Puisi : Merdekalah Hatiku : Mingguan Malaysia 6 Julai 2009

Merdekalah Hatiku

Minguan Malaysia 6 Jun 2009


Aku mahu mendakap mati

Semasa kotak-kotak penjuru dinding menghimpitku

Mengeser keinginan mereka pada dada

Mengkhayalkan aku untuk sujud akur

Mereka lasykar-lasykar nihil

Wujud dihadapan

Merebaskan kata-kata

Kunci pembebasan adalah kebebasan

Semakin aku menyeru mahu bebas

Semakin mereka memolekulkan jasad mereka

Roh mereka menyatu satu per satu

Wujudnya mereka dengan hapusnya aku

Hapusnya aku untuk wujudnya mereka

Aku dipagut pesona oleh bisik ghairah

Nafasku yang sesak

“Cumbulah wangi pembebasan di tangan kami

Rangkul mati dekat lehermu

Katakan kami tuhan

Kebebasan milik mutlakmu”

Simpang-simpang yang memeta

Warna-warna yang menyerak

Memantulkan garisah-garisah cahaya

Cahaya untuk menemui mereka

Cahaya untuk menemuiNya

Tuhan!!!

Telah aku memerdekakan hatiku

Telah aku katakan kepada mereka yang merasuk akalku

Aku masih bertuhan!

Tuhanku adalah Tuhan!

Tuhanku bukanlah mereka!

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Kuala Terengganu.

18 Mei 2009


17 thoughts on “Puisi : Merdekalah Hatiku : Mingguan Malaysia 6 Julai 2009

  1. puisi ini sangat dalam maknanya..tahniah! saya juga seorang peminat dan penulis..tapi masih setahun jagung..karya saudari sungguh memberi inspirasi..

    Like

    1. Arumi Kiswantoh : Puisi adalah menjadi bermakna apabila orang yang terbaca mendapat inspirasi dan terkesan sama. Saya rasa bahagia bila awak juga terinspirasi sama.

      Tidak mengapa jika baru setahun jagung. saya pun bukan lama dalam bidang tulis menulis ini. Masih baru-baru juga. jadi sama-samalah kita belajar dan belajar

      Like

  2. salam..pada gaya bahasa yang digunakan mmg sgt puitis..bagi saya idea merupakan faktor utama dalam penulisan puisi..mungkin garapan idea ni terlalu jauh hingga membuatkan saya keliru dalam menerokai puisi ini..apepun tahniah atas penghasilan puisi yang bermutu sebegini..

    Like

    1. Khairulzuan : Bagi saya puisi ini mudah sahaja. puisi ini merupakan antara puisi-puisi saya yang terpanjang. Jarang saya mahu menulis puisi panjang begini kerana untuk mengekalkan moodnya sukar sekali. Tetapi alhamdulilah diberi peluang tersiar di mingguan malaysia.

      Ideanya tidak terlalu jauh. Perkara yang berlaku dalam puisi ini sering sahaja terjadi kepada kita cuma kadang-kala kita kurang sedar. Terima kasih kerana menyenangi puisi ini ya

      Like

  3. Ainulmuiyanah – membaca sejakmu ini, teringat aku akan kata-kata Pak A. Samad Said satu ketika dulu semasa saya menyertai begkel baca puisi anjuran DBP Sabah.
    “Puisi adalah untuk diresapkan dan bukan untuk dijelaskan”
    Demikian menurut beliau yang sampai sekarang masih terkesan dalam jiwaku.

    Teruskan nyanyi kalbumu
    agar hati sayu dan pilu
    tidak mudah menjadi layu
    pabila cinta dan kasih menjadi satu

    p/s: Salam untuk Sdra Marzuki Ali (Teatarawan) yang juga merupakan salah seorang pasilitator kami ketika itu. Sedikit tentang beliau yang aku tahu, beliau punya perusahaan batik di Teragganu.

    osmanrizan@yahoo.com

    Like

    1. Osman R rizan : saudar Osman, Terima kasih kerana berkunjungan di sini dan tanpa jemu memberikan komen-komen yang membina.

      Benar puisi bukanlah untuk kita pinta orang faham sebab tidak semua orang boleh memahami apa yang kita rasa. tetapi cukuplah orang dapat rasa walaupun sedikit perasaan yang terbancuh di dalam puisi itu

      Like

  4. Ainulmuiyanah – membaca sejakmu ini, teringat aku akan kata-kata Pak A. Samad Said satu ketika dulu semasa saya menyertai begkel baca puisi anjuran DBP Sabah.
    "Puisi adalah untuk diresapkan dan bukan untuk dijelaskan"
    Demikian menurut beliau yang sampai sekarang masih terkesan dalam jiwaku.

    Teruskan nyanyi kalbumu
    agar hati sayu dan pilu
    tidak mudah menjadi layu
    pabila cinta dan kasih menjadi satu

    p/s: Salam untuk Sdra Marzuki Ali (Teatarawan) yang juga merupakan salah seorang pasilitator kami ketika itu. Sedikit tentang beliau yang aku tahu, beliau punya perusahaan batik di Teragganu.

    osmanrizan@yahoo.com;. All the best!!

    Like

    1. Pulsar: terima kasih untuk komen ya, siap berpusi lagi. saya jadi segan pula.

      saya tidak kenal pula marzuki ali tetapi sekan pernah mendengar namanya. saya sekadar belajar saja disana dan sudah menamatkan pengajian

      Like

  5. Cuma minat itu ada dan saja tulis sekadar yang terlintas lepas di sudut fikir.
    Sesekali menulis untuk terbitan akbar dan majalah tempatan. Pun tidaklah sehebat Ainulmuiyanah
    yang sudah punya nama sebaris penyair negara.

    Ainulmuiyanah, meski kita sebumbung (1Malaysia) tapi keterbatasan masa juga jarak jadi tembok pemisah maka pepohon harapan yang boleh kita sama berteduh dan bicara tentang gemersik bisik pancur puisi tidak mungkin akan kesampaian. Pun melalui paparan tanpa kertas, bait-bait puisimu bisaku baca sehingga akrabku kian mendekat lalu tersipu malu-malu menyatakan hasrat ingin meraih jadi sahabat.

    Maaf. Ini bukan komen, tersasar pulak. Sekali lagi maaf. Kata tadi bukan orang terangganu. Jadi kalau bukan terangganu, negeri mana? Alamak… tersasar lagi macam penyiasat pulak. O… o…. Jangan marah nantiii….. kena ju…. ##

    Like

    1. osman R. Rizan : aduh~ saya jadi malu sendiri. Tidaklah saya ini hebat sehingga punya nama. Puisi pun ditulis seperti tenggelam timbul juga. Kalau menyebut nama saya, mungkin orang pun tidak kenal. Lainlah en osman r rizan. sudah banyak yang disiarkan juga.

      Saya tidak keberatan langsung untuk menjadi sahabat. Siapalah saya untuk menolak sesiapa kan..

      Saya naak jati selangor. Dan sedang berada disini lagi 🙂

      Like

  6. Ibarat kuntum-kuntum mekar bunga
    terhimbau wangian mengharum nusantara
    betapa kesediaan ikhlas begitu tiada tara
    aku bangga punya Ainul sahabat pena

    sungguh! seikhlas hati
    yang meniti menelusuri alur puisimu
    terkadang aku jadi tidak mengerti
    mengapa mesti ada hati yang menjadi sayu

    mungkinkah kerana di situ ada aku
    yang menjadi larut oleh puisimu
    lalu tanpa sega dan malu
    menghulur pena untuk kita sering bertemu

    terima kasih Ainul – teruskan lenggang lenggok tari puisimu
    dan di sini, aku di sini tetap setia menunggu di jendela
    akan kemunculan purnama menghiasi persada ilmu
    kerana aku terkesan semua itu padamu – ada.

    ………………………………………………………………………………………………

    Ainul,
    Saya sendiri sebenarnya tidak seakrab mana dala bidang penulisan ni. Orang bilang untuk suka-suka sahaja. Ada masa tulis tapi kadang=kadang tidak terbentuk. Dan dalam soal ni teringat saya kepada Pak A. Samad Said – menurut beliau seorang penulis tugasnya hanya menulis. Samada baik atau tidak apa yang di tulis itu, kita serahka pembaca atau pengkritik untuk menilai. Kita seharusnya tidak cuba untuk menilai sendiri apa yang kita tulis lalu membuat talahan yang tulisan kita itu tidak bagus, dan memasukkannya ke bakul sampah pulak jelas beliau.

    Sekian untuk kita kongsi bersama.

    Like

  7. Haii Ainul, lama tak datang ke lamanmu terasa rindu pulak. Entah bagaimana tiba-tiba langkah saya tersasar ke facebook (fb) dan bertemu pulak dengan novelis tanahair Ramlah Rashid.
    Dia juga baik seperti Ainul. tidak sombong. sentiasa merendah diri. Yalah macam Ainul. Memangnya begitukah pulak, kalau dah berjaya mesti ikut resminya padi. menunduk tapi berisi.
    Saya yakin Ainul kenal dengan Ramlah. Saya senang sekali dapat kawan dengan kalian. Terima kasih… Salam 1Malaysia.

    Like

    1. Osman R. Rizan : Menjadi penulis bukanlah untuk dimegah-megah kan. saya jadi malu sebab tulisan saya masih biasa-biasa juga. tidaklah terlalu hebat sehingga boleh diperkatakan orang. jadi lebih baik diam diri sahaja 🙂

      Ya, terima kasih kerana mengingati saya dan sering meninggalkan komen yang membina.. 🙂

      Like

Tinggalkan komen