Puisi – Kepada Sekaki Payung – Berita Harian 23 Februari 2014

Kepada Sekaki Payung

 

Sekaki payung, penghuni setia keretaku

berpindah menginap halaman rumahmu

pada satu sore sesudah hujan sedikit ramah

ditinggalkan oleh ingatanku yang pelupa.

 
Aku membayangkan dia memerhatikan

kau keluar masuk ke rumah tanpa

menyedari ada sekaki payung asing

sedang menggigil merindukan tuannya.

 
Mungkin payung itu senang diam di sana

melebarkan tubuh kurusnya dengan luas kenangan

membiasakan keasingan menerima dunia

halaman rumah dan kejauhan tuan barunya.

 
Dalam kereta menunggu hujan berehat,

Aku merindui sekaki payung sekaligus

masa-masa lalu, saling melindungi jua

menemani kesunyian musim hujan.

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

One thought on “Puisi – Kepada Sekaki Payung – Berita Harian 23 Februari 2014”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s