Puisi – Perempuan yang Menunggu Kelopak Kembang Merah – Majalah Perempuan Jun 2011

Perempuan yang Menunggu Kelopak Kembang Merah

(Untuk Hani Salwah Yaakub)

 

Di tengah tasik ada sebuah pulau

Di tengah pulau ada sepohon angsana

Di bawah pohon angsana bergantung sebuah buaian

Di buaian ada seorang perempuan sedang berayun dan bersilang kaki

sambil memandang langit

 

Di atas langit ada awan

Di dalam awan ada titisan-titisan wap air

Dalam titisan wap air ada kelopak kembang merah

Dalam kelopak kembang merah ada segaris nama

yang menanti penerima rahsia.

 

Perempuan diayun buaian

melihat langit mahu membenahi tanah dengan dendamnya

menunggu penuh debar nyanyian hujan

tiba-tiba terisyarat seseorang sedang berkolek

ditangannya segenggam kelopak kembang merah

meluncur ke tengah tasik.

 

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Kajang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s