Puisi – Warung Bakso – Tunas Cipta Disember 2011

Warung Bakso

Pasar tani hingar teriak penjual melawan deras hujan
Pembeli mencuri teduh di celah-celah payung kembang
Kedinginan hujan dan kehangatan kata saling merebut
wang antara tangan-tangan pembeli dan penjual

Di antara payung-payung kembang, ada wap sup mengapung
mengoda pembeli menyelit antara bangku di warung bakso

Berselingan duduk dan memesan semangkuk bakso hangat
Tanpa membeza kasta dan sempadan negara, aku meminta
cawan mengisi minum daripada perempuan menyarung kebaya jawa
meminta izin sehelai tisu di hadapan tubuh kekar lelaki bugis
Sebotol kicap dan sambal lada hijau daripada mata sepet berkaca mata

Guruh bertengkar di langit menekurkan kami ketakutan
Terdiam sehingga satu suara halus menyusup

“Ini Bakso Mee, Kak”

Kami menyaling senyum, menyambung hirupan sup bakso
di bawah warung berpayung kembang.

25022011

Advertisements

3 thoughts on “Puisi – Warung Bakso – Tunas Cipta Disember 2011”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s