Puisi – Sepasang Tanda Kurung dan Koma – Berita Minggu 9 Disember 2012

sajak

Sepasang Tanda Kurung dan Koma

Di tengah-tengah tegang dan selisih,
mereka menjatuh paksa aku memilih,
lalu aku terbayang, pipi kau yang punya
sepasang tanda kurung dan tanda koma.

Seringnya bila nada suaraku dilanda marah,
sepasang koma pada pipimu membuat aku
jeda tumpu dan menghentikan rusuh kata
daripada berterusan bakal melukakan sesiapa.

Dengan perlahan kau bertambah membuka senyum,
dua hujung pipimu pantas menjelma tanda kurung,
amarah pun tergulung hilang dalam perangkap bibir
duduk diam tanpa sedikit mahu keluar mengabur.

Di tengah-tengah pilihan permusuhan ini,
aku membayangkan mereka saling memiliki
sepasang tanda kurung dan tanda koma
seperti di pipimu, menghilang segala sengketa.

 

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Wangsa Maju

10 thoughts on “Puisi – Sepasang Tanda Kurung dan Koma – Berita Minggu 9 Disember 2012”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s