Sorotan Pembaca: Hari yang Ditakdirkan untuk Bertukar Sepasang Mata – Adinata Gus


Adinata Gus telah menyorot kumpulan puisi saya, Perempuan Bulan Perempuan Hujan dengan menyandingkan bersama Zurinah Hassan, .

Saya kongsikan petikan eseinya.

Sesuatu kejadian pasti akan mengulangi keajaibannya lagi pada suatu masa akan datang. Begitulah yang saya yakini hari demi hari ( menunggu kelahiran semula Sylvia ?). Tetapi kita selalu tak punya hayat yang abadi. Maka untuk memastikan kitaran keajaiban itu terus berlaku, harus ada seseorang yang menyedarinya dan tidak terlalu beralasan untuk menyandang tugas tersebut. Di sinilah tangan Ainunl Muaiyanah dengan beraninya menerima baton larian daripada Zurinah Hassan untuk mencipta keajaiban lagi.

Kita tidak pasti apakah Ainunl seorang pelari kedua, ketiga atau yang terkahir akan menyempurnakan acara larian di trek sastera ini. Merujuk kepada judul Perempuan Bulan Perempuan Hujan yang saya baca baru-baru ini, sebagai penonton di tempat duduk stadium, saya tidak kekok untuk bersorak kepadanya dan melambai-lambai dari kejauhan sebagai tanda sokongan.

Ainunl Muaiyanah Sulaiman
Perempuan Bulan Perempuan Hujan
ITBM Cetakan Pertama 2015

Setelah kita pinjam bebola mata seorang Zurinah Hassan, sudah tentu rasa bosan atau ingin bertukar selera datang sedikit demi sedikit. Kita tidak mahu perspektif dunia ini tersudut kepada satu cara pandang sahaja. Sepatutnya memang harus bertukar-tukar pun. Maka saya cabut kedua-dua bola mata Zurinah Hassan dan meletakkannya di atas rak semula dengan cermat dan hormat. Sekarang, buat seketika saya tercari-cari bebola mata wanita yang sesuai untuk dipakai ketika malam dan siang, seperjalanan saya meninggalkan mata sendiri sehinggalah saya bertemu dengan bebola mata Ainunl Muaiyanah di acara Kota Kata 2016.

Hasilnya? Aduh enak sekali ! Cuba bayangkan begini, jika anda sedang menunggu giliran untuk mandi, dengan mata yang mengantuk dan penat tubuh yang tersisa, adakah sempat untuk mengarang puisi-puisi romantis dan menyenangkan? situasi yang lain pula, jika anda ingin membela seekor haiwan peliharaan adakah anda akan memilih seekor singa? Untuk seorang Ainunl Muaiyanah mungkin ya.

Cuba perhatikan petikan sajak di bawah :

Penunggu Kamar Mandi
 
Aku menunggu giliran masuk ke dalam kamar mandi
meski tiada nombor untuk kupilih
kerana kamar mandi sekecil itu
telah ditempah sepanjang tahun
untuk penghuninya bermandian dan
membiarkan orang luar mendengar nyanyiannya.
 
Peristiwa di Halaman Rumah
 
Terkemudian hari, setiap pagi tanpa sabar
aku sering bingkas bangkit keluar berharap

seekor singa tertidur di halaman rumahku.

Di dalam sesebuah sajak, bukanlah sesuatu yang ditulis si penyajak itu bersifat langsung terus sampai ke akal fikiran. Kedua-dua sajak di atas boleh jadi menjiwai perkara lain bukanlah tentang kamar mandi semata-mata, tetapi ah! siapa yang punya banyak masa untuk memetaforakan sebuah bilik mandi jika bukan Ainunl!.Jadi, setelah sejauh ini saya mencuba, melihat dan memulangkan semula sepasang mata Zurinah Hassan dan Ainunl Muaiyanah, sebagai seorang-lelaki muda-baru bermula, saya beranggapan sekaligus rasa tercabar, akan keupayaan wanita-wanita masa kini. Perlu diingatkan juga, dunia sastera bukanlah padang bola semata-mata yang menunggu gawanggender untuk dibolosi, sebaliknya sebagai pemain sastera di atas padang tersebut, sudahkah kita mempersiapkan diri dengan latihan yang cukup daripada segi keupayaan berfikir, berstrategi, daya kreatif dan kritis. Semangat juang adalah perkara utama sebenar-benarnya.

Semoga Zurinah Hassan dan Ainunl Muaiyanah terus bersedia mencantikkan kedua-dua bola mata masing-masing lalu sudi meminjamkannya kepada semua orang yang memerlukan. Wanita yang saya yakini adalah adalah wanita yang berterusan bekerja untuk dirinya dan orang lain.

Esei penuhnya boleh dibaca di blog asal: adinatagus.blogspot.com

Sajak: Bau Air Mata di Bantal Tidurmu



Bau Air Mata di Bantal Tidurmu

Oleh: Afrizal Malna

Pagi-pagi sekali hutan telah bangun dan berjalan ke kamar hotelmu. Hutan yang berjalan, bayangannya seperti jubah matahari. Disel telah mati. TV telah mati. Ada musang mengambil kepala ayam. Anak-anak babi berebut tetek ibunya. Aku menari, tubuhku terbuat dari oli dan obat tidur. Pagi-pagi sekali. Pagi-pagi sekali batang-batang pohon berjatuhan dari perutku. Gelondongan-gelondongan kayu, pagi-pagi sekali, gelondongan-gelondongan kayu mengapung di sungai Mahakam, diseret oleh ribuan kapal yang seperti menyeret tubuh ibumu pagi-pagi sekali. Ibu yang dilahirkan dari rahim Dayak Bahau. Namaku Lung Ding Lung Intan. Aku juga dipanggil Daleq Devung dan Joan Ping. Bapak dan hinangku adalah sepasang burung elang yang terbuat dari karung plastik. Malam ini aku sedang berhudoq, menari hingga perahu-perahu melaju di permukaan pagi. Pagi yang membuat pusaran- pusaran air di Tering Seberang.

Tarian yang mengajariku tentang sebuah goa di Matalibaq, tempat hutan membuat keluarga. Matahari terbuat dari butiran-butiran jagung, kata mereka. Dan malam baru datang, kalau batang-batang kayu besi telah mengucapkan mantra-mantranya. Burung-burung bangaulah yang telah membuat bulan, kata mereka, ketika permukaan sungai masih bisa membaca kesedihan-kesedihanmu. Lalu ibuku menari kenyah. Burung-burung berhinggapan di jari-jari tangannya.

Pagi-pagi sekali, ribuan bangkai hutan diseret di atas sungai Mahakam. Kau setubuhi juga anak-anak gadis kami dengan penismu yang terbuat dari gergaji. Kau curi hati anak-anak muda kami lewat perahu bermotor. Lalu bayangan hutan jatuh di atas permukaan sungai, seperti jatuhnya sebuah mahkota. Sejak itu ibuku tak pernah menari lagi.

Pagi-pagi sekali aku ambil kembali sungai Mahakam, seperti mengambil selimut tidur ibuku dan aku kembalikan ke dalam goa itu. Sejak itu, kau tak akan pernah lagi menemukan hutan di mana pun, kau tak akan melihat lagi sungai di mana pun. Tetapi burung-burung terus bernyanyi tentang hutan dan sungai agar ibuku kembali menari. Tarian yang membuat seluruh isi rumahmu bergerak seperti kaki-kaki hutan. Daun yang tiba-tiba tumbuh di seluruh dinding rumahmu. Bau air mata yang masih tercium dari bantal tidurmu.

………….

Ini antara puisi prosa yang selalu sahaja memikat saya apabila membacanya. Siapa sangka ini puisi protes tentang penebangan balak secara haram di Indonesia. Judulnya langsung tidak menggungguli isi di dalamnya. Bau Air Mata Di Bantal Tidurmu memulakan sajaknya dengan baris yang membuatkan imaginasi saya meliar, Pagi-pagi sekali hutan telah bangun dan berjalan ke kamar hotelmu. Hutan yang berjalan, bayangannya seperti jubah matahari. Begitu jelas imejan yang dibina penyajak, hutan yang sebegitu besar, di antara kita jika dia boleh berjalan, boleh sahaja menutup seluruh cahaya matahari, tersebab itu dikatakan bayangan seperti jubah matahari yang menutup matahari daripada bersinar.

Setiap kali saya membaca baris pembukaan sajak ini, saya merasakan pesona dan godaan imejan yang sangat kuat, saya jatuh cinta pada pembinaan suasana yang misteri, dan suara kesedihan yang disembunyikan oleh penyajak di dalam sajaknya.

Saya selalu sahaja mentafsirkan –mu di dalam sajak ini adalah mereka yang sering kali terlibat dalam penebangan haram di Indonesia, sang pengusaha. Kekayaan yang dikumpulkan hasil batang-batang pohon berjatuhan daripada perutku, bayangan hutan jatuh di atas permukaan sungai, buat dibelikan rumah, kamar tidur dan bantal tidur sehingga sisa roh kesedihan itu boleh menjadi bau air mata yang masih tercium dari bantal tidurmu.

Kalau di sini yang selalu ditulis, atau diterima untuk disiarkan tentu sahaja berjudul: Kehijauan Yang Hilang, Pohon Jiwa, Dedaun Melayang ataupun paling-paling tidak pun Wacana Hijau. Mungkin!

Kekasih Puisi yang Berulang Tahun di Bulan Januari


Untuk kekasih puisi yang jauh di ujung pandang, saya tidak tahu apakah hadiah terbaik semasa ulang tahun kelahirannya pada 14 Januari selain puisi yang saya tulis dengan sepenuh hati. Semoga dia sentiasa menulis sajak-sajak yang memberi inspirasi kepada orang-orang yang membacanya.

Kekasih Puisi yang Berulang Tahun di Bulan Januari

(catatan kepada Aan Mansyur)

 

Pada satu hujan, kekasih puisi terbangun daripada kasur tidurnya

terganggu oleh jendela yang berkibar-kibar kasmaran, entah mengapa

terlihat awan menggebu jingga dan hujan menari-nari di kaca jendela  

 

Benda-benda dalam kamarnya yang sentiasa beku mendingin

mendadak menjadi hangat dan mesra menyambut kantuknya

Kaca mata lebih jernih daripada kebiasaan yang kabur

Buku-buku gigih membuka lembar-lembar kesukaannya

 
 

Dia merasa aneh; mengapa semuanya seolah-olah manis dan hangat?

 
 

Di atas meja bersebelahan jendela: sepasang cawan dan kopi yang diseduhkan

adalah hadiah ulang tahun pada senja untuk dia yang jauh di ujung pandang

 

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

14 Januari 2011

 

*Kredit gambar Jamie Baldridge – A Different Engine Contemplates as Ontological Certainty

(Setelah hampir setahun puisi ini ditulis, akhirnya saya berani meletakkan di dalam blog ini. Selamat ulang tahun kekasih puisi saya, Aan Mansyur)

Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


(Nota : Untuk kamu, yang aku tahu akan membacanya.)


Zurinah Hassan – Ingatan pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


Kesilapannya

kau tak berdaya berterus-terang

dan aku tak berdaya mentafsir


Kesilapannya

kau mengatur gambar-gambar

dalam sebuah album yang indah

sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu


Kesilapannya

kita telah bertemu

dalam sebuah mimpi yang menggembirakan

tetapi aku lebih gembira

bila terjaga dari mimpi itu.


ZURINAH HASSAN


Kisah kecil puisi Merdekalah Hatiku


Semalam aku dikucup mimpi!

Ketika menulis matlamat berapa karya yang mahu tersiar tahun ini di entri ini, aku sekadar menulis nombor yang kecil sahaja kerana aku tahu aku kurang konsisten untuk berkarya dan sangat culas dan pemalu untuk menghantar karya. Lalu aku sasarkan hanya 5 karya sahaja. Hanya 5. Itu pun aku ada kata nafasku akan tercungap-cungap.

Benar, kita harus menyimpan mimpi dan sasaran itu berjaya aku penuhi. Aku sudah ada 5 karya yang disiarkan dalam tahun ini dan karya yang kelima itu disiarkan di Mingguan Malaysia yang aku kira sedikit sukar untuk ditembusi.

Aku menulis puisi Merdekalah Hatiku ketika zaman-zaman sakit jiwa di hujung tahun pengajian universiti. Ketika rasa menjadi kurang seimbang, jiwa kacau dan segala yang menyesakkan. Semuanya tentang kesakitan.

Setelah aku tulis puisi itu senafas rasa, aku tiada membukanya atau membacanya kembali. Kemudian aku membuka kembali puisi dan pembacanya sebagai pembaca bukannya penulis dan aku sekadar mencuba nasib menghantarnya ke Mingguan Malaysia pada Selasa lepas tanpa harapan tinggi. Tiada sangka akan dipertimbangkan untuk disiarkan. Terima kasih En Ku Seman dan Mingguan Malaysia.

Lalu kawan-kawan,aku ingin berpuasa mengkritik dan mohon jasa baik kawan-kawan mengkritik karya ini. Mohon diperbetulkan jika ada yang kurang kena. Jikalau tidak pun, boleh sahaja memberikan pandangan. Silalah ke laman ini ya untuk membaca puisi itu.

Lalu berapa pula batu tanda yang terbaru untuk tahun ini? 10 karya?

 

Notakakitangan : Puisi aku yang terdahulu bertajuk Merdekakan Hatimu, terbaru Merdekalah Hatiku. Biarpun bukan bulan merdeka tetapi terasa mahu perkara yang merdeka sahaja.


 

Aku mahu berpacaran


Masa borak-borak dengan kawan dari dunia zarathustha, tiba-tiba keluar idea bernas ini.

Aku rasa aku mahu berpacaran!

atau dalam bahasa moden nan serba ringkas

Aku mahu ada boyfriend

Aku pula merencana jejaka yang bakal jadi lelaki idaman malaya aku ini


1) Pandai main organ bunyi-bunyian seperti gitar, piano, violin, seruling

2) Mempunyai suara yang lemak merdu disukai ramai

3) Berpersonaliti menarik

.

Ala-ala program mentor atau gadis melayu pula kan? Ini rencana menjadi teruna idaman malaya aku. Lalu siapa di luar sana mempunyai ciri-ciri di atas, kalau tidak 3 ciri yang no 1 itu jadilah. Ada?

 

 

 

 

Ada tak?

 

 

 

 

 

 

 

Haha. Aku mengarut sahaja.

 

Sebenarnya aku terasa mahu orang menukar puisi-puisi aku menjadi lagu-laguan. Aku ingin dengar bagaimana roh yang aku hembus semasa menulis puisi itu diinterpretasikan menjadi nyanyian, menjadi lagu puisi. Bagaimana ya?

Lalu aku perlukan khidmat orang yang baik hati dan tahu bermain alat muzik untuk menyitir nota-nota muzik di atas puisi-puisi aku. Lalu siapa yang baik budi mahu menawarkan khidmatnya?

Tidak semestinya lelaki ya, perempuan pun boleh sahaja kerana aku bukan mahu mencari kekasih sebaliknya aku sekadar mahu mencari seorang kawan nan baik hati =). Lalu ada sesiapa yang diluar sana tidak kira berjantina apa yang mahu merealisasikan mimpi tuan tanah birungu ini?

 

Jika ada, bolehlah hubunginya saya di alamat email ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com

 

 

😉

 

 

 

p/s : Sebagai ganjaran, saya akan dedahkan proses kreatif, rahsia dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehinggalah puisi-puisi itu boleh terhasil. hihi

Sajak W. S. Rendra – Bersatulah pelacur-pelacur Kota Jakarta


Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta

Pelacur-pelacur Kota Jakarta
Dari kelas tinggi dan kelas rendah
diganyang
Telah haru-biru
Mereka kecut
Keder
Terhina dan tersipu-sipu
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
Tapi jangan kau lewat putus asa
Dan kaurelakan dirimu dibikin korban

Wahai pelacur-pelacur kota Jakarta
Sekarang bangkitlah
Sanggul kembali rambutmu
Karena setelah menyesal
Datanglah kini giliranmu
Bukan untuk membela diri melulu
Tapi untuk lancarkan serangan
Karena
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
Tapi jangan kaurela dibikin korban

Sarinah
Katakan kepada mereka
Bagaimana kau dipanggil ke kantor menteri
Bagaimana ia bicara panjang lebar kepadamu
Tentang perjuangan nusa bangsa
Dan tiba-tiba tanpa ujung pangkal
Ia sebut kau inspirasi revolusi
Sambil ia buka kutangmu

Dan kau Dasima
Khabarkan pada rakyat
Bagaimana para pemimpin revolusi
Secara bergiliran memelukmu
Bicara tentang kemakmuran rakyat dan api revolusi
Sambil celananya basah
Dan tubuhnya lemas
Terkapai disampingmu
Ototnya keburu tak berdaya

Politisi dan pegawai tinggi
Adalah caluk yang rapi
Kongres-kongres dan konferensi
Tak pernah berjalan tanpa kalian
Kalian tak pernah bisa bilang ‘tidak’
Lantaran kelaparan yang menakutkan
Kemiskinan yang mengekang
Dan telah lama sia-sia cari kerja
Ijazah sekolah tanpa guna

Para kepala jawatan
Akan membuka kesempatan
Kalau kau membuka kesempatan
Kalau kau membuka paha
Sedang diluar pemerintahan

Perusahaan-perusahaan macet
Lapangan kerja tak ada
Revolusi para pemimpin
Adalah revolusi dewa-dewa
Mereka berjuang untuk syurga
Dan tidak untuk bumi
Revolusi dewa-dewa
Tak pernah menghasilkan
Lebih banyak lapangan kerja
Bagi rakyatnya

Kalian adalah sebahagian kaum penganggur yang mereka ciptakan
Namun
Sesalkan mana yang kau kausesalkan
Tapi  jangan kau lewat putus asa
Dan kau rela dibikin korban

Pelacur-pelacur kota Jakarta
Berhentilah tersipu-sipu
Ketika kubaca di koran
Bagaimana badut-badut mengganyang kalian
Menuduh kalian sumber bencana negara
Aku jadi murka
Kalian adalah temanku
Ini tak bisa dibiarkan
Astaga
Mulut-mulut badut
Mulut-mulut yang latah bahkan seks mereka politikkan
Saudari-saudariku
Membubarkan kalian
Tidak semudah membubarkan partai politik
Mereka harus beri kalian kerja
Mereka harus pulihkan darjat kalian
Mereka harus ikut memikul kesalahan

Saudari-saudariku. Bersatulah
Ambillah galah
Kibarkan kutang-kutangmu dihujungnya
Araklah keliling kota
Sebagai panji yang telah mereka nodai
Kinilah giliranmu menuntut
Katakanlah kepada mereka

Menganjurkan mengganyang pelacuran
Tanpa menganjurkan
Mengahwini para bekas pelacur
Adalah omong kosong

Pelacur-pelacur kota Jakarta

Saudari-saudariku
Jangan melulur keder pada lelaki
Dengan mudah
Kalian bisa telanjangi kaum palsu
Naikkan tarifmu dua kali
Dan mereka akan klabakan
Mogoklah satu bulan
Dan mereka akan puyeng
Lalu mereka akan berzina
Dengan isteri saudaranya.

RENDRA

(sumber Buku Puisi-puisi Rendra terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ini merupakan antara puisi Rendra yang aku sukai. Aku temui sajak ini di dalam buku Puisi-puisi Rendra yang tiba-tiba ada di dalam khutub khanah aku. Teman sebilik aku sangat sukakan puisi ini. Katanya ini puisi erotik yang sinikal. Aku rasa Adiospunk pun suka puisi ini juga kan?

Kan?