan sederhana

Sehingga suatu hari hujan berpergian sebentar

Apabila pulang, kekasihnya tiada

Kampung papan telah menghilang

 

Hujan berterusan menangis

Membasah bekas kawasan

kampung papan dan kekasihnya

yang mengabur entah ke mana.

Advertisements

One thought on “Puisi – Hujan Yang Mencintai Sebuah Pohon – Berita Harian 30 Oktober 2011”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s