Puisi – Karbonat dalam Segelas Air – Tunas Cipta Mac 2013

Karbonat dalam Segelas Air

Membayangkan air karbonat yang kau minum tiap kali
masalahmu bergundah dan memerlukan buih-buihnya
memerangkap dan meletupkan semua di dalamnya
kemudian menghilangkan terus daripada fikiranmu,
tetapi letupan buih-buih itu memecah ke dalam udara
kemudian menyusup senyap tanpa jejak dan selepas
nafasmu lelah disesaki karbonat, kau menghirup udara
dan berbata-bata mengatakan kepadaku, kelegaanmu.

Di meja restoran ini, kau tetap memesan segelas air karbonat,
tanpa membayangkan apa yang baru sebentar aku bayangkan,
serta kenyataan, yang kau teguk nanti hanya kelelahan berulang.
Sedang aku tidak mempersiap jawapan untuk soalan jangkaan,
mengapa masalahmu yang selalu sahaja menemui jalan pulang?

Mereka seperti kau, keluhan yang keluar hanya minta
didodoi dan ditidurkan pada pangkuan pendengar, seperti aku
kerana kau tidak pernah menemuiku untuk mencari jawapan

Ainunl Muaiyanah Sulaiman
16112012
Starbuck, Alpha Angle

Advertisements

One thought on “Puisi – Karbonat dalam Segelas Air – Tunas Cipta Mac 2013”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s