PBAKL2015: Panduan Membeli-belah di Reruai (Booth) ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia)


Ahem! Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 24 April-3 Mei 2015 di PWTC seperti biasa, tawaran diskaun pun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak sekali sehingga rambang mata dan terlepas tawaran yang menarik dan menjimatkan. Apatah lagi GST yang memang menguras poket kita sendiri. Jadi, apakah tawaran di reruai ITBM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 supaya anda boleh mempersiapkan duit dan merangka perbelanjaaan dengan penuh hemah dan bergaya? Ewaaah!

Tawaran : Istanbul, Aku Datanggggg!!!

11083782_10153221114069464_8658991962014373982_o

Kepada sesiapa yang pernah menonton Istanbul, Aku Datang mahupun Manisnya Cinta di Cappodonia (sayalah salah satu daripadanya) mesti ada keinginan untuk ke sana kan kan, Tapi tiket mahal dan penginapan pun mahal. Kalau tahun-tahun lalu, tiket ke London, kemudian tiket ke Perancis tahun ini ke Istanbul ke Kita? Caranya mudah! Beli buku sehingga RM50 dalam satu resit dan melayakkan anda satu borang penyertaan ke peraduan ini. Isi dan jawab soalan mudah sahaja. Bagaimana kalau beli RM100? Dapat dua borang, dan begitulah seterusnya. Semakin banyak anda beli semakin banyaklah peluang untuk ke Istanbul (sebab ada banyak borang penyertaan dan boleh jawab banyak-banyak)

Takkan tiket ke Istanbul sahaja? Ada juga hadiah percutian ke Langkawi, Redang dan juga Tioman untuk 3 pemenang terpilih dengan jawapan yang memberangsangkan. Tapi, mesti tertanya macam mana nak beli sampai RM50 tapi boleh dapat banyaaaak buku. Teruskan pembacaan anda.

Tawaran : Happy Hour 40%

 web-banner-Happy-Hour-980x140

Bangun pagi, akan selalu sahaja murah rezeki. Selalunya diskaun waktu biasa mungkin sahaja 10% ke, 20% ke tapi kalau bangun awal macam burung, boleh dapat rezeki lebih. Hihi. Ada tawaran diskaun 40% untuk semua buku selama 1 jam (10.30 pagi-11.30 pagi) setiap hari. Ya, untuk semua buku. Tapi satu jam sahaja setiap pagi. Tawaran ini sangat bagus untuk pelajar yang bajet sedikit, mahupun orang bekerja yang nak beli banyaaaak buku dengan diskaun yang banyaaaaakkk.

Tawaran : Dapatkan Tanda Tangan Penulis (Sesi Bersama Penulis) + 30%

web-banner-sesi-bersama-penulis-980x137

Sudah berlari-lari dengan penuh kegigihan untuk mengejar Happy Hour tapi tidak berjaya sampai tepat waktu, walaupun terbangun lambat pula. Jangan bersedih! Lihat jadual sesi bersama penulis, setiap hari ada senarai penulis buku ITBM akan datang mempromosikan buku mereka. Setiap sesi hanya sejam sahaja. Dapatkan tanda tangan penulis tersebut dan anda layak mendapat diskaun 30% untuk semua buku terbitan ITBM. Tanda tangan dapat, diskaun pun dapat. Yay!

Tawaran: Tambahan Diskaun, Baucar Buku 1Malaysia

 KB1M-980x139

Sementara ini, simpan baik-baik baucar buku 1Malaysia anda dan gunakan sebaiknya sewaktu pesta buku ini. Ada tambahan 10% diskaun untuk pembeli yang membeli menggunakan BB1M untuk semua buku.

 

Tawaran: 8 buah buku RM50

web-banner-Kolam-980x139

Tawaran ini sesuai sekali untuk ibu bapa yang ingin mencari buku cerita bergambar kanak-kanak versi terjemahan Bahasa Melayu yang berkualiti. ITBM sememangnya ada banyak siri untuk buku-buku sedemikian rupa. Beli 8 buah buku dengan harga sebanyak RM50 sahaja. Biasanya kalau beli 8 buah buku harganya RM120, harga satu buku bergambar penuh warna-warni itu biasanya RM10-RM15. Mengikut rekod tahun-tahun lepas, ‘kolam’ jualan ini tidak lengkang daripada kunjungan ibu bapa yang mencari buku-buku berkualiti. Bukunya bukan buku terpakai atau untuk menghabiskan stok sebaliknya buku baru lagi dan cantik sekali!

Tawaran : Diskaun 40% beli online

web Banner PBAKL 2

Kalau yang duduk jauh mesti macam, ah ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku. Sebab pesta buku hanya di KL sahaja, bagaimana dengan di Sabah dan Sarawak? Di Kelantan hatta di Perak sekalipun yang tidak dapat datang ke PBAKL2015? Bertenang. Ada tawaran diskaun 40% untuk pembelian buku atas talian di ecommerce.itbm.com.my. Pilih sahaja buku yang mana berkenan dan cuma tambah kos pos sahaja. Jadi, anda jimat perjalanan ke PWTC2015, dan boleh membeli-belah dengan klik-klik sahaja buku yang anda berkenan. Kalau nak preview buku, pergilah kedai buku berdekatan, belek-belek buku ITBM dan senaraikan buku berkenan. Tiba tarikh pesta buku, klik-klik apa yang patut dan tunggu buku itu datang kepada anda. Mudah kan?

Tawaran: Ulas Buku dan Menang Gajet!

 web-banner-Ulas-buku-980x141

Anda fikir, selepas habis pesta buku, maka tamatlah tawaran menarik itu? Tidak, tidak sama sekali. Ada pula peraduan review buku. Kali ini peraduan ulas buku tanpa perlu sertakan nombor resit seperti tahun-tahun sudah. Jadi siapkan review buku selepas membeli buku ITBM. Buat review banyak-banyak dan terbaik supaya potensi menangnya tinggi. Hadiah pun menarik! Dengarnya ada Iphone, ada Samsung Galaxy Note dan juga kamera Go Pro serta baucar buku.

Caranya, selepas membaca, review buku tersebut di blog mahupun Facebook, dan kemudian kongsikan di Facebook ITBM. Pastikan post anda itu public supaya semua orang boleh baca dan panel pun senang menilainya. Nak pilih buku apa-apa pun tak kisah, yang penting buat ulasan, kongsikan di Facebook ITBM dan doa-doa sahaja ulasan itu mendapat hati juri, tadaaaaa mana tahu rezeki dapat hadiah gajet terkini itu.

Jadi, silalah mula intai-intai judul buku terbitan ITBM ya. Klik LIKE Facebook ITBM untuk mendapat tawaran dan informasi terkini! Entri ini akan dikemas kini kalau-kalau ada tawaran lanjut ya 🙂

Siapkan

Takah Lima Puluh & Antologi Karya Sasterawan 2011


I

Ada dua buah sajak dimuatkan dalam buku Takah Lima Puluh yang dibangunkan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan PENA (Persatuan Penulis Nasional). Saya menghantar dua buah sajak dan terkemudian hari selepas menerima buku ini barulah saya menyedari bahawa judul sajak saya antara yang paling panjang sekali. Dua buah sajak itu

  • Penyair Yang Membuatkan Aku Jatuh Cinta Pada Puisi
  • Kata-kata Yang Tidak Pernah Bermimpi Menjadi Puisi

Panjang bukan? Rasanya ketika kedua-dua sajak ini ditulis, saya gemar sekali memberi judul yang panjang dan menulis sajak tentang sajak. Sajak ‘Penyair Yang Membuatkan Aku Jatuh Cinta Pada Puisi’, saya tujukan kepada kedua-dua kekasih puisi saya yang mengajar saya menulis puisi dan menyedari sisi hidup saya yang lain lewat puisi-puisi mereka iaitu Sapardi Djoko Samono & Aan Mansyur. Apakah saya terlalu berlebihan menyukai mereka dan apakah tidak ada penyair dari Malaysia yang membuatkan saya jatuh cinta? Saya fikir tidak. Apabila kita mencintai sastera, mengajar kita mencintai semua kalimat indah tanpa perlu memikirkan sempadan negara.

II


Dalam buku Antologi Karya Sasterawan 2011 yang menghimpunkan sejumlah karya penulis muda yang dinilai melalui 5 kriteria utama. Saya tidak pasti saya tergolong dalam kriteria yang mana kerana saya tetap bukan sesiapa dalam sastera Malaysia. Kalau ada pemetaan sastera Malaysia, nama saya tidak langsung menjelma, itu fikir saya. Lalu apabila dipilih bergandingan dengan sejumlah nama-nama mahsyur, saya jadi rasa kerdil dan kecil.

Semasa pemilihan karya, saya diminta menghantar 5 buah sajak yang saya fikir terbaik pernah disiarkan dalam media cetak. Saya kecewa kerana awalnya saya ingin masuk ke dalam peta sastera Malaysia sebagai seorang cerpenis yang manis. Ahem! Tetapi nyata kerana produksi sajak saya lebih terlihat berbanding cerpen (nyata, daya penceritaan saya belum cukup kuat untuk menulis cerpen. Hehe…)

Ya, saya menghantar sejumlah sajak dan apa yang menghairankan, mereka memilih sajak terawal saya iaitu Baju Kurung Merah Darah yang disiarkan dalam Berita Minggu, 31 Januari 2009 dan sajak Kaca Jendela Tren yang disiarkan dalam majalah PENTAS Mei-Julai 2011. Seolah-olah saya melihat kembali masa yang merentas dua tahun saya aktif menulis sajak. Sungguh ironi.

….