Puisi – Menjidar Kebencian – Berita Harian 18 Sept 2010

Menjidar kebencian

Mereka sering menafikan
jawapan sebenar hati.
Memakai topeng-topeng,
memuliakan kepalsuan
demi menyilukan diri

Maaf, seluruh kebencian
telah cuba diikat
kegagalan, seringkali jawapannya

Topeng-topeng kisut dan senyum pura
tetap opera hidup mereka

Aura benci,
mengepaklah dan terbanglah dari hati
Aku belajar menjidar kebencian daripada udara Syawal
melalui tarbiah Ramadan yang kudus
Mengizinkan kemaafan
bernafas dalam sangkar dada dan berlapang rasa

Ainunl Muaiyanah Sulaiman
Shah Alam

3 thoughts on “Puisi – Menjidar Kebencian – Berita Harian 18 Sept 2010”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s