Puisi – 20 Minit Menunggu – Tunas Cipta Jun 2011

20 Minit Menunggu

(catatan kepada Aidil Khalid, Nissa’ Yusof dan Wan Nor Azriq)

 

Setelah sehiris kek menjadi sisa

setelah secawan kopi menjadi dua

setelah buku habis kubaca

kau masih tidak kunjung tiba.

 

 

Bagaimana perjanjian boleh diikat

dengan kau yang mendustai waktu?

Aku tetap pencintanya yang setia

tidak menunda sesaat daripada yang dijanjikan.

 

 

Setelah 20 minit bosan menunggu,

aku memesan sehiris kek keju

menambah secawan kopi pahit

membuka lembaran buku baru

di kafe itu.

 

 

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Secret Recipe, Amcorp Mall.

090910

Advertisements

1 thought on “Puisi – 20 Minit Menunggu – Tunas Cipta Jun 2011”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s